Sunday, 13 January 2019

Winter Euro Trip 2018 - From Fankfurt To Prague



POSTING SEBELUM INI

23rd Dec 2018 Sunday. Hari ini aku nak sambung cerita perjalanan kami seterusnya dalam edisi Winter Euro Trip 2108 ni...wakakaka macam hebat sangatlah konon. Sabar saja ya.... Kami akan berada di Prague selama 2 hari.

Nak jadikan cerita, bagi aku dan Iza ini kali ke-dua kami ke bumi Czech ini. Kali pertama dulu akhir 2013 -2014 (lupa2 sudah). Aku cuba cari kalau2 ada posting aku tentang Prague ini tapi tak jumpa mungkin di blog lain yang sudah tidak aktif.

lizara.net

Well agak rugi juga kerana sepatutnya slot kembara kali ini sepatutnya ke Sweden dan Denmark yang belum pernah kuinjak buminya. Tapi akan daya.... takpe lah yang penting dapat ke Hallstatt.



HAHAHA... NAH..AMBIK KO ADA VIDEO INTRO LAGI

Kami travel berempat jadi untuk jimat kos pengangkutan, lebih baik sewa kereta. Perjalanan kami cross country around Central EUROPE i.e Germany -->> Czech Republic -->> Austria -->> Hungary -->> Germany.

Frankfurt dijadikan base memandangkan ia airport paling murah untuk destinasi Eropah untuk akhir tahun. Lagipun teruja untuk memandu di auto bahn Germany yang tiada had laju beb!

MENGIMBAU KENANGAN LALU

Andu bahhhh.....

Sangat ketara perbezaan terutama dari segi SAIZ KEGENDUTAN.




Apa yang saya sedari, tahap keterujaan kita terhadap sesuatu tempat itu amat berbeza untuk kali pertama dan seterusnya. Dulu, mula2 saya injak bumi Praha ini, saya macam gila-gila excited. Kali kedua pula, pernilaian mata agak berbeza. Bukan bermakna Praha sudah kehilangan pesona - tapi hati aku sudah berubah...wahahaha...sadis gila ni.

SENJA DI PRAHA 2013-14

Di Frankfurt, kami tinggal di THE FRANKFURT HOTEL yang hanya berdepan dengan Stesen Kereta Api- Main Bahn Station. Ini untuk memudahkan  urusan pengambilan kereta pada jam 9 pagi di kaunter SIXT di stesen itu juga.

So kena bangun awal. Breakfast dulu sebelum bertolak kerana hari ini Ahad, tidak banyak kedai buka. Kalau di German semua tutup kecuali beberapa restaurant tapi bukannya awal pagi. Perjalanan ke Prague ni jauh...dalam 518KM | 5 jam 18 minit.

FRANKFURT -->> PRAGUE ROUTES


Awal dah aku sedia. Tugas utama untuk membangunkan yang lain. Semalam semua tidur awal kerana kepenatan dalam flight.

MEET MY BABY

Boleh rujuk urusan dan tatacara memandu di eropah untuk info lanjut.

Urusan pengambilan kereta mudah saja. Tunjukkan  printout booking, all related documents dan payment. SELAIN fixed rent price, deposit sebanyak 50% juga akan dicharge di kad kredit anda dan akan dikembalikan selepas anda kembalikan kereta (within 1 week) so make sure duit dalam kad anda tu cukup ya... tak boleh bayar cash. Make sure periksa dan ambil gambar keadaan kereta sebelum jalan.

Dan ingat, sebelum bertolak, set awal2 GPS kerana tiada dan tidak boleh berhenti sesuka hati di bahu jalan.

TERCAPAI IMPIAN MEMANDU DI EROPAH

Perjalanan kami alhamdulillah lancar. Berhenti beberapa station untuk ke tandas dan makan tengah hari. Dalam kereta saja. Nasi dan sambal ikan masin. Di stesen terakhir sebelum border, kami singgah beli highway pass sticker atau VIGNATTE. Wajib untuk rentas sempadan Prague.


Sampai di city area, driver kita sudah agak berdebar kerana keadaan jalan yang memang mencabar. Semua one way dan kongsi jalan dengan TRAM hahahaha. Untuk 2 malam di Prague ni kami tinggal di Apartments Tronicek area Purkyrnova. Untuk parking sudah booked dari MR PARKIT. Sengaja pilih apartment kerana memang cadang nak memasak lengkap dengan periuk nasi sambal2an dibawa dari Malaysia. MAHU jimat kos bah boss ku.

Sudah sampai call  Janik the owner. PASTU  urus park kereta. Amboi2 sempitnya parking dia. Balik ke apt dan merehatkan diri sebentar. Malam nanti kami nak round2 Christmas Market dan yang sewaktu dengannya.

AKTIVITI MALAM DI KOTA PRAHA

HI HI HI.

Kurang best jalan pasal hujan.




Ok...tengok dulu teaser aktiviti kitorang





..... surely bersambung...gambar banyak lagi nak upload...😜😜

Friday, 11 January 2019

Winter Euro Trip 2018 - Frankfurt


Salam uols.

Posting kali ini aku nak kongsi cerita travel terbaru. Yang dulu2 tu nanti saja lol....



Perjalanan kali ini kiranya macam Family Getaway gitu. Dah lama tak travel bersama kerana memasing bekerja lagi pula ongkos ke Europe ni luarbiasa mahalnya.

Rancangan perjalanan tetiba diusulkan sekitar bulan October so perancangan seawal 2 bulan, terutama beli tiket. Mashaallah... harga tiket time winter ni mark-up gila... semua Airlines RM3600++ ke atas.

Akhirnya terpaksa beli tix OMAN AIR dari KUL-FRANKFURT rm3600++. Apa nak dikata. Nasib baik hotel di Central Europe ni tak semahal negara Eropah lain.

Kami bertolak pada  Jumaat 21 DEC. Dijangka berlepas pada 21:05 tapi delayed 40 minit. Long layover kat KLIA kerana kami tiba dari KK jam 3:30 petang. Nasib baik ada corner dekat Gate C37 tu yang kosong dan bolehlah baring2 dikerusi sekejap.




Untuk pendekan cerita, penerbangan dengan Oman Air ni elok belaka. Paling suka dengan TRANSFER process kat Muscat Airport yang sangat efisen - TIDAK jauh dari Gate dan tidak ramai macam di Bangkok hari tu.

Landed a day after - 22 Dec 2018.

Landed di Frankfurt Airprt Terminal 1 seperti dijangka. URUSAN  Imigrasi tidak lama. Tidak banyak soalan alhamdulilah. Aku sedang penat dan ngantuk ni. Sepanjang penerbangan tak boleh lelap. Terus ke luggage collection. Lepas tu cari sign ni same level dengan pengambilan bagasi dan turun satu level lagi (Level 0). Naik Regional Train ke bandar Frankfurt - Frankfurt Main Bahn. Train S8 atau S9.

CARI SIGN NI

TURUN SATU LEVEL

BELI TKET KAT MESIN RMV WARN BIRU NI

TRACK TRAIN KE FRANKFURT CITY

INI TIKET TU - ONE WAY - OHNE UMWEG

TUMGGU TRAIN DI TRACK 1

ABAIKAN MUKA KUSAM MEREKA - TIBA DI MAIN BAHN FRANKFURT

SUASANA DI STESEN KERETAPI





Hotel untuk malam ini di The Frankfurt Hotel berdepan jer dengan station keretapi.


Cerita selanjutnya boleh skodeng sini

Cerita lain nanti aku update lagi kalau rajin.

Sunday, 6 January 2019

Travelers Etiquette - Be Respectful


Pertama sekali, mohon maaf jika posting ini membuatkan ada hati-hati yang tersinggung. Namun sebagai frequent traveller juga, saya terpanggil untuk berkongsi rasa dan pendapat tentang beberapa perkara yang kita sebagai "turis" harus fikirkan apabila bertandang ke tempat orang. Dalam skala kecil, apabila kita datang ke negara lain, ia seumpama kita masuk ke rumah orang - kita harus beradab - maksudnya tidak boleh berbuat sesuka hati. Kita kena hormati "Tuan Rumah".

Apa Tujuan Kita Kembara

Selain makan angin, apa sebenarnya tujuan kita berkunjung ke suatu tempat? Banyak kata2 manis tentang ini.

The world is a book, and those who do not travel read only one page - St Augustine
Ya. Supaya kita tidak seperti katak di bawah tempurung. Kita digalakkan untuk melihat dunia di luar lingkungan kita, agar kita mempelajari kehidupan di luar sana.

Bukan untuk Show Off!

 Fill your life with experiences, not things. Have stories to tell, not stuff to show.” – Unknown

Inilah intipati suatu perjalanan itu. For experiences. And later, wisdom.



The real voyage of discovery consists not in seeking new landscapes, but in having new eyes ― Marcel Proust
Kita kata, kita kembara untuk melihat dunia luar, dan berjumpa dengan masyarakat lingkungannya. Kerana ia berbeda dengan tatacara hidup yang kita amalkan, maka kita ingin melihat semua itu. Namun dalam keghairahan kita mengejar status "the great traveller" dan hashtag "beenthereanddonethat" kita terlupa bahawa sebagai traveler, kita tidak boleh berperilaku sembrono. Kita harus pandai-pandai membawa diri. Tinggalkan siapa diri kamu sementara. Bila berkunjung ke tempat orang, berusahalah untuk asimilasi dengan budaya dan cara hidup mereka.

Barulah pengalaman itu kamu rasakan. Bukan susahpun. Dalam dunia modern dan dunia tanpa sempadan hari ini, manusia seantero dunia sudah terdedah dengan cara hidup masyarakat sama ada di barat atau asia. Perbedaan agama dan budaya juga sudah diterima. Namun ada perkara-perkara "taboo"  - yang sensitif yang harus dihormati terutama yang berkait dengan agama dan kepercayaan.

Pengaruh Media Sosial

Kerana ingin berlumba-lumba untuk "Show-Off" di media sosial, ramai travellers hari ini terleka dan melakukan perkara2 yang di luar tabii. Kata mereka itu adalah Personal Statement or Trademark, tetapi ia boleh membawa padah bila dilakukan tak tengok tempat. Dalam perlumbaan menjadi influencer (mahu nilai komersial), mereka sanggup berbuat apa saja, bahkan ada yang terkorban gara-gara ingin mengambil gambar yang lain dari orang lain.

Terbaru kes Collen di Jaipur.


Gambar Instagram Collen ini telah menjadi viral dan membangkitkan kemarahan masyarakat di India. Inilah yang dikatakan, tidak menghormati sensitivity masyarakt tempatan. Akhirnya, bukan saja akaun instagramnya terpaksa dipadam, malahan blognya juga kini offline.

Contoh-contah lain yang mengundang kemarahan rakyat tempatan.



PERLUKAH UNTUK TELANJANG?
Semoga kita lebih mengerti dan mengamalkan etika yang bersopan semasa kita ke tempat orang. Umpama pepatah melayu :-

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum!

Barulah kita selamat.

Nasib baik si Emil ni tidak ke Pitas. Kalau dia berperangai begini ke sana, si "brother" kebanggaannya ini pasti "hilang"...... Ha Ha Ha

You don't believe it?

Ciao! Happy traveling ~ get back safely and enlightened.

Happy New Year 2019!

Good bye 2018.

Kamu memberikan 365 hari kenangan dalam hidup ku. Yang manis, yang pahit, yang tawar - semuanya memberikan makna. Yang penting sedetik pun ia tak akan berulang lagi. Masa tidak boleh diundur, justeru itu tuhan bersumpah dengan MASA.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.” (al-Asr: 1-2).
Kecuali mereka yang beriman.


Welcome 2019!

Semoga tahun ini akan membawa kesedaran, keberkatan dan kebaikan yang melimpah.

Thursday, 13 December 2018

Driving Through Europe And My Parking Solution For Prague, Vienna, Budapest, Salzburg and Munich


Memandu di Eropah? ya memang best kerana kita berpeluang menikmati pemandangan yang indah sepanjang perjalanan - seluas mata memandang.

Tapi.... mencari tempat PARKING adalah masalah terbesar.

So sebagai persediaan, aku google awal2 sebagai panduan.

PRAGUE

Destinasi pertama RoadTrip Europe 2018 ini adalah Prague. Tinggal di Apartments Tronicek. Semasa booking stated ada parking tapi tadi saya hubungi mereka katanya fully occupied on the date I'm check-in. Tapi alternative dia kata boleh parking kat National Theater Underground Garage 600Kroner (Euro23) sehari. Mungkin saya cari option lain tapi untuk masa ni, inilah kedudukan dalam carian.

Alternative : Check Mr.Parkit





Below : Option From Mr. Park It (Can book in advance for Euro17 daily. Cheaper)




Di Vienna pula, hotel tempat kami menginap ada parking berbayar onsite(harap2) so untuk ke hulu ke hilir by foot or public transportation jer.

Berada di Wien selama 2 malam, angan2 nak buat Day Trip ke Budapest. Kalau tidak penat dan keadaan mengizinkan. So awal2 aku check juga mana nak parking. Aduhai... mencari tempat parking di Europe ini memang bikin penasaran...!!!


BUDAPEST PARKING ALTERNATIVES



BEBERAPA PERINGATAN JIKA MEMILIH MEMANDU DI EROPAH

Ada beberapa peraturan yang perlu anda ketahui jika anda ingin sewa dan pandu kereta cross country di Eropah.

  1. Berumur 21 tahun ke atas
  2. Mempunyai lesen yang masih valid. Lesen memandu Malaysia boleh digunakan untuk sewa kereta tetapi adalah lebih baik jika anda mempunyai IDL. Ada kes car rental agency x membenarkan ambil kereta kerana tiada IDL. IDL berharga RM150 (lesen memandu Malaysia tidak diambil). Untuk memohon, just go to any JPJ kaunter or UTC. Bawa salinan driving liecense Malaysia, IC dan sekeping gambar latar putih.
  3. Mesti ada kad kredit  (CC) atas nama pemandu berdaftar. Semua pembayaran dicharge di CC tersebut. Debit Card or Cash tidak diterima. Pastikan amount dalam CC anda mencukupi untuk kadar sewaan dan juga deposit.
  4. Pre-bayar atau bayar bila ambil kereta dibolehkan.
  5. Semasa mengambil kereta, pastikan cacat-cela kereta tersebut. Gambar semua sebagai bukti. Nanti silap2 anda dicharge (mahal) jika semasa hantar ada kerosakan pada kenderaan tersebut.
  6. Pastikan jenis minyak kereta itu.
  7. Di Europe (Germany) biasanya, isi minyak dulu baru bayar.
  8. BUKAN semua kereta sewa boleh dibawah/pandu cross border especially ke Central Europe. Sila pastikan dulu dengan car rental agency. Biasanya kebenaran membawa kereta sewa secara cross border adalah mengikut Zone.
  9. Untuk memasuki sesebuah negara anda perlu ada Highway Sticker (Vignette) yang boleh dibeli di mana2 Gas Station di sempadan negara tujuan anda.
  10. Pulangkan kereta dalam keadaan yang SAMA seperti anda ambil.
PRAGUE HIGHWAY STICKER
CARA PASANG STICKER

Wednesday, 28 November 2018

Happy Birthday In Advance, Micha!


Happy Birthday.

I'm afraid that I might not have the chance to wish you when the day come. You are and will always be (I knew)  a great person and I pray that my Allah granted you good health, love and happiness for the rest of your life.

Knowing you is a blessing and many thanks for the wonderful time we spend together.

The Best Man On Earth


Have a Blast!

Sunday, 25 November 2018

Cinta Jangan kau Pergi

Aku ingin menangis, malah meraung agar kamu tetap di sini. Di hati ku. Namun bukan hanya dalam bayang kenangan. Hati ini sangat sakit. Terasa tidak disayang. Sedangkan aku mencintaimu unconditionly. Menerima kamu apa adanya. Dan kata mu, kamu juga mencintai aku seperti itu.



Itulah gambaran hati dan rasa kecewa orang yang ditinggalkan.

Sebolehnya mahu terus berpaut , meskipun akan kehilangan harga diri, kerana dalam bercinta tidak ada ungkapan : me me me melainkan US.

TAPI kita tidak boleh memaksakan cinta kita pada orang lain. Atau menahannya pergi. Ungkapan mengatakan, jika kamu mencintai sesorang, biarkan dia pergi. Beri lah dia kebebasan memilih jalan hidupnya sendiri daripada terpenjara dengan cinta mu yang tidak dingininya lagi.

Hakikat sebenar, CINTA itu tidak harus MEMILIKI. Jika takdir dia untuk mu, takdir itu jua lah akan membawanya kembali kepada mu. Jika memang bukan, simpanlah perasaan itu dalam-dalam di  hatimu, kerana itu adalah bunga-bunga kehidupan yang akan menyerikan kehidupan mu hari ini atau masa-masa mendatang.

Kita boleh mencintai tanpa dicintai. Itu cinta yang agung.

Percayalah, untuk mendapatkan cinta yang benar dan tulus tidak mudah. Mungkin sekali seumur hidup. Cinta yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Jadi menangislah. Namun biar dia pergi.

Biar cinta mu padanya menemani mu di saat-saat sepi. Kenanglah kenangan indah bersamanya bila kamu merasa rindu. Kenanglah yang indah jangan semai rasa benci.






 Cinta ini, akan ada di hatiku selamanya. Tiada gantinya. Because to me, You Are The ONLY one.