Monday 25 March 2013

Selamat Hari Polis Ke-206

Dah lama dah. Dah beratus tahun polis berjuang untuk menjaga ketenteraman awam. Maka pada hari ini, tak ada salahnya kita berikan salam penghargaan kita. Janganlah pulak jadikan detik ini untuk merasa gah tak bertempat dengan melontarkan nistaan kepada pihak keselamatan. sekali-sekala jadilah manusia yang berempati dan tahu berterima kasih.

Kita ni hidup bermasyarakat. Jangan terkongkong dengan fahaman politik masing2. Jauhi politik pecah-belah kerana politik seperti itu tidak menjamin kesejahteraan jangka panjang. Hanya dapat mencapai hasrat dalam masa singkat namun akhirnya benih kebencian, ekstrimism yang disemai dan dibajai dengan propaganda politik akan melahirkan generasi yang hilang rasa toleransi dan kasih sayang sesama insan.

Selama ini, kita hidup dalam masyarakat majmuk yang dapat menghormati amalan agama, budaya dan cara hidup masing-masing. Ini kerana sejak dari kecil, kita diasuh dengan amalan toleransi kepada orang lain. Pupuk lah rasa itu agar kita dapat hidup berganding bahu menjayakan misi sebagai Malaysian.

Berhemahlah dalam sebarang tindakan. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tidak berguna.

So, bravo PDRM!

Sambutan Hari Polis Ke-206 (Kota Kinabalu)

Chief Minister DSP Datuk Seri Musa Hj Aman
Ketua Menteri Sabah menyampaikan sumbangan kepada ahli PDRM dan ATM yang terkorban dan cedera dalam operasi OPS Daulat Lahad Datu bagi pihak kerajaan Negeri Sabah.
Kota Kinabalu 25/3/2013

Acara perbarisan. segak dan bergaya..

Alhamdulillah. Sedikit sebanyak insiden Lahad Datu membuka banyak mata. antara yang jelas : betapa besar peranan pihak keselamatan dalam menjaga keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara. Juga menyedarkan public betapa murninya tugas mereka ini yang sanggup berkorban jiwa demi perjuangan itu.

Bacaan doa

Semoga semangat perjuangan terus marak dan hero-hero yang terkorban mendapat tempat paling tinggi di sisi-Nya.


I always admires the men in uniform :)

The Pantomim







Long Live PDRM!

No comments:

Post a Comment