Barangkali, tema paling sesuai yang dapat membangkitkan semangat jatidiri yang tinggi adalah :
JANGAN JADI TERBANGSAT DI BUMI SENDIRI.
Hmmmm.... just a thought okay? but that's how i feel sometimes.
This is the logo for 2015, with hashtag SEHATISEJIWA slogan. Mind you ~ sehatisejiwa means unseparable. 2 becomes 1 kind of thing.
Just for info and quick reflection. We must stays positive and motivated okay? No matter what, we as Malaysian must stay united to uphold our "Kemerdekaan Negara" ~ Our Sovereignty.
UNTUK TEMA HARI KEBANGSAAN TAHUN INI, #SEHATISEJIWA TELAH DIPILIH BAGI MELAMBANGKAN KESEPADUAN RAKYAT BERBILANG BANGSA NEGARA INI WALAU DIMANAPUN BERADA. TEMA INI DIPILIH KERANA IANYA MENGGAMBARKAN ROH KESEPADUAN, KESEFAHAMAN, KEKITAAN DAN KEMANUSIAAN SELURUH RAKYAT NEGARA INI.
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MULAI TAHUN INI MENAMPILKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA YANG AGAK BERBEZA DARI TAHUN SEBELUMNYA APABILA IA TIDAK LAGI DISEBUT BERDASARKAN ULANG TAHUN SEBALIKNYA MENGIKUT TAHUN. PERUBAHAN INI DIBUAT SEBAGAI SATU PRINSIP KESAMARATAAN ANTARA SEMENANJUNG SERTA SABAH DAN SARAWAK KERANA PENGGABUNGAN MALAYSIA YANG SEBENARNYA 16 SEPTEMBER, DAN 31 OGOS HANYA MELIBATKAN SEMENANJUNG SAHAJA.
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2015 DIHARAP MAMPU MENGGERAK DAN MENYEMARAKKAN PERASAAN KASIHSAYANG SERTA HORMAT MENGHORMATI ANTARA KITA DAN MENEGUHKAN LAGI SEMANGAT PATRIOTISME YANG MENJADI TONGGAK DAN TIANG SERI KEPADA KEHARMONIAN DAN PERPADUAN BANGSA MALAYSIA. #SEHATISEJIWA ADALAH TITIAN HUBUNGAN ~ YANG JAUH DIDEKATKAN, UKHUWAH DIPERERATKAN SELAMANYA, SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN.
PERBEZAAN IDEOLOGI DAN POLITIK BUKANLAH PENGHALANG BAGI KITA UNTUK SAMA-SAMA MERAIKAN HARI KEBANGSAAN INI. MALAYSIA ADALAH NEGARA KITA BERSAMA. YANG MANA BUMINYA KAKI KITA BERPIJAK DAN LANGITNYA KITA JUNJUNG. KEMERDEKAAN ADALAH HAK SEMUA BANGSA. HARI INI SETELAH 58 TAHUN BERLALU, BANYAK YANG PERLU KITA SYUKURI DENGAN MENGISI KEMERDEKAAN. MENERUSKAN CITA-CITA PENDIRI BANGSA YANG INGIN MENJADIKAN MALAYSIA TETAP MERDEKA, TIDAK TERGANTUNG KEPADA NEGARA MANAPUN.
KEMERDEKAAN MERUPAKAN SUATU ERTI KEBEBASAN YANG TIDAK TERNILAI BUAT SESEORANG INDIVIDU. NAMUN APA YANG LEBIH BERERTI BAGI SEBUAH KUMPULAN MASYARAKAT IALAH MENGECAPI KEAMANAN SEJAGAT DAN MENGGAPAI SEMANGAT PERADUAN YANG LEBIH ERAT DALAM KEHIDUPAN KOMUNITI MASYARAKAT BERBILANG KAUM DALAM KONTEKS MALAYSIA. TIADA ERTI KEMEREDEKAAN JIKA ELEMEN PERPADUAN ITU TIDAK DIGARAP DALAM SANUBARI MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI NEGARA INI YANG TERDIRI DARIPADA MELAYU, CINA DAN INDIA DI SEMENANJUNG MANAKALA KADAZAN-DUSUN, IBAN, BAJAU, MELANAU, BIDAYUH, MURUT, RUNGUS, KELABIT, KAYAN, MELANAU, KENYAH, INA DAN MELAYU DI SABAH DAN SARAWAK.
TEMA #SEHATISEJIWA INI DIPILIH ADALAH TEPAT BAGI MENGGAMBARKAN KEHIDUPAN KEMAJMUKAN RAKYAT MALAYSIA. KEMAJMUKAN DAN KEPELBAGAIAN DARIPADA SEGI AGAMA, BANGSA DAN BUDAYA, CARA HIDUP, BAHASA DAN KEHENDAK DARIPADA RAKYAT MALAYSIA TELAH MELAHIRKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA YANG UNIK DI PERSADA GLOBALIASI.
DIRGHAYU MALAYSIA, MARI KITA BERSATU HATI ~ SEHATI SEJIWA MEMBANGUN MALAYSIA YANG BERDAULAT DAN BERMARTABAT. MARILAH BANGKIT, MENERUSKAN POLITIK YANG DEMOKRATIK, TETAP MENEGAKKAN HUKUM YANG ADIL, PERTAHANKAN NEGARA AGAR TERUS KUKUH DAN BERDAULAT.
MARILAH KITA SALING BAHU MEMBAHU MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA YANG BERDAULAT. SEMOGA DENGAN SEMANGAT INI, MALAYSIA AKAN TERUS MAJU DAN MAKMUR.
SEMAIKAN SEMANGAT MERDEKA ITU DALAM DIRI KITA DAN MEREKA YANG DI SEKELILING AGAR KITA TIDAK ALPA KERANA KEMERDEKAAN ITU BUKAN MUTLAK. JIKA TIDAK DIPELIHARA, TIDAK MUSTAHIL KITA AKAN KEMBALI TERJAJAH.
Jalur Gemilang terlihat berkibar
Tampak indah melambai-lambai
Semangat berjuang selalu berkobar
Demi capai Malaysia makmur dan damai
Laungan Merdeka sudah kedengaran
Dinyanyikan di seantero negeri
Sehati sejiwa menjadi slogan
Dirgahayu Malaysiaku yang permai
Kenangan lara akan terbuku
Pusaka bangsa suka dan duka
Sehati sejiwa terus sepadu
Menjulang daulat Malaysia tercinta
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
No comments:
Post a Comment