Friday, 31 August 2018

Cubaan Macau Scammer Menipu Aku

Pertama sekali, biar aku sumpah-sumpah dulu lahanat ini. Takde kerja lain kah? Kalau aku yang agak berpengetahuan dan selalu baca trick2 scammer ini pun agak menggelabah, ini kan pula atuk2 nenek2 yang tak tahu apa2!

Memang celaka 13 lah korang!

Awas Tipu Daya Scammer

Kejadian berlaku kelmarin (Khamis, 30 Ogos 2018). Sekitar jam 12.15PM. Talian TM (house phone) berbunyi. Biasanya kalau house phone ni berbunyi aku tak pernah angkat kerana semenjak ada handphone ni, tak pernah bagi house no contact pada sesiapa pun. Aku sendiri tak tahu apa nombor kerana hanya digunakan untuk unifi. Rasanya minggu lalu pun ada bunyi tapi aku tak angkat.

Tapi kelmarin aku terangkat kerana risau itu adalah panggilan dari operator TM untuk check masalah talian internet. Dua minggu yang lalu, servis internet Unifi di rumah kaput! ntah apa masalah TM. Ertinya dalam sebulan 14 hari tiada line  internet. Rebate takde pula. NAMPAK?

So aku pun angkat.

"Hello?" tetiba yang menjawab bukan manusia sebenar tapi auto recording "Anda ada SUBPOENA dari mahkamah, sila klik butang (lupa pula) untuk disambungkan ke mahkamah....."

Omaigad! Surat saman apa lagi? Maxis ker? hati ku mula berdebar-debar. Kenapa Maxis terlintas di fikiran? Sebab Maxis selalu hantar surat2 debt collector macam ni. Kerana agak takut, aku tekan butang yang diarahkan.

Aku :  "Hello? Hello? boleh tahu di mana ni? I just got a call...."
Unknown :  " Ini Mahkamah Kota Kinabalu. Siapa nama?" konon-konon dia check saman tu.

Akupun dengan bodoh bagi nama. Siap tolong eja lagi. Ha.... si unknown yang pekat bahasa cinanya tu salah-salah eja lagi, terus cakap "bagi IC lah senang" (ahaaaa..mungkin ini teknik  dapat data - kesilapan ku kerana bagi).  Pastu oh ada. Alamat kamu di....sekian-sekian. Alamat kedua..sekian-sekian. Semua betul.

Terus dia cakap ini hari terakhir nak serah subpoena tu tapi tak dapat diserahkan kepada saya. Saya argue kenapa pula tak dapat serah? mungkin tiada orang di rumah dia jawab sendiri. Hmmmm... 


THE CONVERSATION WITH SCAMMER NO 1THE LEGAL ADVOCATE


Aku :  By the way, kenapa pula aku kena subpoena? atas kes/kesalahan apa?
Unknown : Kamu ada kes mahkamah TUNTUTAN BAYARN GST TERTUNGGAK SEBANYAK
                     RM85,700
Aku : (Dengan rasa gementar) APA??????? saya mana ada biznis!
Unknown : Syarikat atas nama kamu SRI MAJU TRADING ada hutang GST tertunggak
Aku : Itu bukan syarikat aku!
Unknown : Tapi nama dan IC kamu ada dalam syarikat itu yang berdaftar di Pulau Pinang
Aku : Tapi itu bukan syarikat aku. Tidak pernah register syarikat di Penang. Saya di Sabah.
Unknown : Jadi ada orang SALAH GUNA DATA PERIBADI kamu. Adakah IC kamu pernah 
                    hilang?
Aku : Tidak pernah. So apa perlu saya buat ni? Saya datang ke mahkamalah SEKARANG?
Unknown  : TIDAK PERLU lah. Kamu buat report polis untuk menyatakan     bahawa data peribadi
                    kamu dicuri, baru mahkamah boleh clearkan nama kamu. Kamu terpaksa buat report di
                    Pulau Pinang kerana kejadian ini berlaku di sana. (At this point aku mula curiga)
Aku  :  Aik! mana aku dapat pigi Pulau Pinang. Saya di Sabah bah ini. Saya buat report di kk lah
Unknown  : Mahu di Penang juga. Tapi tidak apalah nanti saya tolong sambungkan dengan IPK
                   Pulau Pinang (ahaaa... macam familiar jerr modus operandi ni)
Aku : Bah....( dalam hati..scam ni kan?)
Unknown :  Kamu ada pen kah sekarang? Catat particulars kes ni untuk dirujuk kepada polis nanti

Maka dengan Melayu tak seberapa lancar si UNKNOWN ni suruh catat.

Nama dia Encik LEE CHEE KEONG. Dia ni kerja di SEKSYEN MAHKAMAH TINGGI KK. Talian mahkamah 088-251400.

Ini kononnya maklumat  Syarikat aku tu.

NAMA SYARIKAT        :  SRI MAJU TRADING COMPANY 
NO SSM                          :  2188332Y (Note: Bila aku check di SSM takde pun data dengan no daftar 
                                            ini)     
Alamat Syarikat              :  18-2, Jalan Jelutong, Poskod 11600 Pulau Pinang

Tarikh Didaftarkan         :  10 Januari 2018

GST NO .                       :  1002288721

Fuhhh.... macam betulkan? lengkap semuanya. Tapi later bila aku check di SSM E-INFO tiada pun data mengenai NO PENDAFTARAN ini. Carian untuk SRI MAJU TRADING ada dua-tiga nama yang keluar tapi no daftar dan tempat pendaftaran syarikat bukan di Pulau Pinang! Tapi Modus Operandi mereka memang seperti betul. Itu yang ramai terjerumus tu.

Tambah Mr Lee (si unknown kini bernama), berikan semua data ini kepada pegawai polis nanti. Maka saya pun disambungkan ke talian IPK Pulau Pinang (katanya).

CONVERSATION WITH SCAMMER NO.2 THE POLICEMEN

Aku :  Hello....
Polis :  Hello ya... IPK Penang..
Aku :  Saya nak buat aduan berkaitan Data Peribadi Saya digunakan tanpa saya sedari, katanya!
Polis :  Oh kalau begitu kamu kena datang sini untuk buat report
Aku :  Tapi saya di KK jauh... bolehkah kalau saya buat report polis di KK saja tuan. BTW 
            boleh tahu dengan siapa saya bercakap ni?
Polis  :  Saya Sarjan Azman. Tidak boleh buat di KK. Kalau buat laporan sana sama juga tu akan
            disuruh buat laporan di IPK Pulau Pinang. Tapi untuk memudahkan, kita boleh buat
            interview atas talian (VOIP)... setuju?
Aku : Ahhhh....(bingung)
Polis : Kamu setuju?
Aku : Ok
Polis : Nak sahkan identiti.... (dia baca nama dan IC. Semua betul) So sekarang buka gooogle
           dan taip IPK PULAU PINANG.
Aku  : Apa? saya mana ada berinternet sekarang ini..(dalam hati paluikah?)
Polis : Kamu di opiskah?
Aku : Di rumah. Saya penganggur mana pintar internet2 ni (tongue in cheek). Tunggu lah 
                 saya guna HP (kesalahan ku No.2 lepas tu dia minta no hp)


Beware of Scammer

Ini yang polis tu kononnya suruh google. Kemudian dia suruh buka yang ada WCC Penang bawah sekali tu. Bila dibuka link ni akan keluar PDF yang mengandungi alamat dan telefon IPK di Pulau Pinang.

Polis : Buka link yang ada WCC Penang tu. Take note IPK Penang dan Catat no telefon 
              04 222 5122 (dalam hati : kenapa pula polis ni bersungguh nak membuktikan dia polis?)

Beware Of Scammer

Aku : Ok

Polis : Untuk interview laporan kes ini, perbualan akan dirakamkan. Sekarang ini anda sedang 
             disambungkan dengan talian emergency. Berikan no HP anda saya akan call.

Aku macam si bodoh2 bagi no handset. Polis yang mengaku Sarjan Azman tu pun call handset aku. Aku sebenarnya dah suspek sangat cuma aku nak buat check kebenaran kes ni. Takut juga kalau data aku benar-benar dicuri. 

Polis : Cuba tengok nombor phone..sama kan dengan IPK Penang tu?

Dusssss.... its a clear giveaway dude! I needs an exit plan. Fast!!!!

Aku :  Ya..ya... nanti dulu ya saya nak ke TANDAS.

Then saya putuskan talian. Kol kawan cerita pasal kol yang aku dapat katanya jangan layan scam tu... Just what I expected too.



No Tel IPK Penang Yang di Clone


Cuba tengok betapa bersungguh-sungguhnya mereka nak bercakap dengan aku. Of course aku blocked terus.

Hasil dari carian di internet aku dapat info2 berguna ni. Memang haram jadah lah kerja Scammer ni.


No Tel IPK Penang Yang di Clone
Dah lama kerja menipu dorang ni

Macau Scammer ni menggunakan pelbagai tactic untuk menakutkan dan ugut mangsa. Nasib lah aku cut the conversation short, otherwise macam mangsa-mangsa lain tetibe pula dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah dan money laundering. Ingat kes Datuk Vida? Nasihat saya, kalau dapat panggilan macam ni, terus letak pon putuskan talian. Untuk kepastian berhubunglah dengan pihak-pihak berkenaan yang disebut si penipu tu. Jangan sekali-kali hubungi nombor telefon yang mereka bagi. Mereka adalah rangkaian penipuan professional. Orang bijak pandai pun ramai kena.

Ramai mangsa Macau Scammer ni. Mereka akan call secara rambang dan jika anda tak alert, boleh jadi mangsa mereka.

Be careful ~ di mana jua anda berada. Doa selalu ku titipkan di mana-mana even kepada si penipu tu. Mudah2an mereka sedar dan bertaubat.


No comments:

Post a Comment