Semalam penat sangat tak sempat packing barang so I set jam loceng jam 4 pagi. Mungkin pagi tu saya terjaga lebih awal... saya dah lupa.
Flight ke Barcelona jam 11.50am dengan British Airways melalui Terminal 5 Heathrow Airport. Airport transfer 7.30am. Terlebih awal pula I keluar checkout. Salah tinguk jam. Tunggu hampir sejam juga. Huh....
So selfie-selfie dulu.
Pick-up service sampai. Kereta ok. Alphard. Cost? Pound 76. Mmmm... apa nak buat, I tak reti naik underground dan malas lah nak heret bag berat2. Sometimes I want to act like princess ok... hihihi. Driver I kali ini pun boleh tahan. Romantik sikit.
Hello Darling! katanya ha ha ha ha..... Kami bual-bual kosong sepanjang perjalanan. Topik? tak ingat sangat... mostly about traffics and such. Tapi dia baik dan friendly. Namanya dah lupa. Sampai kat terminal, dia tolong ambilkan trolly dan angkat bag I yang seberat 27kg tu.... So untuk menghargainya, berilah dia sedikit tips.... as of "keep the change dear".
Saya sampai awal sangat so kena tunggu sejam lebih baru dapat drop-off bag. Terminal 5 ni besar airportnya. Rasanya paling besar di Europe lah. Latest and modern. Bila tiba drop-off bag, girl kat kaunter tu baik sangat. Berat bag I terlebih 3kg, I nak bayar tapi dia paksa juga keluarkan jadi hand luggage. Sayang katanya. "Boleh beli perfume" tambahnya lagi. Nah... menyelomgkar bag lah jadinya. Apa lagi hand luggage I berat 10kg jadinya. Sengsara pula heret ke hulu ke hilir.
Satu hal lagi, bila kita diberikan departure tiket, tak ada tertulis Gate mana kita nak masuk. Kena sentiasa alert tinguk skrin paparan departures tu. Biasanya sejam sebelum flight bertolak baru diumumkan.
I tak pernah ke Barcelona ni. So pandai-pandailah membawa diri. Yang penting, act normal. Jangan tunjukkan sangat "ketidaktahuan" kita tu.
Mendarat di Lapangan Terbang La Prat BCN. Imigresen ok tapi tunggu bagasinya masaallah! Lamanya. Bila I keluar, driver yang dah di booking tak kelihatan. Telefon lagi services. Katanya lambat driver to balik. I argue bukan salah I lagipun normal practice he must waited at least 1 hour. Last2 katanya tunggu driver patah balik. Lamanya tunggu. Better just take taxi next time...if there's a next time which I doubt. Bukan semua tempat saya teringin nak visit the 2nd time. Barcelona is one of them.
Driver sampai. NO English! OMG. Dari airport ke City Center dalam 30 minute or less. Pastu dia turunkan agak jauh dari hotel. Apa lagi, sengsara lagi mengheret bag... Rasanya kalau ada "buruh" tukang angkat barang macam di Indonesia tu, dah lama I upah...
I menginap di Hotel Barcelona Catedral, terletak di Cappellans, 4, Ciuttat Vella, Barcelona. Di Gothic Area. Berdepan dengan Barcelona Cathedral. City center la juga. Untuk 3 malam kosnya Euro400. Tanpa breakfast. Tapi tak apa, di sebelah hotel ada small cafe namanya CHOCOLATE BOX boleh breakfast kat situ. Rotinya sedap.
Malamnya semangat mahu menonton game pertama Spain VS Netherland. Hmmm... kan Spain mantan juara bertahan..jadi besar hatilah konon menyaksikan Spain gemilang di bumi Spain.... tapi malang malang malang... hihihi. Tapi orang Barcelona tak kisahpun Spain kalah. Mereka tak sokong national team Spain. Bagi mereka, Barcelona FC lebih penting. Masalah sebenarnya lebih rumit. All political. Barcelona ni penduduknya Catalan not Spanish...malahan seperti ada gerakan menuntut pemisahan wilayah dari Spain..... malaslah I ambil tahu politik-politik ni. I kan sedang bercuti untuk relax kan minda.
Menonton Live Telecast Spain VS Nederland. Spain kalah.... |
Couple dari Holland yang menonton bersama |
Punya mereka bersorak bila Robens score. Tambah sorak bila Van Persie tambah gol. Terus I pun dah goyang... Spain Spain Spain
Inilah cafe tu. Ice-creamnya sedap. Coklat2nya sedap. Dan baik hati. Saya tanya kalau dia ada jual gula...katanya takde tapi dia bagi lebih 10 small sugar packet tu. Alhamdulillah.
Oya. Sebelum lupa nak bagi tahu. Dinner time kat sini start at 9pm ya. Lunch time is 2pm-4pm. Time lunch ni kebanyakan kedai akan tutup.
In front of the Cathedral.
Selfie again.
I stay here |
Lepas jalan-jalan, tidur. Esok ada morning tour. Nanti I cerita macam mana I sesat balik ke hotel.
Wah ke Barcelona plak ya... seronok sungguh...pergi sorang aje ke...?
ReplyDelete