Wednesday 23 January 2013

Sharing Recipe For Dinner : Sup Tulang dan Acar Nenas

 Yummy yummy yummy...mari tambah lemak dan kolestrol!

Makanan Kegemaran


BAHAN-BAHANNYA :-)

1.2 kg tulang lembu yang ada sisa daging
1 pokok daun ketumbar, potong kasar2
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 1/2 inci halia*
5 ulas bawang putih*
1 camca besar bawang goreng*
3/4 camca besar lada hitam*
1 camca besar penuh biji ketumbar*
3/4 camca teh jintn kasar*
3/4 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Air secukupnya Garam secukup rasa
Hirisan daun sup, sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Tulang lembu dicuci bersih dan masukkan ke dalam periuk, masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga bersama2 bahan kisar halus dan juga daun ketumbar. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan renih hingga daging lembut dan mudah ditanggalkan dari tulang (mungkin 1 atau 2 jam). Jika air berkurangan, tambah dengan air panas. Perasakan dengan garam, dan masak lagi sekejap. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama mee hoon, mee kuning atau nasi impit... 

KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk sup dalam periuk tekanan, tuang air sehingga menutupi bahan2 tadi. Tambah garam sedikit, kacau dan masak. Bila periuk bunyi ber"desir", kecil kan api dan masak selama 25 minit. Padamkan api, angkat periuk dan letak dibawah air mengalir sehingga hilang bunyi desiran. Buka dan kalau perlu tambah air sebagai kuah dan juga garam secukup rasa. Hidangkan... 

CATATAN :- Perihal periuk tekanan tu, mungkin anda memiliki periuk tekanan atau pressure cooker yang berlainan teknik memasaknya, jadi gunakan buku panduan yang disediakan pada periuk tekanan masing2 untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.... 

Untuk mengurangkan rasa lemak sup tulang
 BAHAN ACAR NENAS :-)
1 biji nenas, kupas dan hiris kecil
150 ml cuka makan 
60 ml minyak masak
2 camca besar gula makan
5 biji cili merah (saya guna 3), belah 2 tak putus
4 biji cili hijau (saya guna 3), belah 2 tak putus
2 biji bawang besar, belah 8
10 biji bawang merah, belah 2
2 ulas bawang putih, belah 2
5 biji buah keras*
3 cm halia*
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
Sedikit belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, bawang merah dan bawang putih hingga harum. Angkat, tos dan ketepikan. Panaskan semula minyak dan tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan gula pasir, garam secukup rasa dan cuka makan. Masak hingga mendidih menggunakan api perlahan. Rasa dan jika ok matikan api. Dalam satu bekas, masukkan nenas hiris tadi, bawang2 yang telah ditoskan dan belahan cili merah/hijau. Tuang bahan yang dimasak tadi dan gaul rata. Biarkan ianya 3 jam sebelum dihidangkan. Saya simpan dalam peti sejuk sementara nasi masak... 

No comments:

Post a Comment