Friday, 11 July 2014

21June Bicester Village London

Sudah jadi lumrah, tak sah ke London kalau tak ke Bicester Village. Outlet yang menawarkan harga lebih murah bagi barang berjenama seperti Ferragammo Prada Tods Armani Calvin Klien Gucci Burberry Anya dan sebagainya. Teruja juga nak soping! Konon2 memang saya reserve hari ini untuk soping sakan.

Untuk kemudahan perjalanan yang ambil masa sejam lebih ++  *ikut keadaan traffic, saya book BV Independent Shopping Tour dari Evan Evans Tour. Jam 9am - 5pm. Ahem... Lama tu. Nak buat apa lama sangat. Harap banyak yang menarik hati. At least boleh cuci mata kan?

Sesampai di sana, sebelum turun bas kami di sambut oleh (?) saya tak pasti dan diberikan kad VIP -10% discaount card yang boleh digunakan di kebanyakan outlet kecuali barang2 Sale. Kedai pertama I masuk Swarovski. Summer Sale. Beli cincin dan gelang. Kedai kedua Coach. Kebetulan Summer Sale juga so further price reduction. Katanya. I borong pouch kecil2 untuk souvenir anak buah. Klu di Malaysia harga RM600 ke atas. Sale aritu hanya £19.

 

Cantikkan? Banyak yang jadi milik peribadi akhirnya. Hihihi.

Lepas lunch jalan2 look see look see. Sampai Burberry outlet. Try try try. Nah! Sekarang time bayar. Masa beratur tadi di depan ku cewek dari Indonesia dengan sepasang anaknya yang comel. Memang perempuan dari seberang ini amat rapi penampilannya. Salute! Mereka rajin merias diri agar sentiasa kelihatan cantik. Bukan senang tau! Memenatkan. Dia, si cewek geniti itu siap berbulu mata palsu. Cantik tau. Apa salah berdandan kan? Cuma saya ni malas. Dulu2 time lebih muda (ehem) saya pun suka bergaya. " jacket ini baguskan kalau mama pakai dengan jeans?" Tak tau ayat penyata or ayat tanya. Suaminya segak juga cuma agak kependekan. Saya suka yang tinggi sekurang ya 5'10 gitewww.... Hahaha. Busy body nya ai!


Misi seterusnya kena cari bag untuk hand luggage masa balik ke Malaysia nanti. Masuk Samsonite. Mak ai... Banyak murah berbanding Malaysia la... Huhuhu cantik2 lagi. Dapat bag £76. Now masukkan semua barang dalam bag. Taklah berat sangat. Tinggal tarik ke hulu ke hilir. Dari Gucci ke Ferragammo Micheal Kors Armani dll tapi tiada yang berkenaan. Masuk Miu Miu takde yang berkenaan. Cantik lagi yang sale 40% kat Harrods tu.

Last2 cari tempat untuk makan. Boleh settle down sikit dan isi VAT forms.

Ini gambar2 saya di BV. Oya, saya cuma banyak beli baju2 kat Burberry. Murahlah. Di Malaysia MYR1345 di sini dapat separuh harga. Apa lagi, beli lah warna-warna yang belum ada.


Duduk di bawah terik mentari. Penat dah jenjalan. Jam 2pm saya dah puas round. Apa nak buat lagi ya.


Ini masa dalam coach di Victoria Station. Selfie2 dulu. Kadang2 macam terlihat kelibat orang Malaysia tapi tak bertegur sapa. 


Another selfie from different angle ekekeke.


Ini kat cafe tempat I lunch. Lupa namanya. I order...


Olalala. I lapar sangat. No breakfast kan.


Inilah nasib solo traveler. Takde tukang gambar so kena terer selfie.

Kereta Merc ni menjadi perhatianku. Apakah jadah...... ok reverse cakap yang lebih berhemah. Rajinnya tampal swaroski?
 

No comments:

Post a Comment