Thursday, 31 July 2014

Half Of 2014 Gone ~ Reckless Half More To Go

My legs already "itchy" to travel but.......

My mum n aunties said "stops flying for now...". The downing of our MH17 was the last straw for them. I don't know. I have apprehension about it too, but......

Yes but.

I told them, if dah "ajal" we can die anytime even in our sleep. Hmmmm... yes but.....

They wants a proper way of dying!

I don't know. End of the year getaway already half-planned. Hotel already been booked.

And I still wanted to FLY with MalaysianHospitality Airlines. Yes.... MAS.

The least that I can do for my country is to support Malaysia Flag Bearers for a long long time. No matter how small MALAYSIA is, I LOVE her to the MOON and back!

Wednesday, 30 July 2014

My Blessed Hari Raya Aidil-Fitri

From Kota Marudu With love.

As usual, we spent 1st day raya in KK (home), then proceed to relatives houses before drive off to mum's place later in the evening.

Bermaaf-maafan dan berikrar untuk sama-sama kosong-kosong. Maksudnya afterward, everything will start at 0. Any sinful acts to others will be accumulated till next (2015) raya. Ha Ha Ha... cool huh?

Enjoy raya kat kampung. Dapat jumpa semua saudara mara yang selama ini jarang berjumpa walaupun sebenarnya sama-sama bermastautin di Kota Kinabalu. Semua berpakaian serba cantik. Serba sedondon dan very carefree.

Sesungguhnya budaya kunjung-mengunjung adalah satu budaya unik perayaan di Malaysia. Sangat-sangat best. Paling teruja kanak-kanak dan orang tua kita. Mereka happy. Melihat mereka gembira, kita pun rasa senang hati.

Angpau dihulur - kanak2 nakal bersuara "Eh! kenapa begini saja? (more than RM1) Kenapa tidak RM dot dot dot?"  ~ alahai tak mampu lah dik hahaha. Ramai sangat tetamu cilik. Peruntukan untuk angpau memang dah set ribu-riban tapi tak bolehlah isi lebih2 setiap satu kerana yang datangpun puluhan to ratusan juga :)

Sorry adik2 lain kali kalau aunty banyakkkkkkkk duit boleh beri lebih sikit. Inshaallah kalau ada rezeki umur dan kewangan ok? Wahahaha.

Nak tengok gambar raya? Tader yang glemer. Setakat raya-raya di desa jerrr... Tadaaaaa...

Opps! sorry ya gambar tidak mengikut urutan hari dan baju hihihi.

1 Syawal 1435H

Family Chit-Chat

BFF's

2 Syawal di Kampung

3rd Syawal ~ Selfie memanjang


Lagi Lagi Selfie

Panorama Kampung Ibu
Alamak ~ kelihatan sungguh genduts oooooo.


Red is 1st Syawal theme

Gambar kenangan keluarga. Ramai lagi tiada dalam gambar.

Baju dari A'sutra Couture

Selfie with mums and aunts

Awwwwww.... I look like mama Juwie

With Siti my niece

Asyik nangis kerana ditinggal-tinggal kakaknya ( ndak mahu kawan pasal ada sepupunya yang sebaya datang ). Kerjanya asyik membuntut. Cian tidak diperduli. Katanya " Kakak itu kalau ada kawan jahat tidak mahu kawan. Kalau dia tidak kawan baru dia kawan saya". Alahai cian!

OTW back to KK

Oh.... 2 Syawal pic again!
Ok. Itu saja dulu. If I rajin I upload lagi. Enjoy your raya and lets forgave each other.

Muah! kosong kosong.

Tuesday, 22 July 2014

Idul-Fitri 2014

Tahun ini, cukuplah sekadar memanjatkan kesyukuran kerana selesai menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadan. Hati tak ada mood nak raya2 sakan macam selalu. Terlalu banyak musibah yang menimpa negara dan saudara seislam even di bulan Ramadhan.

Bagaimana kita bergembira bila saudara kita menangis?

Marilah kita bantu saudara kita. Dan mereka yang dikejami tanpa mengira rupa. Peruntukkan sedikit bajet raya kita tahun ini kepada Tabung Palestine. Kasihan mereka.

Bukan bermaksud untuk menunjuk-nunjuk. Sekadar rayuan ikhlas, semoga hati terbuka.

Russia Reveals : MH17

NASIONAL: Nahas MH17 ‘Jet Ukraine dekat MH17’

Moscow: Russia semalam menyatakan rekod penerbangannya menunjukkan sebuah pesawat pejuang Ukraine terbang hampir dengan pesawat MH17 sejurus sebelum ia terhempas dan Kiev pada masa itu mengaktifkan stesen radar untuk sistem peluru berpandu.

Moscow juga menafikan ia membekalkan pemisah Ukraine sistem peluru berpandu atau senjata lain, ketika ia berusaha menangkis dakwaan masyarakat antarabangsa bahawa ia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia dengan 298 penumpang dan anak kapal itu.
Berbekalkan beberapa carta dan imej, dua pegawai tinggi tentera Russia membentangkan kes terhadap Ukraine pada satu taklimat khas di sini.

Lef Jen Andrei Kartopolov berkata, pesawat Malaysia itu tersasar ke utara dari laluan asal manakala pesawat pejuang SU-25 Ukraine yang biasanya dilengkapi peluru berpandu udara ke udara, dirakam berada hampir dengan pesawat Boeing 777 itu.
Beliau mendakwa, pesawat Malaysia itu ‘tersasar dari laluannya ke utara. Jarak tersasar maksimum ialah 14 kilometer.

Jarak jet, MH17 tiga hingga lima kilometer

“Peningkatan ketinggian direkodkan bagi pesawat tentera Ukraine. Jaraknya dari Boeing Malaysia ialah tiga hingga lima kilometer.

“Apakah matlamat sebuah pesawat tentera terbang di laluan pesawat awam hampir pada masa sama dan pada ketinggian sama? Kami ingin mendapatkan jawapan kepada persoalan ini,” katanya.

Kartopolov juga berkata, Kementerian Pertahanan Russia mengesan kegiatan luar biasa stesen radar yang digunakan untuk mengendalikan sistem peluru berpandu pada hari tragedi itu.

“Dari 17 Julai (Khamis) tahap operasi stesen radar Ukraine meningkat kepada maksimum,” katanya.
Kartopolov berkata, tujuh stesen radar beroperasi hampir dengan kawasan tragedi pada Selasa, lapan pada Rabu dan sembilan pada hari nahas iaitu Khamis.

Sambil merujuk data, beliau berkata, selepas nahas itu hanya empat stesen radar beroperasi pada Jumaat dan hanya dua pada Sabtu.

Kartopolov juga menegaskan Russia tidak membekalkan puak pemisah Ukraine dengan sistem peluru berpandu Buk atau senjata lain. AFPNahas MH17: ‘Jet Ukraine dekat MH17’
Gambar fail pesawat pejuang SU-25 Ukraine yang didakwa terbang berhampiran pesawat MH17 sejurus sebelum terhempas.

The Video from Russia
Waiting for The US Video



My Comments: Kita Tunggu Maklumat Kotak Hitam.

Monday, 21 July 2014

Air Facts Show MAS Was Not Reckless

Sebagai Malaysian, hati sangat terkilan bila ramai yang menuding jari kepada Malaysia yang kononnya lalai. alpa kerana mengambil route penerbangan route yang telah dikategorikan sebagai bahaya. Media-media barat terutama sekali CNN, BBC malah mulut longkang sebilangan rakyat Malaysia yang tidak sensitif dengan perasaan keluarga penumpang. Langsung tiada rasa sayang dan mempertahankan negara. Sanggup politikkan tragedi untuk meraih mileage politik semata-mata.

Di sini saya keluarkan bukti bahawa MAS (MH17) bukan lalai. Muhasabah dirilah jangan keji sangat hati tu. 


Notice to Airmen

2 days ago one of my visitors (Anonymous) to my previous post Malaysia's Annus Horribilis posted this FAA Notam or Notice to Airmen (where airmen means pilots and/or navigators):

FDC 4/2816 (A0010/14) AIRSPACE …SPECIAL NOTICE… UKRAINE 

POTENTIALLY HAZARDOUS SITUATION - UKRAINE AIRSPACE, PARTICULARLY OVER CRIMEA, THE BLACK SEA, AND THE SEA OF AZOV.

DUE TO THE POTENTIAL FOR CONFLICTING AIR TRAFFIC CONTROL (ATC) INSTRUCTIONS FROM UKRAINIAN AND RUSSIAN AUTHORITIES AND FOR THE RELATED POTENTIAL MISIDENTIFICATION OF CIVIL AIRCRAFT, UNITED STATES (U.S.) FLIGHT OPERATIONS ARE PROHIBITED UNTIL FURTHER NOTICE IN THE AIRSPACE OVER CRIMEA, THE BLACK SEA, AND THE SEA OF AZOV, WITHIN THE FOLLOWING LATERAL LIMITS


The last phrase 'WITHIN THE FOLLOWING LATERAL LIMITS' was accompanied by a set of coordinates (follows), which meant that it was a specific area and not the entire Ukrainian airspace (as we shall see soon in this post) - regrettably I don't have an Ukraine map to chart out these coordinates:

454500N 0345800E-460900N 0360000E-460000N 0370000E-452700N 0364100E-452242N 0364100E-451824N 0363524E-451442N 0363542E-451218N 0363200E-450418N 0363418E-445600N 0363700E-443100N 0364000E-424400N 0361600E-424700N 0340000E-424800N 0304500E-434100N 0303200E-441500N 0302400E-444600N 0300900E-455400N 0322500E-454900N 0324700E-455400N 0330600E-455600N 0332700E-455900N 0332900E-THEN ALONG THE CRIMEA BORDER TO 454500N 0345800E.

However, what is significant have been the rest of the Notam, which states (note the ones I highlight in bold red):

OPERATIONS ARE NORMAL IN ALL OTHER UKRAINE FIRS.

HOWEVER, U.S.OPERATORS AND AIRMEN FLYING INTO, OUT OF, OR WITHIN LVOV (UKLV), KYIV (UKBV), DNEPTROPETROVSK (UKDV), AND ODESSA (UKOV) FIRS, AS WELL AS AIRSPACE IN THE SIMFEROPOL (UKFV) FIR THAT IS OUTSIDE THE LATERAL LIMITS OF THE AIRSPACE OVER CRIMEA, THE BLACK SEA, AND THE SEA OF AZOV DESCRIBED IN THE FIRST PARAGRAPH OF THIS NOTAM, MUST REVIEW CURRENT SECURITY/THREAT INFORMATION AND NOTAMS; COMPLY WITH ALL APPLICABLE FAA REGULATIONS, OPERATIONS SPECIFICATIONS, MANAGEMENT SPECIFICATIONS, AND LETTERS OF AUTHORIZATION, INCLUDING UPDATING B450; AND EXERCISE EXTREME CAUTION DUE TO THE CONTINUING POTENTIAL FOR INSTABILITY. U.S. OPERATORS MUST REPORT SAFETY AND/OR SECURITY INCIDENTS TO THE FAA AT +1 202-267-3333.

THE SAFETY CONDITIONS IN AIRSPACE DESCRIBED IN THIS NOTAM AND THE NEED FOR THIS SPECIAL NOTICE WILL BE RE-EVALUATED BY 30 JUN 2014.

03 APR 06:00 2014 UNTIL 30 JUN 23:59 2014 ESTIMATED. CREATED: 03 APR 05:55 2014

[FIRS = flight information regions]

The Notam was good until 30 June 2014. I'm not sure whether there has been an extension to its time validity or a new Notam, but it seems the main concern in the above Notam had been the potential for air mishaps due to conflicting instructions from Russian and Ukrainian ATC's.

Today I read The Star Online and obtained the following chart which content, flying frequencies by airlines along the route taken by MH017, I had discussed previously, namely that MAS was not a reckless maverick which ignored air safety warnings and went about flying through a fire zone:

The numbers depicted alongside the named airlines indicated the number of times each had flown through Ukranian airspace along the same route as taken by MH017 in the preceding 7 days (prior to MH017 being shot down).

SIA and Lufthansa are both internationally renowned for their safety standards, and so are KLM (24 times), Emirates (23 times) and Etihad Airways (26 times).


But more importantly, ...

... note in particular the two last airlines on the right hand sidebar, United Airlines and FedEx. They are US registered airlines. Each flew the route 5 times which meant the FAA Notam above was no longer effective or had expired.


Despite the above facts, it's quite sad to know that some Malaysians still want to run down MAS, our own national airlines.
 
My Comment: Semoga pembaca dapat pencerahan. Sayangilah Negara anda. It's our pride. Our Jatidiri.

Majlis Iftar Perdasama dan Dewan Perniagaan Sabah

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PERDASAMA DAN GABUNGAN DEWAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA SABAH  PADA 22 JULAI 2014/1435H 

Bismillahir Rahmannir Rahim. 

Assalammualaikum warahmatulahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
(Terimakasih Pengerusi Majlis)

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Musa Hj Aman Ketua Menteri Sabah

 -Warisan Harta

Yang Berusaha YDP2 Dewan Perniagaan(sebut nama)

Dif-dif Jemputan Para Pemimpin, Ketua-ketua Jabatan Datuk2/datin2/Tuan2 dan Puan2 yang saya hormati sekalian.

Syukur alhamdulillah, marilah kita sama-sama merafakkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana pada bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini, kita masih terus diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah Puasa yang dituntut ke atas setiap umat Islam. Majlis pada petang ini kita adakan sebagai suatu usaha mengeratkan hubungan yang sedia terjalin di antara YAB Ketua Menteri Sabah, dengan para pemimpin dan ahli Dewan Perniagaan Negeri ini sepertimana yang biasa kita adakan pada setiap bulan Ramadhan.

Dari mana hendak ke mana,
Tinggilah rumput si dari padi;
Bersyukur kita pada Yang Kuasa,
Ditemukan puasa sekali lagi.

Anak gelama dalam lautan,
Mari dibawa di dalam raga;
Moga berpuasa genap sebulan,
hikmahnya pula jangan dilupa.

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan semua hadirin khususnya YAB Ketua Menteri Sabah yang walaupun mempunyai jadual tugas dan tanggungjawab yang sangat padat, tetapi beliau masih komited untuk berbuka Puasa bersama kita pada petang ini. Terimakasih YAB Datuk Seri kerana tidak menghampakan harapan kami.

Pisang emas dari Bentan
Pisang lidi bertanding-tandingan
Hutang emas dibalas intan
Hutang budi tiada bandingan.

Untuk makluman para hadirin, majlis kita pada hari ini adalah “kongsi iftar” bersama Warisan Harta Sdn.Bhd atas saranan YAB Ketua Menteri. Keadaan ini terpaksa dilakukan kerana jadual kerja YAB begitu padat, justeru itu sebagai langkah proaktif, maka YAB meminta agar majlis ini digabungkan. Alhamdulillah, inilah tindakan berjimat-cermat namanya. Bukan saja dari segi kos tapi juga masa dan tenaga.

Hadirin yang dihormati, Bulan Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan paling mulia. Dalam Surah Al-Baqarah Allah berfirman : شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ "Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur'an” (Ayat 185, Surah al-Baqarah) Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)". (Hadith Sahih - Riwayat Muslim) Surah dan hadis ini memberi gambaran bahawa sesungguhnya orang-orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis ibadat - yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga yang menyelamatkannya dari hasutan syaitan dan dari azab neraka.

Begitulah mulianya bulan Ramadan ini yang kita nantikan ketibaannya setiap tahun. Namun Ramadhan kali ini membawa dugaan yang begitu besar kepada kita bila mana, sebuah pesawat penumpang Malaysia Airlines MH17 telah dikhianti di Utara Ukraine sehingga mengorbankan 298 nyawa yang tidak berdosa. Belumpun kering airmata kita menangisi kehilangan pesawat MH370, tragedi MH17 pula menimpa. Kesedihan tidak berakhir di sini, bila dalam kita bergembira menyambut ramadhan, saudara kita di Semenanjung Gaza pula, diserang bertubi-tubi oleh rejim Zionis sehingga mengorbankan beratus nyawa termasuk kanak-kanak dan wanita. Dimanakah nilai kemanusiaan?

 Hadirin yang dihormati,

Dalam kesempatan ini, marilah kita sama-sama membacakan al-Fatihah kepada semua mangsa yang terkorban dalam musibah di atas semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah. Kepada ahli keluarga mangsa, saya doakan semoga dapat bertawakal dan bersabar dengan dugaan ini. Sesungguhnya kesedihan anda semua dapat kami rasakan. Meskipun,

Kerat-kerat kayu di ladang
 Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang
Berat lagi bahu yang memikul.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri, serta hadirin sekalian,

Pada kesempatan ini, saya mewakili semua ahli Dewan-Dewan Perniagaan Sabah, ingin mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih di atas sokongan dan kerjasama YAB Datuk Seri Ketua Menteri yang sentiasa mendorong kami untuk maju ke hadapan, menjadi usahawan yang boleh berdikari tanpa mengharapkan tongkat dari kerajaan secara berterusan. Kestabilan politik kerajaan negeri di bawah teraju kepimpinan YAB Datuk Seri menjadikan tumpuan untuk pembangunan lebih terfokus, contohnya dengan penubuhan Sabah Development Corridor (SDC) yang antara tujuannya adalah untuk mempercepatkan pembangunan negeri. Alhamdulillah, dengan keupayaan kerajaan negeri di bawah teraju YAB Ketua Menteri dalam mewujudkan persekitaran ekonomi, sosial dan politik yang stabil, kita telah berjaya menjadikan Sabah sebagai negeri tumpuan pelabur. Jumlah pelaburan asing ke Sabah pada tahun lalu (2013) contohnya, telah meningkat sebanyak 275 peratus dengan nilai melebihi RM1 billion berbanding hanya RM226 juta pada tahun 2012.

Bagi menjana peluang-peluang perniagaan, Kerajaan negeri telah menyediakan beberapa pakej insentif pelaburan seperti pengecualian cukai dan stamp duty kepada beberapa projek di bawah Pembangunan Koridor Sabah yang dikendalikan oleh SEDIA (Sabah Economic Development & Investment Authority) seperti tourism project, down stream activities, production of Halal Food, Sabah Oil & Gas, Oil Palm dan sebagainya. Anda boleh merujuk laman web SEDIA untuk mengetahui lebih lanjut. (www.sedia.com.my) Justeru itu saya ingin menggesa para usahawan dan peniaga agar mencari dan mengenalpasti peluang-peluang niaga yang ada serta menambah ilmu kemahiran, supaya lebih bersiap siaga dalam menghadapi perubahan landskap perniagaan pada masa hadapan. Apa yang paling penting adalah persediaan daripada segi pengetahuan untuk bersaing dengan pihak lain. Kita kena berusaha lebih keras lagi memandangkan kita jauh ketinggalan berbanding dengan kaum lain yang sudah lama berniaga.

Meskipun ternampak seperti ada kemajuan atau perubahan positif bagi usahawan bumiputera, tetapi ia masih berada pada kadar perlahan berbanding kaum lain. Sebarang perubahan merupakan proses yang besar tetapi dengan skim-skim galakan dari kerajaan, keyakinan dan kepercayaan, saya yakin ia mampu dicapai. Terdapat tanggapan populist yang mengatakan usahawan bumiputera perlu mengubah budaya perniagaan mereka tetapi pada hemat saya, pendapat ini bersifat subjektif kerana tidak semestinya sesuatau bangsa atau kaum yang berjaya dalam perniagaan itu mengamalkan cara yang betul. Apa yang paling penting bagi setiap usahawan atau peniaga adalah berpegang kepada prinsip yang betul dan ikhlas dalam menjalankan perniagaan . Memandangkan persekitaran ekonomi global dan domestik hari ini lebih mencabar, maka kita perlu melaksanakan transformasi di dalam perniagaan kita bagi mewujudkan penyertaan yang berdaya saing dan berdaya maju.

Saya tidak bercadang untuk berucap lebih panjang, memandangkan masa yang kita terlalu singkat. Masa berlalu begitu pantas di mana kita semua kini sedang berada di akhir bulan Ramadhan al-Mubarak yang merupakan bulan tarbiah dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Tarbiah Ramadhan yang datang sebulan dalam setahun merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai dan mesti digunakan peluang yang terbuka ini dengan sebaiknya agar diri kita termasuk golongan mereka yang bertaqwa kepada Allah. Pastikan diri kita bukan sahaja berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi kita juga mesti pastikan anggota kita yang lain turut berpuasa daripada melakukan perkara yang dilarang oleh agama.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa majlis pada malam ini kerana di dalam mengharungi ibadah puasa, anda semua tetap memberikan komitmen yang tinggi dalam menyatu idea, menyempurnakan kerja, menzahirkan upacara bagi memastikan program ini terlaksana dengan penuh tertib dan jayanya. Jika ada sebarang kekurangan, saya bagi pihak penganjur, terlebih dahulu ingin memohon maaf dan semoga menjadi iktibar kepada kami di masa hadapan.

Makan sirih berpinang tidak
Pinang ada di bawah tangga
Makan sirih mengenyang tidak
Tetapi tanda budi bahasa

Mangkuk jorong pingganpun jorong
Sejorong berisi buah jati
Dua tiga kata terdorong
Jangan di bawa masuk ke hati

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Wahrahmatulullahi Wabarakatuh.

Friday, 18 July 2014

Hanya Doa dapat kukirimkan semoga Allah memberikan kemenangan kepada yang benar










Salam Youm Jama'ah.

Satu Lagi Tragedi Kepada Malaysia ~ MH17

Saya dikejutkan dengan breaking news Berita Harian tentang pesawat MH17 route Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dilaporkan terhempas di Eastern Ukraine. Subhanallah.... besar sungguh ujian Mu ini kepada Malaysia. Belum lagi terungkai misteri kehilangan MH370 (8 Mac 2014), kini kita dihadapkan dengan malapetaka MH17.

Dapat saya gambarkan perasaan ahli keluarga. Sedangkan saya yang tidak mengenalipun merasa sedih, apatah lagi ahli keluarga. Semoga Allah SWT yang maha pengasih dan penyayang, dapat memberikan kesabaran dan keredhaan dihati anda semua.

Setakat ini, belum jelas apa yang berlaku, meskipun sudah ada suara tuduh menuduh. Malang sekali MH17 lalui di sempadan yang sedang berkonflik. Donestk dikhabarkan kubu kuat pihak pemisah yang pro-Russia. Tapi bagi saya peribadi, saya tidak akan percaya sebarang khabar angin tanpa bukti. Dalam keadaan dunia sekarang, banyak false-flag, muslihat sedang dilakonkan.

Cebisan berita dan gambar2 dari media online.

Kepulan asap dari kapal yang terbakar

Heartfelt condolences to Malaysia

The Passenger's

Mayat2 bergelimpangan

Ya Allah, Rahmatilah roh mereka yang terkorban

Puing-puing bertebaran
Update:

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang ekoran laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang mengesahkan pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.
Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Memetik sumber industri penerbangan, laporan tersebut menyatakan pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.



Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya menjelaskan, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.

"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.


Ya Allah.... ampunkan lah dosa-dosa kami... tunjukkanlah kami jalan yang benar. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui kebenarannya.

Tuesday, 15 July 2014

Marhaba Restaurant Publika Solaris

14 July 2014.

Breaking fast at Marhaba Restaurant. An Arab Yemeni Restaurant. Their choice not mine. I'm not really into mandy mandy lamb foods.

Sunday, 13 July 2014

13 Julai Kuala Lumpur

Morning. Meredah Jakel cari baju kurung ready to wear. Ada kat tingkat 4. Ada special promotion sempena Ramadan. Ada yang up to 50% Sale. Buy one free one. Sales person yang attend kami namanya Ateff. Saya beli 4 pasang.

Selepas selesai ke Karyaneka. Jenjalan. Banyak jual kuih raya dan juga baju2 kaftan motif batik. Beli baju tidur batik RM30 sepasang.

Sangat lapar dan mengamtuk. Tapi anak buah melencung ke Bangsar Shopping Centre.

Malam. Iftar di Impiana Hotel.

Our Hosts For The Night
15 Ramadhan

Iftar With Family And Friends (12/07/2014)

Kapal mendarat jam 3.10PM. Memasuki ruang udara Kuala Lumpur, kapal alami "air-pocket yang mendebarkan. Memandangkan Iftar nanti telah diatur bersama kawan-kawan, saya terus ke ibu kota. Takut kalau singgah rumah kat Damansara, jammed pula nanti. Sementara menunggu 7.30pm, habiskan masa meninjau-nijau Pavillion. Tak banyak produk raya di sini. Tapi ada show di atrium.
Pavillion Atrium
Sweetie Eezaleeza





Grand Millenium KL Lobby

Alhamdulillah

Candid
Santapan
Saat paling dinantikan
Dato Rahman Bledram
Tapai Manis
With Datin Emma Rahman
My generous BFF
Real Candid!
My blue eyes hihihi

By the way, our Iftar tonight hosts by my generous and glamorous friend Datin Emma Rahman and hubby at The Mill Grand Millenium Hotel. Alhamdulilah. She and Dato was a very gracious host and very accommodating. Semoga Allah menambahkan rezeki dan kesihatan yang baik kepada kaliam sekeluarga.

Just for fun !

I love this picture
Taken at GMKL lobby. The deco themes for Ramadhan and Idul Fitri.

Oh! My Lamb
Program Raya Astro hi hi hi
Olalala
Gambar kenangan dengan teman setia : Datin Faye & Datin Seri Faye
With the hosts and my niece and her hubby
MORE PICTURES


Datin Emma and Farida Kee
Dato Rahman and Awang Damit
Sweet Couple : Awang Damit & Famila Kee
Elsa Kee & Datin Seri Faye Saidi
Beautiful Datin Seri Faye
3 sister's and friend