Salam uols.
Posting kali ini aku nak kongsi cerita travel terbaru. Yang dulu2 tu nanti saja lol....
Perjalanan kali ini kiranya macam Family Getaway gitu. Dah lama tak travel bersama kerana memasing bekerja lagi pula ongkos ke Europe ni luarbiasa mahalnya.
Rancangan perjalanan tetiba diusulkan sekitar bulan October so perancangan seawal 2 bulan, terutama beli tiket. Mashaallah... harga tiket time winter ni mark-up gila... semua Airlines RM3600++ ke atas.
Akhirnya terpaksa beli tix OMAN AIR dari KUL-FRANKFURT rm3600++. Apa nak dikata. Nasib baik hotel di Central Europe ni tak semahal negara Eropah lain.
Kami bertolak pada Jumaat 21 DEC. Dijangka berlepas pada 21:05 tapi delayed 40 minit. Long layover kat KLIA kerana kami tiba dari KK jam 3:30 petang. Nasib baik ada corner dekat Gate C37 tu yang kosong dan bolehlah baring2 dikerusi sekejap.
Untuk pendekan cerita, penerbangan dengan Oman Air ni elok belaka. Paling suka dengan TRANSFER process kat Muscat Airport yang sangat efisen - TIDAK jauh dari Gate dan tidak ramai macam di Bangkok hari tu.
Landed a day after - 22 Dec 2018.
Landed di Frankfurt Airprt Terminal 1 seperti dijangka. URUSAN Imigrasi tidak lama. Tidak banyak soalan alhamdulilah. Aku sedang penat dan ngantuk ni. Sepanjang penerbangan tak boleh lelap. Terus ke luggage collection. Lepas tu cari sign ni same level dengan pengambilan bagasi dan turun satu level lagi (Level 0). Naik Regional Train ke bandar Frankfurt - Frankfurt Main Bahn. Train S8 atau S9.
CARI SIGN NI |
TURUN SATU LEVEL |
BELI TKET KAT MESIN RMV WARN BIRU NI |
TRACK TRAIN KE FRANKFURT CITY |
INI TIKET TU - ONE WAY - OHNE UMWEG |
TUMGGU TRAIN DI TRACK 1 |
ABAIKAN MUKA KUSAM MEREKA - TIBA DI MAIN BAHN FRANKFURT |
SUASANA DI STESEN KERETAPI |
Hotel untuk malam ini di The Frankfurt Hotel berdepan jer dengan station keretapi.
Cerita selanjutnya boleh skodeng sini
Cerita lain nanti aku update lagi kalau rajin.
No comments:
Post a Comment