Dari kota Prague, kami meneruskan Road Tour kami ke Cesky Krumlov sebelum meneruskan perjalanan menuju Vienna.
Perjalanan ke Cesky Krumlov ambil masa lebih kurang 2 jam 05 minit sejauh 173KM dari Prague. Seperti dijangka, scenery sepanjang perjalanan ini cantik dan melalui perkampungan lama dengan senibina yang unik.
PREVIEW
APA YANG MENARIK DI CESKY KRUMLOV
Terletak di selatan Bohemian Region Czech, Cesky Krumlov umpama sebuah bandar fairytale dengan senibina gereja medieval dan istana di pinggiran sungai Vlatava. Pasti mengujakan hati siapa yang memandangnya.
Bandarnya kecil sahaja tapi adalah lebih berbaloi jika dapat meluangkan seharian di sini. Barulah puas hati. Siapa yang hobi OOTD, tempat ini memang menarik untuk instagrammer berposing.
Untuk rujukan boleh baca sini dan sini dan sini. Rajin2 sikit buat homework ya.... hihihi..
Tempat tumpuan pelancong adalah castle dan old town square. Walaupun nampak macam takde apa2 untuk shopping tapi jangan terkejut... di sini banyak kedai2 BRANDED! Coach, Micheal Korrs, Louis Vuitton dan lain2 memanggil-manggil - cuba menggoda tapi bertabah sajalah...kitani mahu jalan2 saja bukan nak shopping. CERITA KAMI
Kami bertolak dari Prague sekitar jam 9am dan sampai di Cesky Krumlov around jam 11am. Mungkin kerana masih awal, kami dapat parking dengan mudah. Adalah salah-salah jalan sedikit...hahaha...tetapi masih terkawal. Bayar parking untuk 2 jam. Rasanya ronda-ronda Old Town ni taklah lama sangat. Lagipun tak boleh lama sangat kerana perjalanan ke Vienna masih jauh...mahu-mahu 4 jam gitu.
Kami sempat round2 Istana tapi tidak masuk ke dalam. Hanya di persekitaran sahaja. The best city view pastilah dari atas perkarangan istana yang over looking Vlatava River dan Old Town. Selepas ronda2, selfie-selfie wefies, kami turun untuk ke Old Town Square pula. RAMAINYA orang. Ingatkan time christmas ni agak sunyi tapi natijahnya tidak. Ramai turis dari luar negara - majoriti Asean Tourist termasuk kami.
Kat entrance
PELAKON TAMBAHAN
SORRY...HEROIN MEMANG BANYAK GAMBAR πππ
TRADEMARK STAIL BERGAMBAR
Suasana di dalam dengan cobblestone street. Tidak boleh pakai kasut tumit tinggi ya.
HEROIN BERAKSI..OOTD KAMPUNG2 STYLE
SANGAT SEJUK..BOLEH MINUM KOPI PANAS ATAU WINE PANAS..DARI KAU SAJA BA ITU
TURIS TURUN DARO CASTLE CHATEAU
NTAH GAYA APA NI..TAKDE STAIL LANGSUNG
NANTIKAN SESUATU YANG AMAZING DI HUJUNG SANA
TADAAAA.... CANTIKKAN?
SELFIE DULU
DI BAWAH SANA BANYAK KEDAI BERJENAMA
Sekitar jam 1PM kami balik ke kereta takut kena saman lebih masa. Di kereta kami makan nasi bekal yang kami masak awal2 dari Prague. Nasi berlauk sambal ikan masin pedas dan dadar telur. Macam sedap jaaaaa...
Krismas Eve di Prague lebih berwarna-warni dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan. Dari makanan sehinggalah pakaian dan perhiasan. Bau makanan yang sedang di-grilled amat mengoda sayangnya pasti tidak halal..kahkahkah... Lagu Krismas juga berkumandang sini sana, macam juga kalau kita merayakan Eid-Adha...
Dulu, 1st time aku datang ke Praha ini adalah musim Autumn. Suasana agak berbeda. Daun2 telah bertukar warna kekuningan suhu pun kurang sejuk tapi kali ini kayu tinggal ranting tanpa dedaun. Nak bergaya sakan pun tak boleh kerana sejuk. Baju terpaksa pakai berlapis-lapis. Aku yang sudah gendut ini tambahlah gedempol.
Musim Gugur di Praha Oct 2013
BTW, jika pembaca yang budiman inginkan kulit tanpa masalah dan mahu tampak muda (macam saya hihihi) bolehlah klik banner kat atas.
Ok...kembali ke laptop Praha. Hari kedua ni dah rancang nak cover semua POI di city area. Pertama jalan kaki ke Old Town Square - guna waze - walaupun sudah pernah ke sini, tidak ingat jalan... bersimpang-siur beb! Looksie..looksie, ambil gambar kemudian jalan lagi hingga ke Charles Bridge. Time ni si Eeza dah berkunyayang lapar.... hahahaha.
23rd Dec 2018 Sunday. Hari ini aku nak sambung cerita perjalanan kami seterusnya dalam edisi Winter Euro Trip 2108 ni...wakakaka macam hebat sangatlah konon. Sabar saja ya.... Kami akan berada di Prague selama 2 hari.
Nak jadikan cerita, bagi aku dan Iza ini kali ke-dua kami ke bumi Czech ini. Kali pertama dulu akhir 2013 -2014 (lupa2 sudah). Aku cuba cari kalau2 ada posting aku tentang Prague ini tapi tak jumpa mungkin di blog lain yang sudah tidak aktif.
Well agak rugi juga kerana sepatutnya slot kembara kali ini sepatutnya ke Sweden dan Denmark yang belum pernah kuinjak buminya. Tapi akan daya.... takpe lah yang penting dapat ke Hallstatt.
HAHAHA... NAH..AMBIK KO ADA VIDEO INTRO LAGI
Kami travel berempat jadi untuk jimat kos pengangkutan, lebih baik sewa kereta. Perjalanan kami cross country around Central EUROPE i.e Germany -->> Czech Republic -->> Austria -->> Hungary -->> Germany.
Frankfurt dijadikan base memandangkan ia airport paling murah untuk destinasi Eropah untuk akhir tahun. Lagipun teruja untuk memandu di auto bahn Germany yang tiada had laju beb!
MENGIMBAU KENANGAN LALU
Andu bahhhh.....
Sangat ketara perbezaan terutama dari segi SAIZ KEGENDUTAN.
Apa yang saya sedari, tahap keterujaan kita terhadap sesuatu tempat itu amat berbeza untuk kali pertama dan seterusnya. Dulu, mula2 saya injak bumi Praha ini, saya macam gila-gila excited. Kali kedua pula, pernilaian mata agak berbeza. Bukan bermakna Praha sudah kehilangan pesona - tapi hati aku sudah berubah...wahahaha...sadis gila ni.
SENJA DI PRAHA 2013-14
Di Frankfurt, kami tinggal di THE FRANKFURT HOTEL yang hanya berdepan dengan Stesen Kereta Api- Main Bahn Station. Ini untuk memudahkan urusan pengambilan kereta pada jam 9 pagi di kaunter SIXT di stesen itu juga.
So kena bangun awal. Breakfast dulu sebelum bertolak kerana hari ini Ahad, tidak banyak kedai buka. Kalau di German semua tutup kecuali beberapa restaurant tapi bukannya awal pagi. Perjalanan ke Prague ni jauh...dalam 518KM | 5 jam 18 minit.
FRANKFURT -->> PRAGUE ROUTES
Awal dah aku sedia. Tugas utama untuk membangunkan yang lain. Semalam semua tidur awal kerana kepenatan dalam flight.
Urusan pengambilan kereta mudah saja. Tunjukkan printout booking, all related documents dan payment. SELAIN fixed rent price, deposit sebanyak 50% juga akan dicharge di kad kredit anda dan akan dikembalikan selepas anda kembalikan kereta (within 1 week) so make sure duit dalam kad anda tu cukup ya... tak boleh bayar cash. Make sure periksa dan ambil gambar keadaan kereta sebelum jalan.
Dan ingat, sebelum bertolak, set awal2 GPS kerana tiada dan tidak boleh berhenti sesuka hati di bahu jalan.
TERCAPAI IMPIAN MEMANDU DI EROPAH
Perjalanan kami alhamdulillah lancar. Berhenti beberapa station untuk ke tandas dan makan tengah hari. Dalam kereta saja. Nasi dan sambal ikan masin. Di stesen terakhir sebelum border, kami singgah beli highway pass sticker atau VIGNATTE. Wajib untuk rentas sempadan Prague.
Sampai di city area, driver kita sudah agak berdebar kerana keadaan jalan yang memang mencabar. Semua one way dan kongsi jalan dengan TRAM hahahaha. Untuk 2 malam di Prague ni kami tinggal di Apartments Tronicek area Purkyrnova. Untuk parking sudah booked dari MR PARKIT. Sengaja pilih apartment kerana memang cadang nak memasak lengkap dengan periuk nasi sambal2an dibawa dari Malaysia. MAHU jimat kos bah boss ku.
Sudah sampai call Janik the owner. PASTU urus park kereta. Amboi2 sempitnya parking dia. Balik ke apt dan merehatkan diri sebentar. Malam nanti kami nak round2 Christmas Market dan yang sewaktu dengannya.
AKTIVITI MALAM DI KOTA PRAHA
HI HI HI.
Kurang best jalan pasal hujan.
Ok...tengok dulu teaser aktiviti kitorang
..... surely bersambung...gambar banyak lagi nak upload...ππ
Posting kali ini aku nak kongsi cerita travel terbaru. Yang dulu2 tu nanti saja lol....
Perjalanan kali ini kiranya macam Family Getaway gitu. Dah lama tak travel bersama kerana memasing bekerja lagi pula ongkos ke Europe ni luarbiasa mahalnya.
Rancangan perjalanan tetiba diusulkan sekitar bulan October so perancangan seawal 2 bulan, terutama beli tiket. Mashaallah... harga tiket time winter ni mark-up gila... semua Airlines RM3600++ ke atas.
Akhirnya terpaksa beli tix OMAN AIR dari KUL-FRANKFURT rm3600++. Apa nak dikata. Nasib baik hotel di Central Europe ni tak semahal negara Eropah lain.
Kami bertolak pada Jumaat 21 DEC. Dijangka berlepas pada 21:05 tapi delayed 40 minit. Long layover kat KLIA kerana kami tiba dari KK jam 3:30 petang. Nasib baik ada corner dekat Gate C37 tu yang kosong dan bolehlah baring2 dikerusi sekejap.
Untuk pendekan cerita, penerbangan dengan Oman Air ni elok belaka. Paling suka dengan TRANSFER process kat Muscat Airport yang sangat efisen - TIDAK jauh dari Gate dan tidak ramai macam di Bangkok hari tu.
Landed a day after - 22 Dec 2018.
Landed di Frankfurt Airprt Terminal 1 seperti dijangka. URUSAN Imigrasi tidak lama. Tidak banyak soalan alhamdulilah. Aku sedang penat dan ngantuk ni. Sepanjang penerbangan tak boleh lelap. Terus ke luggage collection. Lepas tu cari sign ni same level dengan pengambilan bagasi dan turun satu level lagi (Level 0). Naik Regional Train ke bandar Frankfurt - Frankfurt Main Bahn. Train S8 atau S9.
CARI SIGN NI
TURUN SATU LEVEL
BELI TKET KAT MESIN RMV WARN BIRU NI
TRACK TRAIN KE FRANKFURT CITY
INI TIKET TU - ONE WAY - OHNE UMWEG
TUMGGU TRAIN DI TRACK 1
ABAIKAN MUKA KUSAM MEREKA - TIBA DI MAIN BAHN FRANKFURT
SUASANA DI STESEN KERETAPI
Hotel untuk malam ini di The Frankfurt Hotel berdepan jer dengan station keretapi.