Monday 8 July 2013

VENICE KALI PERTAMA (DAY 1)

23/05/2013

Sejak kecil saya memang amat teruja dengan scenery Venice yang amat menakjubkan. Saya paling minat dengan Gondola itu. Sejak dulu, saya selalu berangan untuk menaiki gondola sambil menikmati pemandangan Grand Canal yang amat terkenal. Lama juga saya menyimpan impian. Akhirnya di  usia agak "senja", impian saya tercapai jua.

Bak kata orang, kalau benda memang nak jadi, kita tak payah rancang2 sangat. It will find their ways to you. Eh..eh..betul ke? Betullah kot. Rancangan percutian kali ini dapat idea dalam masa sebulan. Agak kelamkabutlah juga buat itineary. Tapi untung juga I ni dah biasa rancang my own ITI. 

So nak jadi cerita, pada 23 May 2013 berangkatlah ke Venice Via Istanbul. Dari Istanbul Ataturk International Airport, naik Turkish Airlines (11am) ke Marco Polo Airport (1.30pm), Venice. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 2.5 jam. Tak terasa sangat berbanding berbelas jam dari Kuala Lumpur ke Istanbul sebelumnya. Lagipun perasaan excited. Mendarat di Marco Polo Airport, konsep ala-ala Airasia jua la. Tapi terminalnya taklah jauh sangat. Imigresen arrival check point hanya dua barisan, so agak lama jugalah proses pemeriksaannya. Untung juga kami sebagai pemegang passport Malaysia, boleh masuk tanpa Visa. Sampai giliran, buat-buat muka sweet innocent... off you go!

Airport tak besar so takkan sesat punya. Yang penting buka mata luas-luas, baca dan kalau perlu buka mulut untuk tanya. Di luar hall arrival ada information center. Contoh cam saya...tinggal di Venice (bukan main land) so kena naik water taxi atau Vaporetto. Tapi Saya malas nak tunggu lama-lama, so saya dah beli awal-awal tiket private boat dari Viator. Agak mahal lah tapi berbaloi tak payah berbaris lama-lama. Saya cuma tunjukkan printout ticket dan tunjukkan di kaunter di nombor tertera dalam tiket tersebut.

Jarak dari main terminal ke jeti agak jauh juga. Ambil masa lebih kurang 15 minit. Memang sengsara juga kalau banyak beg. Terpaksa heret jauh-jauh. Kami hari tu berkongsi boat dengan 2 couples dari Norway and Canada... kaki mereka panjang bolehlah melangkah jauh, I ni terpaksa lari2 kejar...hehehehe.

Dengan boat laju kami (seperti di bawah ni), perjalanan ke tempat dituju (saya Rialto Bridge) mengambil masa lebihkurang 30 minit. Oh ya...before boarding to your boat, make sure di mana stops you all nak turun...depend on which area your hotel located ya. Saya tinggal di Casa Cosmo area Rialto Bridge. Rialto Bridge ini stops number 3.

Looking good Sebastian!

Inilah pemandangan sekitar perjalanan menuju hotel. Boat driver pun sedap mata memandangkan? Si. Namanya Sebastian.









Next post: Bagaimana nak ke hotel?

No comments:

Post a Comment