Saya dikejutkan dengan breaking news Berita Harian tentang pesawat MH17 route Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dilaporkan terhempas di Eastern Ukraine. Subhanallah.... besar sungguh ujian Mu ini kepada Malaysia. Belum lagi terungkai misteri kehilangan MH370 (8 Mac 2014), kini kita dihadapkan dengan malapetaka MH17.
Dapat saya gambarkan perasaan ahli keluarga. Sedangkan saya yang tidak mengenalipun merasa sedih, apatah lagi ahli keluarga. Semoga Allah SWT yang maha pengasih dan penyayang, dapat memberikan kesabaran dan keredhaan dihati anda semua.
Setakat ini, belum jelas apa yang berlaku, meskipun sudah ada suara tuduh menuduh. Malang sekali MH17 lalui di sempadan yang sedang berkonflik. Donestk dikhabarkan kubu kuat pihak pemisah yang pro-Russia. Tapi bagi saya peribadi, saya tidak akan percaya sebarang khabar angin tanpa bukti. Dalam keadaan dunia sekarang, banyak false-flag, muslihat sedang dilakonkan.
Cebisan berita dan gambar2 dari media online.
Kepulan asap dari kapal yang terbakar |
Heartfelt condolences to Malaysia |
The Passenger's |
Mayat2 bergelimpangan |
Ya Allah, Rahmatilah roh mereka yang terkorban |
Puing-puing bertebaran |
Update:
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang ekoran laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang mengesahkan pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.
Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.
Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.
Memetik sumber industri penerbangan, laporan tersebut menyatakan pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pesawat membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.
Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.
Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya menjelaskan, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.
"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh17-pesawat-sah-bawa-295-penumpang-mas-adakan-sidang-media-pukul-4-pagi-40072?cp

Ya Allah.... ampunkan lah dosa-dosa kami... tunjukkanlah kami jalan yang benar. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui kebenarannya.
No comments:
Post a Comment