Saturday 23 March 2013

Occupy Lahad Datu : Tribute Kepada Perwira Negara

Black March For Sabahan.

Ground Zero
The Villain



Al-Fatihah kepada semua wira-wira negara yang yang telah gugur mempertahankan kedaulatan negara (Malaysia).


JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar
, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon
, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Allahyarham Supt Ibrahim Lebar
Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail
Dari Rejimen ke-7 Askar Melayu Diraja. Gugur sebagai wira bangsa 0745hrs di Sungai Nyamuk Lahad Datu. Baru berumur 24 tahun. Semoga roh mu aman dan sentiasa dirahmati Allah wahai wira bangsa...semoga Allah SWT mengasihimu dan menempatkan mu bersama matinya para syuhada.

Kekejaman pengganas kiram 

Pembunuhan secara kejam

Keadaan mayat salah seorang anggota polis yang dipenggal kepalanya ketika diserang hendap oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, baru baru ini. Bulatan atas, anggota badan manakala bulatan bawah, kepala - UTUSAN


Cebisan organ paru paru dan hati salah seorang anggota polis yang dibunuh kejam oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Sabah, baru baru ini - UTUSAN

Tangisan dan airmata mengiringi pergimu wahai perwira Malaysia.






Saat ini, apakah yang dapat dirasakan oleh  anak ini?  Dia terlalu muda untuk memahami bahawa ayahnya telah pergi untuk selama-lamanya.  Hatinya belum dapat memahami mengapa sang ibu dan sanak saudara, juga mereka yang memberi penghormatan terakhir kepada ayahnya ~ menitiskan airmata memandangnya...... Duhai anak, doakanlah ayah mu agar gugurnya bersama para syuhada dan sentiasalah mendoakan ibu mu agar terus tabah menerima dugaan ini dengan besar hati. Redha dan tawakal kepada Allah. Berdoalah agar pengorbanan ayah mu tidak sia-sia. Wahai anak ~ titian kedewasaan hidup mu bekal berlangsung tanpa seorang ayah di sisi. Kuatkanlah hati wahai anak kerana ayah mu mati untuk mempertahankan kedaulatan negara. Tiada kematian yang lebih mulia daripada itu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kami hanya  bisa berdoa dan berkongsi kesedihan namun remuk dan derita hati yang ditinggalkan tiada batasnya.

THE CASUALTIES OF THE KIRAM 3 TERRORIST ACT















TBC...

No comments:

Post a Comment