Jayne Saidin
From Brussels To Bruges
6-7 January 2018.
Day 6-7.
1 h 6 min (95.2 km)
via E40
Jika jalan tak henti2, perjalanan dari Brussels Central ke Bruges mengambil masa 1 jam 6 minit (lebih kurang) dengan jarak 95.2km. Driving di negara Belgium ini tidaklah susah, signage banyak apa lagi kalau ada GPS untuk memudahkan navigasi anda.
Checkout awal dari Hotel Ibis Gare de Midi kerana sebelum meneruskan perjalanan seterusnya ke Bruges, aku nak ke European Parliament di Place de Luxembourg just to get a glimpse. Kan Brussels ni di-consider as defacto European Capital.
Breakfast dulu. Stesen Garu de Midi ni besar ya. Kedai pun banyak. Aku makan di Food Court ngam2 ada jual Asian Food. Apa lagi...
Walaupun tak sesedap mee goreng di tanah tumpahnya darahku, namun sangat gembira menikmati Shanghai Hot Noodles ni.
Naik Subway ke Esplanade Of EU. Turun di stesen Trone. Sampai. Sunyi jerr. Weekend semua tutup.
Kalau dah samapi sini, tengok signboard saja. Takkan sesat punya. Dalam 20 minit juga menapak tapi tak terasa juga kerana cuaca sejuk disulami dengan adegan SELFIES memanjang.
Keluar dari stesem TRONE, maju ke depan sikit dan belok kiri. Terus jalan terus hingga samapai tujuan.
Kalau nampak Station Europe ni dah sampailah tu |
Senangnya dalam hati.... jika....
“We are shaped by our thoughts; we become what we think. When the mind is pure, joy follows like a shadow that never leaves.”
Lepas ronda2 di sekitarnya balik ke Garu de Midi untuk ambil kereta.
Kalau dari Brussels ke Bruges, jangan lupa singgah di Ghent. Tempat ini cantik dengan bangunan-bangunan lama.
Quick facts
Ghent is a port city in northwest Belgium, at the confluence of the Leie and Scheldt rivers. During the Middle Ages it was a prominent city-state. Today it’s a university town and cultural hub. Its pedestrianized center is known for medieval architecture such as 12th-century Gravensteen castle and the Graslei, a row of guildhalls beside the Leie river harbor.
Aku bernasib baik kerana kebetulan lalu di bandar Ghent pada hari Sabtu dan masih lagi dalam mood tahun baru. Ada funfair. Sempat lagi aku naik rollercoaster untuk melihat pemandangan Skyscraper kota Ghent yang cantik itu.
Lepas santai2 di Ghent, aku meneruskan perjalananku. Sebenarnya aku pernah ke Bruges tapi ikut travel agent. Singgah beberapa jam saja di sana sebagi side route dari Brussels ke Paris. Bruges ni Belgium Old Town rasanya tak cukup untuk dinikmati hanya beberapa jam. So dalam trip kali ini, aku masukkan ia sebagi one night
Sampai di Bruges sekitar jam 5PM. Lepas check in terus jalan2.
Suka menginap di Chain hotel IBIS. Konsep minimalis tapi selesa dan bersih. Harga agak murah dibandingkan dengan hotel lain.
Even death is not to be feared by one who has lived wisely. |
I'm really happy to be here again.
Entry ni sangat panjang dan banyak gambar so ada dua part.
Nanti skodeng Part 2 ya.
No comments:
Post a Comment