POSTING SEBELUM INI
23rd Dec 2018 Sunday. Hari ini aku nak sambung cerita perjalanan kami seterusnya dalam edisi Winter Euro Trip 2108 ni...wakakaka macam hebat sangatlah konon. Sabar saja ya.... Kami akan berada di Prague selama 2 hari.
23rd Dec 2018 Sunday. Hari ini aku nak sambung cerita perjalanan kami seterusnya dalam edisi Winter Euro Trip 2108 ni...wakakaka macam hebat sangatlah konon. Sabar saja ya.... Kami akan berada di Prague selama 2 hari.
Nak jadikan cerita, bagi aku dan Iza ini kali ke-dua kami ke bumi Czech ini. Kali pertama dulu akhir 2013 -2014 (lupa2 sudah). Aku cuba cari kalau2 ada posting aku tentang Prague ini tapi tak jumpa mungkin di blog lain yang sudah tidak aktif.
Well agak rugi juga kerana sepatutnya slot kembara kali ini sepatutnya ke Sweden dan Denmark yang belum pernah kuinjak buminya. Tapi akan daya.... takpe lah yang penting dapat ke Hallstatt.
HAHAHA... NAH..AMBIK KO ADA VIDEO INTRO LAGI
Kami travel berempat jadi untuk jimat kos pengangkutan, lebih baik sewa kereta. Perjalanan kami cross country around Central EUROPE i.e Germany -->> Czech Republic -->> Austria -->> Hungary -->> Germany.
Frankfurt dijadikan base memandangkan ia airport paling murah untuk destinasi Eropah untuk akhir tahun. Lagipun teruja untuk memandu di auto bahn Germany yang tiada had laju beb!
MENGIMBAU KENANGAN LALU
Andu bahhhh.....
Sangat ketara perbezaan terutama dari segi SAIZ KEGENDUTAN.
Apa yang saya sedari, tahap keterujaan kita terhadap sesuatu tempat itu amat berbeza untuk kali pertama dan seterusnya. Dulu, mula2 saya injak bumi Praha ini, saya macam gila-gila excited. Kali kedua pula, pernilaian mata agak berbeza. Bukan bermakna Praha sudah kehilangan pesona - tapi hati aku sudah berubah...wahahaha...sadis gila ni.
SENJA DI PRAHA 2013-14 |
Di Frankfurt, kami tinggal di THE FRANKFURT HOTEL yang hanya berdepan dengan Stesen Kereta Api- Main Bahn Station. Ini untuk memudahkan urusan pengambilan kereta pada jam 9 pagi di kaunter SIXT di stesen itu juga.
So kena bangun awal. Breakfast dulu sebelum bertolak kerana hari ini Ahad, tidak banyak kedai buka. Kalau di German semua tutup kecuali beberapa restaurant tapi bukannya awal pagi. Perjalanan ke Prague ni jauh...dalam 518KM | 5 jam 18 minit.
FRANKFURT -->> PRAGUE ROUTES |
Awal dah aku sedia. Tugas utama untuk membangunkan yang lain. Semalam semua tidur awal kerana kepenatan dalam flight.
MEET MY BABY |
Boleh rujuk urusan dan tatacara memandu di eropah untuk info lanjut.
Urusan pengambilan kereta mudah saja. Tunjukkan printout booking, all related documents dan payment. SELAIN fixed rent price, deposit sebanyak 50% juga akan dicharge di kad kredit anda dan akan dikembalikan selepas anda kembalikan kereta (within 1 week) so make sure duit dalam kad anda tu cukup ya... tak boleh bayar cash. Make sure periksa dan ambil gambar keadaan kereta sebelum jalan.
Dan ingat, sebelum bertolak, set awal2 GPS kerana tiada dan tidak boleh berhenti sesuka hati di bahu jalan.
TERCAPAI IMPIAN MEMANDU DI EROPAH |
Perjalanan kami alhamdulillah lancar. Berhenti beberapa station untuk ke tandas dan makan tengah hari. Dalam kereta saja. Nasi dan sambal ikan masin. Di stesen terakhir sebelum border, kami singgah beli highway pass sticker atau VIGNATTE. Wajib untuk rentas sempadan Prague.
Sampai di city area, driver kita sudah agak berdebar kerana keadaan jalan yang memang mencabar. Semua one way dan kongsi jalan dengan TRAM hahahaha. Untuk 2 malam di Prague ni kami tinggal di Apartments Tronicek area Purkyrnova. Untuk parking sudah booked dari MR PARKIT. Sengaja pilih apartment kerana memang cadang nak memasak lengkap dengan periuk nasi sambal2an dibawa dari Malaysia. MAHU jimat kos bah boss ku.
Sudah sampai call Janik the owner. PASTU urus park kereta. Amboi2 sempitnya parking dia. Balik ke apt dan merehatkan diri sebentar. Malam nanti kami nak round2 Christmas Market dan yang sewaktu dengannya.
AKTIVITI MALAM DI KOTA PRAHA
HI HI HI.
Kurang best jalan pasal hujan.
Ok...tengok dulu teaser aktiviti kitorang
..... surely bersambung...gambar banyak lagi nak upload...😜😜
No comments:
Post a Comment