Tuesday 11 September 2018

USA Road Trip 2018 Day 3 - Philadelphia + Baltimore

Day 3 September 1/ Tuesday 

New Yorkers bersedih hari ini. Sambutan 9/11 - 17 years later.

I pay respect to those whose dies in the tragic and most hurtful tragedy. 

Hmmm... aku tidak akan menyentuh hal berkaitan politik di sini. 

Hari ini aku akan bergerak ke Philadelphia dengan menaiki train Amtrak.

Akan memulakan road trip di Philly.

Update later

USA Road Trip Day 2 - Manhattan

Day 2 10th September 2018 ( Monday) 

I wake up in NY CITY this morning. In a city that cites as a city that never sleep.. 

Badan masih terasa penat selepas lebih 20 jam dalam penerbangan. Namun kerana teruja (lama aku tak jenjalan), semua keletihan itu tidak terasa.

Semangat!

Sanctuary Hotel menyediakan free breakfast walaupun hanya basic sahaja. Kopi, orange jus bread dan scrambled eggs. Agak pelik dan sukar untuk melintasi leher ku. Telurnya langsi.

Namun begitu, kopinya lumayan bagus.

Hari ini aku harus checkout. Pindah ke Edison Hotel Times Square, beberapa block saja dari Sanctuary Hotel. Usai breakfast, naik lagi ke kamar untuk membereskan urusan perut yang selalu saja mahu ke toilet setiap kali selepas menyantap!

Masa checkout 11am. Tapi syukurlah boleh tinggalkan beg sementara menunggu check-in ke hotel seterusnya pada jam 3PM.

Hari ini, mahu round2  kota Manhattan bermula dengan The Rock. Jalan kaki  saja. Aku tanya front office katanya dari hotel turn right....jalannnnnnnn saja sehingga nampak RADIO CITY kemudian turn left.

Setelah hujan semalaman, aku mengharapkan pagi yang cerah, namun harapan tinggal harapan. 10 minit meninggalkan hotel hujan mula turun. Mulanya rintik-rintik saja namun lama-kelamaan semakin lebat. Kata orang it never rains but pour!


Semangat ahkak pepagi ni playing tourist. Kata Travel Guru, blend with the crowds. Jangan nampakkan kitani macam turis untuk elakkan "tourist trap" - tapi tak dapatlah aku menipu dengan Muka Asian Mata Sepet aku ni. The best that I can do is acted  as if "Fucking Don't Care!!".. Hmmm... I hears a lot of the F words as if the F is a must in every sentences.

"I'm gonna find me a fucking job!"
"Fucking tired"
"This fucking rains..."
...and much more.

Dalam train juga kadang2 ada juga orang2 yang minta sedekah/donation sambil nyanyi, bergendang, sambil bercakap pada diri sendiri (and to the world?)... ntah apa yang mereka cakap yang jelas .. fuck!  fuck! fuck!

Tapi mereka tak memaksa atau kacau. Semua penumpang just ignored them.






Pasti mereka juga turis yang senasib dengan aku. Harapan menggunung untuk menikmati NY yang cerah rupanya hujan di pagi hari.

MENGHARAP BEGINI



TAPI JADI BEGINI HAHAHAHA


MACAM BARU BALIK DARI PASAR
Di depan The State University of NY ini adalah the Bryant Park. Kalau tak hujan, dalam 20 minit sampai jalan kaki dari Times Square.

MUSNAH HARAPAN NAK MEN-DIVA


Dari Sanctuary Hotel (47St) ke The Rock jalan kaki dalam 20 minit. Tak jauh sebenarnya. Cuma lambat kerana look see look see dan ambil gambar.

DAH SAMPAI KE ROCKEFELLER CENTER



Masuk ke dalam untuk beli tiket nak naik ke observatory floor tapi dinasihatkan datang lain kali bila cuaca lebih baik. Rugi ja katnya. Harganya $37-39 gitu. Bagi Ringgit mahal juga tu.

Kecewa. Jom dengar  lagu selingan ni.



Tidak dapat buat apa2. Di luar juga hujan semakin lebat!



 Bukan aku tak suka hujan tapi bukan time aku jalan-jalan.


SINGGAH DI PRET








Sekitar jam 2PM balik lagi ke Sanctuary untuk ambil bag. Sementara menunggu hujan reda, duduk2 di lobby sambil kupi2 (percuma untuk guest).

Lepas itu heret bag untuk ke Hotel Edison (next to Scientology Church(?) -  Tom Cruise punya mahzab tu).






Hotel di area Manhattan memang mahal, ditambah lagi dengan taxes yang mencengkam jiwa.

After check-in, rest for awhile. Sejam dua juga terlelap. Bangun2 perut teriak-teriak lapar.  Hihihi. Dinner McD saja lah aku malam ini.

Lepas dinner, jenjalan lagi area Times Square. Dekat hotel ja. Tengok gambar ja ya... takde benda nak cerita. Kalau New Yorkers memang tak gemar datang sini. Kata mereka 't's a tourist trap. Kalau difikirkan macam betul juga. Takde benda sangat. Macam hebat lagi Night Light di Hangzhou hari tu hahaha.







Selesai cerita untuk hari ke-2.

Harap2 cuaca di NY baik nanti 3 hari terakhir aku di bumi America ini.

Esok aku naik train ke Philadelphia.

Sunday 9 September 2018

USA Road Trip 2018 Day 01 From Kuala Lumpur To New York


Hi gorgeous Salam2all 😍

Hari ini 09-09-2018 hari Ahad adalah hari pertama kembara  Road  Trip East USA 🇺🇸 ku. Flight 10.10am via 🇭🇰 Hong Kong. 

Seawal 7.10am aku checkouts dari Tune KLIA2 untuk kejar KLIA TRANSIT. Sampai di KLIA sebelum jam 8am Harus ke kaunter H untuk HK. 

Selfie dulu 😝




Sedang tunggu train 🚊 

Mashaalah! Panjangnya barisan 🙃 



Satu jam 20 minit baru sampai giliran ku.

Terus naik train ke Main Terminal C. Tepat jam 9.10 start proses boarding. 



Jom memulakan adegan yang memalukan. Selfination





Inilah tix ekonomi ku 😝😝😝

* nanti sambung ya sekarang tunggu boarding

Sambungan (05/10/2018 - Jumaat)

Salam kembali. Hari ini setelah lihat2 gambar2 dalam gallery pon terbuka hati nak sambung cerita Day 01 perjalanan ku ke USA yang baru berakhir 12 hari yang lepas. Sebelum luput terus dari ingatan seperti cerita kembara yang lalu2. Sukar mengingat kembali kerana otak semakin tua. Processornya terlalu terbeban dengan data2 sejak puluhan tahun yang lalu. Lagian.. esok aku mahu berangkat ke Germany - tujuan khusus Frankfrut yang terletak di Western part of Germany.

Ok balik topik asal. Day 01 ini 90% berkisar perjalanan antara terminal sahaja. Terminal KLIA ke Terminal Hong Kong dan berakhir di Terminal JFK. Beribu-ribu kilometer direntasi dan berada dalam pesawat lebih kurang 20 jam tidak termasuk layover. Dari kiut comel sampai busuk. Namun semua rela ditempuhi demi keinginan ku melihat negara orang.

Penerbangan ke HK on time. Semuanya berjalan lancar. Kerana aku pemegang kad priority Enrich, mendapat sedikit keistemewaan meskipun bukan business class. Penerbangan lancar. More or less 4 jam dari KUL - HK. Makanan pre-order NO BEEF. Tapi sebenarnya kalau flight dari KUL memang serve no PORK kerana codeshare dengan MAS.


Beli Seat Yang Ada Legroom. Selesa Sikit

Pre-Order Food Dapat Cepat Tapi Nanti No Ice-Cream 😂😂😂


Aku pilih aisle seat supaya mudah kalau nak ke toilet. 4 jam tu lama juga. Sampai di HK bergegas ke platform untuk connections flight. Semasa check-in di KLIA, gate untuk penerbangan HK-US belum diberi. Biasanya, untuk next leg bagi connecting flight, akan ada attendent/crew Cathay Pacific Airlines menunggu di luar pesawat untuk kita tanya GATE seterusnya.

Untuk flight aku, gate ke JFK ialah Gate 50. ada lebih kurang 2jam30minit layover. Tapi dinasihatkan untuk flight ke US harus datang lebih awal kerana proses untuk boarding agak cerewet. Satu persatu di-interbiu sebelum boarding.




Aisle seat juga. 14 jam lebih beb... susah nak keluar ke tandas jika ada orang di middle and aisle seat. Apatah lagi kalau jiran awak tu sedang tidur nyenyak. Dalam hati mengharap keajaiban - biarlah 3 seats ini menjadi milik ku sorang hahahaha. Nak tidur beb....


Terus berharap. Setiap yang lalu lalang mendebarkan. Dalam hati berdoa ~ "Janganlah Ada Orang Duduk Sebelah Aku".

Allah kabulkan doaku. Ameen.

Milik Ku Sepenuhnya

All By Myself

Riangnya dalam hati..jika dapat 3 seat semuanya. Bisa tidur dengan lebih selesa berbanding tidur duduk.

DALAM penerbangan long distance ni macam2 perangai orang. Kalau aku, start terbang hingga dua jam selepasberlepas tengok movie dulu sambil menunggu makanan dihidangkan. Jam ke 3-4 biasanya mata dah layu.  Aku tertidur lebih kurang 2 jam. Bangun tidur. Bangun sambung tengok movie. Tidur lagi, bangun lagi. Tengok jam 7 hours to go. Alamak bosannya.

Jiran2 Ku

Juadah kali ke-2

Jom Minum Orange Jus

Dinner On Board

2 jam sebelum mendarat, kami dihidangkan makan malam. Mee tu ntah apa2 rasanya. Cukuplah untuk alas perut.


Time ni aku ke toilet. Berus gigi dan cuci muka dan lap2 badan dengan wet tisu. Sapu2 perfume Jadore pek kecil yang aku dapat percuma dari kaunter sebagai gift pembelian produk CD. Pastu balik ke seat untuk dandan muka dengan produk anti-aging aku ~ SWISDERM.

Nasib Ada Swisderm

Cukup mudah, dengan 5 produk saja sudah cukup untuk rutin skincare ku. Imagine muka kita selepas 20 jam dalam pesawat. Tentu ada mirip2 sesuatu yang menakutkan kan? 😜😜😜

Tumpang Iklan : FB Swisderm Stokis KK

Touch Up Sikit

Ready To Face Immigration 

All set. Landing smoothly.



Selepas keluar dari imigrasi, tunggu bagasi. Proses imigrasi smooth. Tak banyak tanya. Mungkin kerana ini kali ke-dua aku memasuki negara Uncle Sam ini.


JFK Terminal 8 Arrival Hall

Dari JFK T8 ke Sanctuary Hotel  lebih kurang sejam atau kalau trafik jem dalam 75 minit. Ada pelbagai cara untuk ke sana tapi kerana aku belum tau apa2 dan bag berat maka aku naik uber ja.

Harap maklum harga tidak termasuk tol dan tips. Tol untuk memasuki NY City saja $15

Ini bed ku malam ini. Nampak comfy kan? Aku mahu rehatkan badan dengan tidur di tilam yang empuk malam ini. Jangan lokek dengan diri sendiri ok?

Sanctuary Hotel Times Square

Hotel Sanctuary ini ada roof top tapi masa aku naik around jam 10++ dah closed. So gambar sikit2lah.



New York terkenal dengan jolokan bandar yang tidak pernah tidur; terutama Times Square yang sentiasa ramai pengunjung.  Sanctuary Hotel pula hanya 3 blok away dari situ. So after taking shower, pergi menapak ke sana. Sambil2 cari makan. Nak cari makan halal kat sini tak susah. Berderet food truck halal di tepi2 jalan.


Sekitar Times Square Pada Waktu Malam dan Hujan


New York Hard Rock




Lama juga aku round2 sekitar  Times Square dan Broadway House. Tiada gambar yang cantik kerana cuaca tidak bersahabat. Bagaimanapun, Times Square tetap ramai pengunjung. Turis belaka.

Selamat malam New Yorkers! Mungkin kah malam ini kita berkongsi mimpi yang sama?

Subway tips :
1. Nak datang sini boleh turun di 42 Streets Station.
2. Sentiasa ALERT subway sign : UPTOWN or DOWNTOWN
3. Kalau lebih 2 hari berbaloi beli Metro Card $35 free ride seminggu.

Seterusnya NY Day 2