Monday 22 October 2012

From Saigon With Love (Ho Chi Minh City)

Kali pertama ke Vietnam. Teruja melawat negara yang terkenal dengan guerilla dan "Good Morning Vietnam" ini. Bertolak pada 25 November 2011. Kami ke sana dengan tujuan serampang dua mata. Pertama, seperti biasa ~ untuk jalan-jalan cuci mata ( cari makan kurang sedikit kerana restoran halal di sini sangat mahal ). Kedua, dan sepatutnya menjadi tujuan utama adalah untuk meninjau serta membeli stok untuk butik kami (kononnya!). Vietnam ini kan terkenal sebagai salah satu pusat memborong terutama peniaga-peniaga dari Malaysia.


Mata Wabg Dong
Sebelum kembara harus beli/tukar wang negara yang dituju. Untuk tidak membazir, rancang dulu bajet perbelanjaan anda sebelum bertolak supaya tidak tersasar seperti saya. Perlu juga disisihkan sedikit untuk misellanous. Antaranya untuk:
  • bajet emergency bila tiba-tiba ada barang yang terlalu ingin dibeli tapi tiada dalam senarai asal. Biasanya jika tidak terbeli bekal menyesal sepanjang tahun :p
  • Kos lebihan bagasi. International flight lebih mahal berbanding local. Periksa dulu sebelum bertolak. Untuk lebih jimat beli 40kg terus jika menaiki pesawat Airasia
  • Cukai kastam
  • Jika tiba-tiba sakit dan perlu rawatan doktor
  • Jika tiba-tiba tertinggal kapal terbang (hehehe pernah terjadi atas diriku)
  • Dan lain-lain ikut kesesuain
Ruangan pengambilan bagasi di LCCT KL baru sampai dari Kota Kinabalu
Semangat membara dengan baju T merah.

Inilah antara group dalam kembara kali ini: Me, Hjh Norliah, Faye dan Normah aka Tom
Semua ceria-ceria belaka. Happy betul dapat jalan-jalan. Penjalan bah kami ini. Semua ada tahi lalat di kaki. Itulah tu..
 Selamat mendarat di lapangan terbang Ho chi Minh

Sementara menungu urusan check-in, ambil kesempatan "ber-gam-bar!"
Kami tinggal di Somerset Service Apartment kerana kami ramai (8 orang)

Bergambar di depan Receptionist Kaunter

Sebagai bekalan. Kami main masak-masak terutama breakfast dan dinner. Semua bekalan ini dibawa bersama dari KK

Aha.... paling penting maggi cup!

LV VS CD
To be continued.

No comments:

Post a Comment