Tuesday, 15 January 2019

Winter Euro Trip 2018 - Cesky Krumlov

winter euro trip 2018

Tuesday 25th Dec 2018.

Posting sebelum ini

Dari kota Prague, kami meneruskan Road Tour kami ke Cesky Krumlov sebelum meneruskan perjalanan menuju Vienna.

Perjalanan ke Cesky Krumlov ambil masa lebih kurang  2 jam 05 minit sejauh 173KM dari Prague. Seperti dijangka, scenery sepanjang perjalanan ini cantik dan melalui perkampungan lama dengan senibina yang unik.

PREVIEW




APA YANG MENARIK DI CESKY KRUMLOV

Terletak di selatan Bohemian Region Czech, Cesky Krumlov umpama sebuah bandar fairytale dengan senibina gereja  medieval dan istana di pinggiran sungai Vlatava. Pasti mengujakan hati siapa yang memandangnya.

Bandarnya kecil sahaja tapi adalah lebih berbaloi jika dapat meluangkan seharian di sini. Barulah puas hati. Siapa yang hobi OOTD, tempat ini memang menarik untuk  instagrammer berposing.

Untuk rujukan boleh baca sini dan sini dan sini. Rajin2 sikit buat homework ya.... hihihi..

Tempat tumpuan pelancong adalah castle dan old town square. Walaupun nampak macam takde apa2 untuk shopping tapi jangan terkejut... di sini banyak kedai2 BRANDED! Coach, Micheal Korrs, Louis Vuitton dan lain2 memanggil-manggil  - cuba menggoda tapi bertabah sajalah...kitani mahu jalan2 saja bukan nak shopping.

CERITA KAMI

Kami bertolak dari Prague sekitar jam 9am dan sampai di Cesky Krumlov around jam 11am. Mungkin kerana masih awal, kami dapat parking dengan mudah. Adalah salah-salah jalan sedikit...hahaha...tetapi masih terkawal. Bayar parking untuk 2 jam. Rasanya ronda-ronda Old Town ni taklah lama sangat. Lagipun tak boleh lama sangat kerana perjalanan ke Vienna masih jauh...mahu-mahu 4 jam gitu.

Kami sempat round2 Istana tapi tidak masuk ke dalam. Hanya di persekitaran sahaja. The best city view pastilah dari atas perkarangan istana yang over looking Vlatava River dan Old Town. Selepas ronda2, selfie-selfie wefies, kami turun untuk ke Old Town Square pula. RAMAINYA orang. Ingatkan time christmas ni agak sunyi tapi natijahnya tidak. Ramai turis dari luar negara - majoriti Asean Tourist termasuk kami.

Kat entrance
PELAKON TAMBAHAN
SORRY...HEROIN MEMANG BANYAK GAMBAR 😍😂😂



TRADEMARK STAIL BERGAMBAR


Suasana di dalam dengan cobblestone street. Tidak boleh pakai kasut tumit tinggi ya.




HEROIN BERAKSI..OOTD KAMPUNG2 STYLE



SANGAT SEJUK..BOLEH MINUM KOPI PANAS ATAU WINE PANAS..DARI KAU SAJA BA ITU




 
TURIS TURUN DARO CASTLE CHATEAU

NTAH GAYA APA NI..TAKDE STAIL LANGSUNG


NANTIKAN SESUATU YANG AMAZING DI HUJUNG SANA

TADAAAA.... CANTIKKAN?

SELFIE DULU






DI BAWAH SANA BANYAK KEDAI BERJENAMA
Sekitar jam 1PM kami balik ke kereta takut kena saman lebih masa. Di kereta kami makan nasi bekal yang kami masak awal2 dari Prague. Nasi berlauk sambal  ikan masin pedas dan dadar telur. Macam sedap jaaaaa...

Sekian... kami meneruskan perjalanan ke VIENNA. 

No comments:

Post a Comment