08/12/2013 ~ Berangkat ke Perth menaiki pesawat MH0020 pada jam 06:30pm
dari Kota Kinabalu direct ke Perth. Penerbangan mengambil masa 5-6 jam.
Mendarat di lapangan terbang antarabangsa Perth pada pukul 11.45pm.
Urusan semua okay kerana semua benda yang patut declare dah declare.
Lagipun takde pun benda nak declare kecuali ubat high blood. Kat
immigration clearance dia tanya ubat apa, I tunjuk ubat high blood. Ada
ubat tidur? I cakap takde. Actually I ada baca Fedac (consider ubat
tidur ke), tapi I tak tunjuk. Clear. Kerana sampai malam, tak sempatlah
berposing bagai macam selalu, terus ja naik kereta dan off gi hotel.
Sampai hotel, check-in. OMG no free WiFi in the room. Hanya di lobby.
Room was small but bed sangat comfortable. I bagi 9/10 untuk tilam,
bantal dan comforter. Untuk room keseluruhan, 4/10. Untuk harga RM760++
per night, I expect lebih. Lepas check-in, tidur. Itupun dah hampir jam
2am.
Baca seterusnya Cerita Tentang Kembara Perth Saya Di Sini
No comments:
Post a Comment