Tuesday, 15 April 2014

Hong Kong And Macau Trip

Seperti yang telah lama dirancang, kami berangkat ke Hong Kong pada 31 Mac 2014. Ada sedikit kerisauan di hati memandangkan Tragedi MH370 baru saja terjadi dan belum ada penghujungnya, namun atas keinsafan bahawa manusia jika sudah sampai ajalnya akan mati jua walau di manapun ia berada ~ hati menjadi tenang, tawakal dan redha.

Tepat jam 11.35 pagi terbang. Dijangka mendarat di Hong Kong 13:30pm dan IA mendarat tepat masanya. Alhamdulillah saya dan kakak sepupu senyum2 sesama sendiri. Lega lah tu. Seperti biasa turun dari kapal, kena naik bas untuk ke terminal 1.

Urusan imigresen cepat dan teratur. Kami segera ke ruangan bagasi untuk mengambil bag.

Sudah dapat bag
Lepas dapat bag, keluar untuk dapatkan taxi. Proses untuk dapatkan taxi juga mudah dan teratur. Ada petugas yang mengatur dengan baik. Destinasi ditentukan dengan warna taxi. Merah untuk Hong Kong Island. Kami menginap di Crowne Plaza Hotel Hong Kong Causeway.

Inilah biliknya. Sukaaaa sangat kerana luas. Bilik hotel di HK ni sudahlah mahal, sempit lagi tapi di sini alhamdulillah, luas lebih kurang Standard Room Marriot KL. Tapi harganya 2 kali ganda. Sememangnya hotel di Malaysia adalah yang termurah di alam maya ini...hihihi...terlebih sudah.

Tilam, selimut dan bantal sungguh empuk
Tandas bersih dan luas
Flat screen Tv 

Perjalanan dari airport ke Crowne Plaza Hotel mengambil masa kira2 1 jam. Tambang taxi HK$300++. Nasib kami kurang baik kerana sepanjang 5 hari kami di sana hujan tak henti-henti.

P.S... nanti sambung ya.


No comments:

Post a Comment