Friday, 7 September 2018

Persediaan Untuk Trip USA 2018

Hi geng travellers. Pernah tak uols rasa excited cam aku ni bila date untuk flying to your next getaway semakin hampir? 10 hari terakhir adalah saat mendebarkan πŸ˜πŸ˜πŸ‘ rasa tak sabar tu membusk-buak. Hari ini hari terakhir aku get ready semuanya. Esok petang 8.9.18 (Sabtu) aku akan fly ke KL. 

Yahooooo πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Perkara penting perlu diperhatikan:

PASSPORT 

Pastikan passport anda valid at least 7 bulan ya. Aku pernah gagal terbang kerana validity passport ku kurang beberapa hari jerrr 😭😭😭 sungguh menyedihkan nasib lagi cuma ke Bali kalau ke London ka? Tak ka mampus!

Jayne East USA Trip 2018

Lagi bagus kalau organise semua benda2 penting dalam satu beg/wallet khas supaya tidak tercari-cari merata tempat. Notice passport ku 2? Yang satu tu sudah expired tapi VISA US aku ada kat situ so kena bawa bersama juga dengan passport baru ni.

Kemudian dalam 2 hari terakhir ini - lebih selesa kalau wang jajan 😝 sudah dibeli. Alahai sengsara jiwaku. Tukaran USD ke MYR amat menyedihkan $1 -  MYR4.13. Nangis seribu sesalan tapi tak dapat nak ngadu pada siapa2. Nanti kena tempelak sebiji. 

“ Siapa suruh ko pigi US? "
“Melancong di Langkawi kan lebih murah?”
“ Padan muka ko penjalan betul!”

Sob Sob Sob langsung takde rasa simpati.

Bah! Biarlah bah duitku juga. Macam mana juga kalau dalam darahku ini mengalir setitis dua darah Marco Polo, Aphra Behn (kamurang tau ka siapa dia ni 😝), James Cook, XuanZang, Richard Burton,  Ibn Batttuta, Christopher Columbus, Charles Darwin, Fridtjor Nansen, Yuri Gagarin, Micheal Palin and banyak lagi my fellow wanderlust punya darah. Nah kau banyak tu macam satu baldi sudah.

Oklah. Nak meratap pun bukan ada yang nak hulur seratus dua dollar πŸ’΅. Duit boleh dicari namun pengalaman dan kepuasan hati melihat negara luar hanya aku dan kaki travel saja yang mengerti.

Done ✅ part passport dan tukar RM ke USD.

ITINERARY 

Disarankan supaya anda buat itineraries sebagai panduan supaya lebih mudah perjalanan anda nanti. Saya buat day by day punya itinerary lengkap dengan tempat tujuan dan how to supaya navigasi tidak terganggu buang masa aku ja.

Jayne East USA Trip 2018

Itinerary  lengkap aku compiled dan buku kan. Barulah ada ciri traveller yang cemerlang dan terbilang kikiki ❤️. 

Jayne East USA Trip 2018

Hari pertama  landed di destinasi adalah sangat penting untuk diberi perhatian. Ini kerana anda belum tau navigasi untuk Airport- Hotel. Saya selalu ambil jalan selamat- guna shuttle service jer. Sudahlah sampai malam, nak heret bag lagi naik Subway tukar2 stesen; lama2 sampai ke pagi masih tercari-cari hotel. Biar bayar extra asal selamat tiba pada waktunya.

Jayne East USA Trip 2018

Catatkan semua point of interest yang uols nak redah tu. Ingat! Knowledge and know how empowered you. 

Jayne East USA Trip 2018

Jayne East USA Trip 2018

Jayne East USA Trip 2018

Check juga google map bagaimana nak ke satu tempat itu. Print supaya senang rujuk. Mana tau tetiba tiada line internet. Sesal dulu kemalasan, sesal kemudian lugai2 di tengah jalan hahahaha ( aku ubah suai peribahasa tu ).

CHECK WEATHER 

Sangat penting juga untuk check keadaan cuaca di negara yang nak dituju especially negara 4 musim. Untuk memudahkan nak bawa pakaian apa. Untuk trip aku kali ini US dah masuk musim Fall/Autumn so baju tu kira yang santai2 saja. Suhu dalam 19 - 27 darjah celcius. Panas lagi so bawa baju cam pakaian di Malaysia. 

Jayne East USA Trip 2018

Lol... sampai cari2 online “ How To Dress In Fall” kikiki. 

FOOD πŸ₯˜ 

Sesiapa yang susah sangat nak berpisah dengan makanan tempatan jangan lupa buat list food yang korang bawa. Declare jerr. Karang kalau x declare dan diperiksa nanti sia-sia kena buang. 

ATM

Lebih baik tukar mata wang secukupnya kerana di US  ni kebanyakan ATMs nya charged untuk pengeluaran ya. Klu di Malaysia charged RM1 jerr di sana aku tak tau lagi (tak mau pun).

Hmmm... apa lagi ya? 

Ikut keperluan memasing. 

Ubat2an, kamera, power bank etc.

Okbai. Aku nak ke saloon. Ada keperluan untuk “menjelitakan diri” hahahaha πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ‘Œ

❤️ JM

No comments:

Post a Comment