TERIMA KASIH TUAN/PUAN PENGERUSI MAJLIS.
BISMILLAHI RAHMANNIRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULULLAHI WABARAKATUH. SELAMAT SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA.
(SALUTATION)
YANG BERBAHAGIA ............
YANG BERUSAHA ................
LA ILLAHA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOLIMIN
ALHAMDULILLAH MARILAH KITA MEMANJATKAN RASA KESYUKURAN KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN IZIN DAN RAHMATNYA DAPAT KITA BERKUMPUL BERSAMA DI DALAM MAJLIS YANG AMAT BERMAKNA PAGI INI UNTUK SAMA-SAMA MENJAYAKAN PROGRAM JELAJAH ISU PERINGKAT NEGERI SABAH 2014. TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA DIUNDANG UNTUK MERASMIKAN MAJLIS INI YANG BAGI SAYA AMAT SIGNIFIKANT DAN BERSESUAIAN SEKALI DENGAN KEHENDAK SEMASA DI MANA BANYAK ISU-ISU YANG PERLU DISEBAR, DIPERBETUL, DITERANGKAN DAN DITANGANI DENGAN BIJAKSANA,TELUS DAN CEPAT.
SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PENGANJUR KHUSUSNYA BAHAGIAN PENGURUSAN DAN ANALISIS MAKLUMAT (BIPAM) KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM) DENGAN KERJASAMA JABATAN PENERANGAN NEGERI SABAH SERTA LAIN-LAIN AGENSI KKMM DI SABAH ATAS PENGANJURAN PROGRAM YANG CUKUP BERMAKNA PADA PAGI INI.
TUAN-TUAN / PUAN-PUAN YANG DIHORMATI,
SAYA DIFAHAMKAN PESERTA PROGRAM PADA PAGI INI ADALAH MERUPAKAN WARGA KKMM DI SABAH YANG TERDIRI DARIPADA JABATAN PENERANGAN, JABATAN PENYIARAN (RTM), JABATAN HAL-EHWAL KHAS (JASA), BERNAMA, SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM), TELEKOM MALAYSIA (TM), FINAS DAN POS MALAYSIA YANG MERUPAKAN ‘FRONT LINERS’ ATAU BARISAN HADAPAN KERAJAAN DALAM MENANGANI ISU-ISU SEMASA, SAMA ADA MELIBATKAN ISU NASIONAL, NEGERI ATAUPUN TEMPATAN.
SEBAB ITULAH SELAKU EXCO PENERANGAN YANG DILANTIK UNTUK MENJAGA HAL-EHWAL KEMENTERIAN IN DI NEGERI SABAH, SAYA AMAT MENYAMBUT BAIK PENGANJURAN PROGRAM SEPERTI INI BAGI MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA WARGA KKMM DI SABAH TERUTAMA DALAM MENJAWAB ISU-ISU YANG AKAN DIBENTANGKAN SEBENTAR SAHAJA LAGI. SELAMA INI, MEKANISMA KERAJAAN DALAM MENJELASKAN ISU-ISU BERBANGKIT DIPERTIKAI DAN DIKATAKAN LEMAH SEHINGGAKAN MEMBERI RUANG KEPADA ANASIR-ANASIR YANG BERKEPENTINGAN UNTUK MEMANIPULASIKAN SESUATU ISU, MEMBENTUK PERSEPSI RAKYAT SEOLAH-OLAH KERAJAAN LEMAH, TIDAK TELUS DAN TIDAK SENSITIF DENGAN KEMELUT YANG DIHADAPI RAKYAT.
BAGAIMANAPUN, ALHAMDULILLAH PADA HEMAT SAYA, KERAJAAN MENYEDARI PERI HAL RUNGUTAN INI DAN PROGRAM KITA PADA PAGI INI ADALAH BUKTI BAHAWA KERAJAAN SENTIASA PEKA DENGAN MAKLUM BALAS DARI LUAR SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAUPUN TIDAK ~ SEPERTI SARANAN-SARANAN DAN RUNGUTAN DALAM MEDIA MASSA SOSIAL PADA HARI INI. SEBENARNYA KITA SENTIASA MEMANTAU ISU-ISU SEMASA YANG BERBANGKIT DAN SEDAYA UPAYA MEMPERBAIKI CARA KITA BERKOMUNIKASI DAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT. CABARAN MEMANG ADA NAMUN KITA PEKA DENGAN MAKLUMBALAS INI DAN BERUSAHA MEMEPERBAIKI DAN MENINGKATKAN KREDIBILITI KERAJAAN SUPAYA TIDAK DIREMEHKAN BEGITU SAHAJA.
TUAN-TUAN / PUAN-PUAN HADIRIN SEKALIAN,
DUNIA YANG DIKATAKAN TAK BERSEMPADAN HARI INI MENJADIKAN MASYARAKAT BERUPAYA MENDAPATKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG MEREKA KEHENDAKI SECARA MUDAH. BAK KATA PEPATAH MODEN, SEMUANYA BERADA DI HUJUNG JARI SAHAJA. MASYARAKAT TERDEDAH DENGAN PELBAGAI BENTUK MAKLUMAT DAN CERITA. SAMA ADA MAKLUMAT ITU BETUL ATAU TELAH DIPUTARBELIT, IA TETAP MUDAH DICAPAI DI MANA SAHAJA SELAGI ADA TALIAN INTERNET. INILAH HAKIKATNYA. KITA HARUS MENERIMA HAKIKAT BAHAWA MASYARAKAT KITA PADA HARI INI TIDAK LAGI SAMA DENGAN MASYARAKAT DAHULU. PENDEDAHAN KEPADA MAKLUMAT YANG BERTERUSAN TANPA TAPISAN DI ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT HARI INI TELAH MENGUBAH CARA MASYARAKAT BERFIKIR.
KALAU DAHULU, APA SAHAJA KEMPEN MENGENAI DASAR KERAJAAN YANG DISELITKAN MENERUSI AKTIVITI JABATAN PENERANGAN SEPERTI WAYANG PACAK, LAWATAAN RUMAH KE RUMAH DAN PROGRAM-PROGRAM SIVIK PASTI MENDAPAT SAMBUTAN. BEGITU JUGA DENGAN IKLAN-IKLAN YANG DISIARKAN DI RTM YANG PATINYA DITONTON OLEH SEISI AHLI KELUARGA DENGAN PENUH MINAT DI DEPAN KACA TV HITAM PUTIH ATAU DIDENGARI DI CORONG RADIO.
HARI INI MASYARAKAT TIDAK LAGI MENERIMA BULAT-BULAT APA YANG KERAJAAN KATA, APA YANG DISAMPAIKAN TERUTAMA SEKALI MELALUI WADAH ATAU MEDIA KERAJAAN. MASYARAKAT LEBIH KRITIKAL KERANA MASYARAKAT KITA PADA HARI INI ADALAH MASYARAKAT YANG BERMAKLUMAT, MALAHAN LEBIH ‘ADVANCED’ ATAUPUN LEBIH PAKAR DARIPADA SI PEMBAWA MAKLUMAT ITU SENDIRI. INILAH HAKIKAT PERUBAHAN ZAMAN DAN KITA SEHARUSNYA BERBANGGA KERANA MASYARAKAT KITA KINI ADALAH MASYARAKAT YANG BERILMU. INI PUN SEBENARNYA ADALAH KEJAYAAN KERAJAAN SELAMA INI YANG MENJADIKAN ILMU PENDIDIKAN ITU SATU TERAS PENTING DALAM DASAR KERAJAAN.
NAMUN APA YANG DIBIMBANGKAN, SELAIN TERDEDAH DENGAN MAKLUMAT YANG BENAR, MEREKA JUGA TERDEDAH DENGAN SEMUA JENIS MAKLUMAT YANG TIDAK SAHIH, PROPAGANDA DAN TIDAK BERTAPIS. MASYARAKAT HARI INI, TERUTAMA GENERASI Y ~ GEN Y, LEBIH SUKA MENERIMA MAKLUMAT YANG DISEBARLUAS MELALUI MEDIA SOSIAL SEPERTI TWITTER, FACEBOOK, WE-CHAT DAN SEBAGAINYA WALAU PUN MAKLUMAT ITU BELUM SAHIH.
PERKARA INI DIBURUKKAN LAGI APABILA ADA PIHAK YANG CUBA MENEGUK AIR YANG KERUH DENGAN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK TERUS MEMBURUKKAN KERAJAAN DAN RAMAI PULA YANG TERPENGARUH. CONTOHNYA DALAM KES KEHILANGAN PESAWAT MH370. BEGITU BANYAK MAKLUMAT PALSU DAN FITNAH DISEBARKAN DI LAMAN-LAMAN SOSIAL SEHINGGA MENGGANGU PIHAK BERWAJIB MENJALANKAN MISI PENCARIAN.
APABILA KERAJAAN MENGAMBIL LANGKAH ‘RASIONALISASI HARGA’ CONTOHNYA, ADA PIHAK YANG MENGATAKAN BAHAWA KERAJAAN ADALAH ZALIM KERANA MENAIKKAN HARGA SEWENANG-WENANGNYA SEDANGKAN APA YANG BERLAKU SEBENARNYA ADALAH SUBSIDI YANG DITARIK AKAN DIGUNAKAN UNTUK PEMBANGUNAN YANG LEBIH MEMBERI FAEDAH KEPADA RAKYAT SECARA KESELURUHAN.
BEGITU JUGA APABILA KERAJAAN MENGUMUMKAN AKAN MEMPERKENALKAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) PADA 1 APRIL 2015. ADA PULA PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB YANG MENGGUNAKAN SEPENUHNYA MEDIA SOSIAL SEPERTI FACEBOOK, TWITTER, INSTAGRAM DAN SEBAGAINYA UNTUK MEMBURUKKAN KERAJAAN DAN MENGATAKAN BAHAWA GST INI AKAN MEMBEBANKAN RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH SEDANGKAN HAKIKATNYA LANGKAH KERAJAAN INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENGGANTIKAN SISTEM CUKAI YANG SEDIA ADA YANG DILIHAT TIDAK SESUAI DIGUNAKAN PADA KETIKA INI.
TUAN-TUAN / PUAN-PUAN HADIRIN SEKALIAN,
BERDASARKAN SCENARIO YANG SAYA NYATAKAN TADI, SAYA PERCAYA KEMENTERIAN INI SEDANG BERHADAPAN DENGAN TUGAS YANG AMAT BERAT TERUTAMA DALAM MEMENANGI SEMULA HATI RAKYAT. ATAS SEBAB ITULAH SAYA MENYERU AGAR WARGA KKMM DI SABAH BEKERJA LEBIH KERAS DEMI KEPENTINGAN MASYARAKAT SEPERTI MANA YANG DILAUNGKAN OLEH PERDANA MENTERI DALAM SLOGAN 1MALAYSIA ‘RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’. DI PIHAK KERAJAAN PULA, KAMI AKAN TERUS MENYARANKAN AGAR MEKANISMA PENJELASAN ISU-ISU BERBANGKIT INI BOLEH DIPERTINGKATKAN ~ LEBIH PANTAS, JELAS, TELUS DAN MEMPUNYAI KEBOLEHPERCAYAAN YANG TINGGI. KERAJAAN JUGA HARUS SENTIASA MEMBERI ILMU DAN INPUT-INPUT TERKINI KEPADA KLIEN TERUTAMA SEKALI WARGA KKMM SUPAYA LEBIH BERKREDIBILITI DALAM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT.
TUAN-TUAN/PUAN-PUAN DAN HADIRIN YANG DIHORMATI,
MENGENAI PROGRAM JELAJAH ISU YANG DIADAKAN PADA HARI INI, ADALAH MENJADI HARAPAN SAYA AGAR SEMUA INPUT ATAU MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI OLEH PARA PESERTA AKAN DAPAT DIGUNAKAN SEPENUHNYA DAN SETERUSNYA DISEBARKAN KEPADA MASYARAKAT AKAR UMBI.
SAYA CUKUP YAKIN BAHAWA ILMU YANG DIPEROLEHI DARI PROGRAM PADA HARI INI MERUPAKAN SENJATA YANG CUKUP KUAT BAGI SELURUH WARGA KKMM DI SABAH UNTUK TURUN PADANG DAN BERPERANG SAMA ADA MELALUI KAEDAH BERSEMUKA, MEDIA SOSIAL, MEDIA ELEKTRONIK ATAUPUN MEDIA CETAK UNTUK SAMA-SAMA MENYEBARKAN DASAR-DASAR KERAJAAN SELARAS DENGAN FUNGSI UTAMA KEMENTERIAN INI. DENGAN BERBEKALKAN ILMU DAN MAKLUMAT YANG MANTAP, AKAN MENINGKATKAN JATIDIRI KITA SUPAYA TEGAR, TIDAK MUDAH DIPERDAYA UMPAMA SEORANG PANGLIMA YANG TAK TERBAKAR DEK API, TAK TERHANYUT DEK BAH.
SEBELUM MENGAKHIRI KATA, SEKALI LAGI SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PENGANJUR, KHUSUSNYA KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA DAN SEMUA AGENSI YANG TERLIBAT ATAS PENGANJURAN PROGRAM MURNI INI. SEMOGA USAHA SEPERTI INI BERTERUSAN DAN MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADA ALLAH SWT.
Musim manggis sudah tiba,
Manggis dimakan ketika memandu,
Kerjasama penting antara kita,
Supaya hidup lebih bersatu.
Daun sirih di dalam dulang,
Menjadi hantaran majlis beradat;
Rakyat dibela pemimpin dijulang,
Malaysia merdeka kekal berdaulat.
Hendak belayar ke Teluk Betong,
Sambil mencuba labuhkan pukat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
AKHIR KALAM, DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM, SAYA MERASMIKAN PROGRAM JELAJAH ISU PERINGKAT NEGERI SABAH 2014.
SEKIAN.

No comments:
Post a Comment