Wednesday 8 October 2014

Belated Post : KUL AMSTERDAM NUREMBERG

Tarikh berangkat pada 17/10/2013 menaiki KLM. Jam 11.20PM waktu tempatan. Bersama dengan group Junior Engineer MRT Corporation yang dihantar ke Germany (Nuremberg) selama 3 bulan untuk further training sebagai specialist engineer electrical dan train tunnel. Maklumlah, MRT CORP ni kan sekarang sedang buat tunnel kat Damansara. So, 7 orang rakan berpergian  saya sehingga Nurmberg adalah cewek2 dan cowok2 yang baru memulaikan kerjaya dan masih bersemangat bekerja. Syabas! So here I am. With my 7 pretty and handsome kids.

Nanti I upload gambar2 time mula2 berangkat dari KLIA dan AMS. Ada juga gambar time punggah barang masuk tempat menginap selama 3 bulan di Erlangen. Tapi masih dalam camera!

Ha..... hebatkan anak-anak I! hehehehe. Beruntung badan kalau camni.

Picture
The Girls and I @Charles Bridge Apartment Prague on 27/10/2013
Do take care gurlz...momma luv you all!

Fly dari KLIA sekitar jam 11.20PM dan sampai di Amsterdam jam 6am keesokan harinya (18/10/2013). Lebih kurang 10 jam dalam pesawat. Susah tidur. Pusing kiri kanan. Memanglah kelas economy sempit. No leg rest. Tapi makanan okay juga. No complain. Tapi best lagi Qatar Airways.

Transit di Schipol Airport  Amsterdam selama 2 jam. Kemudian meneruskan penerbangan ke Nueremberg  (lebih kurang 1 jam). Jam 9.45am, kami mendarat di Nurmberg Airport dan disambut oleh wakil Syarikat Siemens Industries tempat engineers ni belajar. Airport di Nurmberg ni kecil ja. Cam LCCT di KL tu. Perjalanan dari airport ke Hotel Apartment tempat tinggal budak2 ni ambil masa 45 minit. Di pekan Erlangen. Tempatnya sunyi. Sesuailah untuk tempat belajar. Tapi cantik dan tenang sangat. Ditambah dengan warna-warna daun di musim luruh...oh autumn color! Amazing! Terutama kerana, inilah kali pertama saya bertemu musim luruh.... dedaunan yang kekuningan... ah..bisa bikin hatipun berbunga-bunga bahagia.

Sampai di hotel, hanya satu bilik apartment yang ready. Satu bilik 2 room. So punggahlah semua beg masuk ke dalam bilik tu kemudian kami jenjalan ke pekan Erlangen. Katanya cari makan dan nak beli SimCard Germany. Seronok juga. Ada Mango. Ada Zara (koleksinya banyak tak berjual di Zara KL dan murah. Jaket yang kat KL harga RM399 -RM499 di sini Euro5o ja. Boleh collect tax free lagi. Hmmmm... belum apa2 iman dah berguguran macam daun luruh itu.

Oya...tadi nak cerita makan kan? kalau nak makan breads banyak tapi perut lapar nak cari something solid. Terjumpa kiosk Turkish. Makanan Turkey lah kita bedal. Semua order Doner 3.5 euro satu tapi puas hati kerana besar... kalau I tak habis pun makan. Mengenyangkan dan sedap! Nanti nikmati gambar2 saya/kami di Erlangen ni ya. Untuk hari pertama ni I tak banyak gambar kerana petangnya I terbang ke Munchen (Munich) memulakan kembara solo pertama saya.
 
Begini kisahnya.
Date: 16/10/2013 Today I fly to KL. My holiday started. Well, sort of.  Kali ini saya akan concentre sekitar Central Europe. Misi melawat 5 negara.
 
Memang excited gila. Dalam hati dah berazam untuk tak mahu beli apa-apa kali ini. Purely sight-seeing. Membeli-belah itu membahayakan kesihatan dan kualiti dompet anda. selain itu menyukarkan perjalanan.

17/10/13 (Khamis) ~ Sibuk temankan Iza tukar duit ke Euro. Alahai... nilai RM sungguh tak memberangsangkan berbanding euro. Sungguh kasihan. Last sekali naik teksi ke KLCC. Tukar duit. Lunch. Pi beli powerbank. Beli light jaket dan warmers. Balik rumah Iza di Damansara Perdana untuk last packing. Begitu begini, jam 4.20PM ke airport. Berbaris untuk check-in. Ramai juga. Tiba giliran kami... alamak! rupanya kaunter tu hanya untuk drop bag, kena check-in dulu di mesin self-checkin. Grrrrrrrrr..... begitulah perasaan. Bukan kami ja yang berbaris tanpa self check in dulu. Now...check-in, berbaris lagi, drop bags then cari tempat makan. Oya, kalau kes transit macam kami, jangan lupa check-in terus juga untuk next flight kita. Bags automatic check-through tak payah risau. Dan, bergegaslah masuk kerana kadang-kadang barisan kat imigresen dan passport control tu panjang. Pastu naik train untuk ke terminal 1.

Nak jadi cerita, malam itu dalam train berlaku keributan sedikit. Saya hampir jatuh dilanggar perempuan histeria. Polis pun ada 2-3 sambil cakap awas! awas! Ingatkan ada terrorist kah apa kah. Ramai yang berlari merempuh bila pintu train dibuka. Gila lah. Rupanya ada K-Pop Star! Isk. Isk.Isk. Histerianya perempuan itu sampai langgar orang ja. Kalau I lah kan.... ada Shah Rukh Khan ka, Raja Gopal ka, sapa kah I takkan peduli punya. Bukan kita dapatpun.. Kannnn?

Picture
Schipol Airport
Picture
Gate B32 Nuremberg
Picture
My hand luggage
Picture
Best kan? Boleh beli sardin
Picture
Updates status?
Picture
Still dark outside
Picture
Wakil dari Siemens
Picture
Nurmberg Arrival Hall
 
Views sekitar perjalanan kami dari Nurmberg Airport ke Erlangen

Picture
Gambar pertama I ambil
Picture
Biasalah..kebaruan! Snap semua
Picture
Sejuk mata memandang
Picture
Love the colors
Picture
The Junction
Picture
Terserlah kedesaannya
Picture
Snap snap
Picture
Dah sampai pekan Erlangen
Picture
Hati tenang ja tengok tempat ni
Picture
Akhirnya sampai hotel-apartment
 
Internet connection so slow. Nampaknya takkan dapat upload gambar yang kiut2 hari ini. Nantilah I updates later k?

Ok. As promised. Sambung upload gambar. Enjoy our simple journey through life. Simpan kenangan dalam hidup, kerana takdir tidak terduga. Kadang-kadang, apa yang kita lalui sepanjang titian kehidupan bakal kita rindui. Pahit, masam, kelat, apatah lagi manis adalah rampahratus kehidupan yang menambah perisa hidup kita. So enjoy life, isinya dengan benda berfaedah sementara ada peluang.
Picture
Dah sampai. The kids punggah barang
Picture
Pilih bag masing-masing
Picture
Check-in
Picture
The Hotel
Picture
The Master Room
Picture
Modern Bathroom
 
And the most important is : The Bed
I love it. Simple, clean and softly comfy. The Kids will be staying here for almost 3 months. Lucky them!
 
Enjoy Our Germany Gallery's.

Picture
Muka tak tidur & mandi
Picture
Pokok kat belakang hotel
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik negeri sendiri. Pepatah lama yang mahu kita kekalkan rasa cinta kita kepada negara. Of course. Tapi tiada salahnya kita panjangkan langkah untuk melihat dunia di luar sempadan agar kita dapat melihat dunia ini dengan pandangan berbeza. Yang baik buatkan teladan, yang tidak sesuai dengan agama dan budaya kita, jadi-jadikanlah sempadan.

No comments:

Post a Comment