Tuesday, 19 February 2013

R n R dan Snorkelling Di Pulau Tioman

Date: 13-15 Feb 2013
Satu pengalaman yang tersangat best lah beb!
Sebenarnya saya sangat teruja nak ke Tioman Island ni...ya lah kan...Pulau Tioman kan listed antara 10 pulau tercantik di dunia. So hati berkobar-kobar nak gi...

Trip ni agak mahal lerr esp hotel penginapan. Terkena peak time cuti CNY. Kebanyakan tempat penginapan meletakkan harga lebih mahal daripada biasa. But... whateverlah....dah ini aja time yang I boleh luangkan. Sebenarnya tujuan asal nak ke Pulau Redang tapi semua penginapan walau yang taraf PPRT fully booked! hehehehehehe....

Untuk tempahan hotel penginapan, saya gunakan booking.com (saya suka guna ni kalau I suspect my credit card limit tak memuaskan kerana hanya perlu bayar kat kaunter dan free cancellation up to a certain period of time). I stayed kat Berjaya Tioman Resort. Untuk 2 malam it cost me RM880 nett including breakfast for standard room.  Mahal tapi....peak season katernyerrrrr.

Day 1. KL to Mersing

Naik bas Transnasional dari TBS (Tasik Bandar Selatan) ke Mersing. RM58 pulang-balik. Bas bertolak 12am dari TBS.  Dijangka sampai jam 6am. Untuk persediaan supaya terlelap, saya telan 2 biji tablet anti mabuk.

Perjalanan memuaskan. Tak laju sangat tapi kami sampai lebih awal iaitu jam 4am. Mersing masih gelap gulita. Alamak... ferry yang aku nak naik hanya bertolak jam 11.30am. Di mana aku nak melepak ni? Akhirnya ikut dengan group lain heret bag cari hotel murah-murah untuk tidur dan mandi. Dari jauh ni...aku hanya nampak satu sign board berlampu "Embassy Hotel". So heret lagi bag menuju tempat tu. Jauh juga dari stesen bas. Dalam 10-15 minit juga perjalannnya.

Mercu tanda Mersing
Mersing town at 4am
Cost me RM65 half day
Tix to board the Blue Water Ferry
Sampai hotel ada seorang Pakcik di luar hotel sambil minum kopi. Terus tanya kalau boleh sewa half day..he said Okayy (dah biasa orang buat sementara tunggu ferry). RM65 dan dia bagi kunci. Tak perlu register2. Biliknya ala2 bilik dolu2 di kampung hehehehe. Ala kadar saja. Yang penting I boleh berurusan di bilik mandi dan tidur. Set alarm at 9am.

Dari hotel ke jetty terminal naik teksi. RM10. Berurusan di kaunter 8. Pastu beratur lagi di suatu kaunter untuk register nama. Sebelum masuk ke waiting hall, lalu di suatu kiosk...Jabatan Marin Mersing..kena bayar entrance fee RM5 per head. Wah...penuh jetty. Ramai rupanya nak bercuti ke Tioman...pandang kiri kanan mostly Chinese with families.

To be cont...

Perlayaran ke Tioman mengambil masa 2 jam 15 minit. Yang mabuk laut tu memang sengsaralah. Ferry melawan arus. Terumbang-ambing di lautan geloralah ferry tu...aduhai..ramainya yang muntah-muntah... Sibuk steward ferry (hehe) agihkan plastik hitam untuk muntah. Kiri kanan ku..uweeeek!

Kami turun di perhentian ke tiga iaitu Jetty Tekek. Berpusu2 penumpang turun. Muka pucat lesi. Nasib baik awal2 aku dah telan 2 tablet ubat mabuk laut.

Penumpang keluar dari Ferry
Tunggu bag masing2
Jetty Kg Tekek
Keluar dari terminal jeti, harus menyeberang jambatan. Penumpang ditunggu oleh wakil hotel masing2 untuk transfer ke hotel. Syukur alhamdulillah...selamat sampai. Jam sudah 2pm lebih. Sampai hotel terus check-in dan hantar barang ke chalet.

My room
 Selesai hantar bag, terus ke Restoran Nelayan (dalam berjaya resort). Lapar gilerrr. Wah...cantiklah tempat ni. Resto nya luas dan makanannya sedap. Agak mahal. Maklumlah resort dan terpencil. Jom! makan2 sambil cuci mata.


I order extra soup hehehehe




Private beach
Petang kami sampai tu cuaca sangat baik. Lepas makan, tidur kejap. Dalam jam 6pm gitu runding dengan kawan pi Kg Tekek Duty Free.

The Next day : Snorkeling








Enjoy!

2 comments:

  1. Salam. Hee sungguh menarik pergi ke pulau.

    ReplyDelete
  2. Ya... Pulau Tioman memang best....tapi time saya ke sana hujan

    ReplyDelete