Perjalanan kali ini sempena ulangtahun yang ke...ke...ke... hehehe biarlah rahsia.
11 June saya bertolak dengan pesawat Malaysian Airlines A380. Wah best...kapalnya besar. Ramai penumpang dari luarnegara mengambil gambar pesawat ini... terdengar dia berkata sendiri... It's a big plane! Bangga juga rasanya.
Bertolak jam 10 pagi dan dijangka tiba di Heathrow Airport 4.30 petang waktu tempatan. Beza masa kita 7 jam. Hmmm... sengsara juga duduk 13 jam tanpa pergerakan. Sakit badan sana sini. Dalam hati, bertawakal saja lah. Untung nasib bergantung kepada takdir dan kehendak Allah SWT.
Cuba tidur. Dua tiga kali terbangun. Tidur lagi. Orang sebelah saya orang putih. Setiap kali dia ke tandas, saya ambil kesempatan ke tandas juga supaya senang lalu.
Pendek cerita, penerbangan elok saja. Cuma sesekali berlaku "air-pocket" yang agak mendebarkan. Kapten mengumumkan bahawa pesawat akan mendarat mengikut masa yang ditetapkan mengikut keaadan landasan lapangan terbang Heathrow masa tu.
Selamat mendarat. Berbaris untuk imigresen clearance. Sampai giliran pertanyaan rutin. Berapa lama, apa tujuan, kerja apa, tinggal di mana. Saya tunjukkan printout confirmed hotel reservation. Tips: Untuk memudahkan urusan imigresen, printoutlah semua dokumen yang diperlukan awal2. Alhamdulillah, Urusan dipermudahkan. Ambil bagasi dan exit ke arrival hall. Mata liar mencari orang yang pegang signname ku. Tiada kelihatan. Dalam hati tertanya-tanya : eh eh..waktu booking I guna nama sebenar ke nama glamer yerrr? Hihihi.
I called the service provider. Ok..my pick-up memang ada di airport menunggu. Yes... I'am Jayne. Dia angkat bag besar ku. Peramah juga orangnya. Dia dari Romania. "Asal-usul Vampire" katanya. OMG.... Jangan-jangan... "Dont tell me you are one of 'em?" saya cuba berlawak. Ha Ha Ha dia ketawa kelucuan. Maybe not.
Ini kali kedua saya ke London. Tapi saya tetap blur sebenarnya. Dulu ikut Travel Agent, so itinerary semua pre-planned and most of the time dalam bas ja memanjang. Takde pembelajaran kendiri. Kali ini saya decide redah sendiri. Perancangan telah dibuat sejak December 2013. Done my research thoroughly so by the end of the day jika masih sesat ambil alternative mudah.... just hail a cab!
Tiba di tempat penginapan di area Sussex Garden. Hotel Darlington Hyde Park. Hmmm... not as what I expected. Rate for Standard Double Pound135++ (Rate 1:5.5). Hotel di London ni memang mahal jika ikut tukaran ringgit. Akan tinggal di sini selama 2 malam sebelum ke Barcelona. Selepas check-in, mandi dan berehat sebentar. Memandangkan waktu siang panjang, sekitar jam 7pm saya keluar ronda-ronda ke Paddington Street. Tak jauh dalam 10 minit jalan lenggang-lenggang kangkung.
Sekitar jam 9pm saya balik hotel. Masih terang. Jam 10 malam seperti jam 5pm di Malaysia. Baca map sikit2 then tidur. Esok bangun awal mahu menapak ke kota London.
Nanti disambung ya. Dengan gambar2 sekali.
Flight KK-KL |
Setia dengan MAS |
No comments:
Post a Comment