Thursday, 13 December 2018

Driving Through Europe And My Parking Solution For Prague, Vienna, Budapest, Salzburg and Munich


Memandu di Eropah? ya memang best kerana kita berpeluang menikmati pemandangan yang indah sepanjang perjalanan - seluas mata memandang.

Tapi.... mencari tempat PARKING adalah masalah terbesar.

So sebagai persediaan, aku google awal2 sebagai panduan.

PRAGUE

Destinasi pertama RoadTrip Europe 2018 ini adalah Prague. Tinggal di Apartments Tronicek. Semasa booking stated ada parking tapi tadi saya hubungi mereka katanya fully occupied on the date I'm check-in. Tapi alternative dia kata boleh parking kat National Theater Underground Garage 600Kroner (Euro23) sehari. Mungkin saya cari option lain tapi untuk masa ni, inilah kedudukan dalam carian.

Alternative : Check Mr.Parkit





Below : Option From Mr. Park It (Can book in advance for Euro17 daily. Cheaper)




Di Vienna pula, hotel tempat kami menginap ada parking berbayar onsite(harap2) so untuk ke hulu ke hilir by foot or public transportation jer.

Berada di Wien selama 2 malam, angan2 nak buat Day Trip ke Budapest. Kalau tidak penat dan keadaan mengizinkan. So awal2 aku check juga mana nak parking. Aduhai... mencari tempat parking di Europe ini memang bikin penasaran...!!!


BUDAPEST PARKING ALTERNATIVES



BEBERAPA PERINGATAN JIKA MEMILIH MEMANDU DI EROPAH

Ada beberapa peraturan yang perlu anda ketahui jika anda ingin sewa dan pandu kereta cross country di Eropah.

  1. Berumur 21 tahun ke atas
  2. Mempunyai lesen yang masih valid. Lesen memandu Malaysia boleh digunakan untuk sewa kereta tetapi adalah lebih baik jika anda mempunyai IDL. Ada kes car rental agency x membenarkan ambil kereta kerana tiada IDL. IDL berharga RM150 (lesen memandu Malaysia tidak diambil). Untuk memohon, just go to any JPJ kaunter or UTC. Bawa salinan driving liecense Malaysia, IC dan sekeping gambar latar putih.
  3. Mesti ada kad kredit  (CC) atas nama pemandu berdaftar. Semua pembayaran dicharge di CC tersebut. Debit Card or Cash tidak diterima. Pastikan amount dalam CC anda mencukupi untuk kadar sewaan dan juga deposit.
  4. Pre-bayar atau bayar bila ambil kereta dibolehkan.
  5. Semasa mengambil kereta, pastikan cacat-cela kereta tersebut. Gambar semua sebagai bukti. Nanti silap2 anda dicharge (mahal) jika semasa hantar ada kerosakan pada kenderaan tersebut.
  6. Pastikan jenis minyak kereta itu.
  7. Di Europe (Germany) biasanya, isi minyak dulu baru bayar.
  8. BUKAN semua kereta sewa boleh dibawah/pandu cross border especially ke Central Europe. Sila pastikan dulu dengan car rental agency. Biasanya kebenaran membawa kereta sewa secara cross border adalah mengikut Zone.
  9. Untuk memasuki sesebuah negara anda perlu ada Highway Sticker (Vignette) yang boleh dibeli di mana2 Gas Station di sempadan negara tujuan anda.
  10. Pulangkan kereta dalam keadaan yang SAMA seperti anda ambil.
PRAGUE HIGHWAY STICKER
CARA PASANG STICKER

Wednesday, 28 November 2018

Happy Birthday In Advance, Micha!


Happy Birthday.

I'm afraid that I might not have the chance to wish you when the day come. You are and will always be (I knew)  a great person and I pray that my Allah granted you good health, love and happiness for the rest of your life.

Knowing you is a blessing and many thanks for the wonderful time we spend together.

The Best Man On Earth


Have a Blast!

Sunday, 25 November 2018

Cinta Jangan kau Pergi

Aku ingin menangis, malah meraung agar kamu tetap di sini. Di hati ku. Namun bukan hanya dalam bayang kenangan. Hati ini sangat sakit. Terasa tidak disayang. Sedangkan aku mencintaimu unconditionly. Menerima kamu apa adanya. Dan kata mu, kamu juga mencintai aku seperti itu.



Itulah gambaran hati dan rasa kecewa orang yang ditinggalkan.

Sebolehnya mahu terus berpaut , meskipun akan kehilangan harga diri, kerana dalam bercinta tidak ada ungkapan : me me me melainkan US.

TAPI kita tidak boleh memaksakan cinta kita pada orang lain. Atau menahannya pergi. Ungkapan mengatakan, jika kamu mencintai sesorang, biarkan dia pergi. Beri lah dia kebebasan memilih jalan hidupnya sendiri daripada terpenjara dengan cinta mu yang tidak dingininya lagi.

Hakikat sebenar, CINTA itu tidak harus MEMILIKI. Jika takdir dia untuk mu, takdir itu jua lah akan membawanya kembali kepada mu. Jika memang bukan, simpanlah perasaan itu dalam-dalam di  hatimu, kerana itu adalah bunga-bunga kehidupan yang akan menyerikan kehidupan mu hari ini atau masa-masa mendatang.

Kita boleh mencintai tanpa dicintai. Itu cinta yang agung.

Percayalah, untuk mendapatkan cinta yang benar dan tulus tidak mudah. Mungkin sekali seumur hidup. Cinta yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Jadi menangislah. Namun biar dia pergi.

Biar cinta mu padanya menemani mu di saat-saat sepi. Kenanglah kenangan indah bersamanya bila kamu merasa rindu. Kenanglah yang indah jangan semai rasa benci.






 Cinta ini, akan ada di hatiku selamanya. Tiada gantinya. Because to me, You Are The ONLY one.

Wednesday, 24 October 2018

2018 Europe Winter Family Holiday Itineraries



Hujung tahun 2018 diluangkan untuk bercuti dengan family. Destinasi Central Europe - Germany, Czech Republic, Austria dan Hungary. Semua ni aku dah pernah pigi tapi ada yang belum so aku lebih kurang jadi guide saja dan mungkin nak selfie banyak2. First time datang dulu tak banyak pics kerana belum ada selfie stick, monopod dan yang sewaktu dengannya.

Cuma drone untuk selfie jerr aku tak ada lol 😅😅😅

Setakat ini, tarikh yang sudah ditetapkan adalah bermula 21 - 31 Dec 2018. Mode of transportation pula kami akan sewa kereta. 

Day 01 (21/12/18 Friday ) KUL - Frankfurt

Flying from KLIA to Frankfurt. Setakat ini belum beli tix kerana sedang monitor harga. Will do at least 4 weeks before flying. 

Bermalam di udara (dalam kapal)

Day 02 (22/12/18 Saturday ) Frankfurt City
Akan sampai di Fra sekitar jam 8am. Naik train ke The Frankfurt Hotel. Kerana masih awal, drop luggage dulu. Lepas tu ajar budak2 ni naik tram.

The Frankfurt Hotel
Am Hauptbahnhof 2, Bahnhofsviertel, 60329 Frankfurt/Main, Germany

Jalan2 sekitar The Ziel dan Alstadt.

Lunch - Thai Restaurant or mana2 halal restaurant yang bersepah di Frankfurt. Dekat hotel pun ada Restaurant Malaysia - -> Restaurant Selera.



After lunch balik hotel untuk check-in dan rehat. Siapa yang nak jalan2 lagi buat Free N Easy ja.

Beli sedikit keperluan untuk masak seperti cooking oil dan beras dan bread untuk dimakan sepanjang perjalanan ke Prague esoknya.

#THROWBACKFRANKFURTAUTUMN2018





Day 03 (23/12/18 Sunday ) Frankfurt To Prague By Road

Breakfast dan ready to checkout. Ambil kereta sewa. Nak bertolak awal ke Prague kerana perjalanan dengan kereta ambil masa lebih kurang 5 jam. Lagi pun mungkin nak singgah mana2 lagi. Tapi aku target mesti sampai Prague pada jam 4PM.

Sampai Prague urus penginapan. Kami sewa 2 Bedroom Apt lengkap dengan kitchenette supaya senang masak. Travel reramai ni kena masak sendiri untuk jimat. Kami akan bdermukim di Prague selama 2 hari.

2 Bedroom Apartment Tronicek
Purkyňova 2053/9
Prague
110 00
Czech Republic
+420 774 554 227
The owner will meet you at the property to let you in.

Old Town Dekat Dengan Jam Legend Prague 

Lepas check-in, round2 Prague Point Of Interest. Kalau sempat round, esok boleh buat day trip to another nearby town. Mungkin ke Karlovy Vary hanya 2 jam dari Prague.

Malamnya jalan2 Night Christmas Market di Old Town.

Untuk  dinner masak sendiri atau makan MAGGI 😝😝😝


Day 04 (24/12/18 Monday ) Prague

Untuk breakfast hari ini mungkin Mee Goreng ja dengan sup cendawan. Option bread makan dengan sambal bilis.

Hari ini Free n Easy juga. Macam yang aku dah katakan di atas, jika sempat boleh ke Karlovy Vary sebagai side trip.

Nak cari restaurant boleh baca sini.

Dinner full menu. Nasi + Dadar Telur + Sayur + ? (akan difikirkan masa nak masak).

Aktiviti malam nantilah difikirkan. Most probably people watching - X'mas Eve di Prague.

#THROWBACKPRAGUE2013







Nanti mahu gambar banyak2 lagi. Tapi make sure baju bukan merah ya!

Day 05 (25/12/18 Tuesday ) Prague - Cesky Krumlov - Vienna

Masak untuk breakfast dan lunch box mana tahu lapar di tengah jalan. Telur rebus dan sambal. Hari in checkout untuk meneruskan perjalanan ke Vienna tapi singgah sekejap di Cesky Krumlov.

Check in di Hotel City Central. Taborstraße 8 A, 02. Leopoldstadt, 1020 Vienna, Austria. After check-in, jalan2 sekitar hotel.


Day 06 (26/12/18 Thursday ) Vienna --> Budapest Day Trip 

Iza Birthday!

Day trip ke Budapest.

Malam - Birthday Dinner For Eezaleeza! 


Day 07 (27/12/18 Friday ) Vienna To Hallstatt

Hari ini akan bergerak ke Hallstatt. Buy grocery sebelum sampai.

 Haus Marie 
Obertraun 221, 4831 Obertraun, Austria



Dinner masak sendiri. 

Day 08 (28/12/18 Saturday )  Hallstatt  To Salzburg

Masak breakfast dan lunch box untuk lunch.

Star Inn Hotel Premium Salzburg Gablerbräu, by Quality 
Richard-Mayr-Gasse 2
Altstadt
5020 Salzburg
Austria

* Parking di Mirabella

Day 09 (29/12/18 Sunday )  Salzburg  To Munich

Jalan-jalan sekitar Salzburg Old Town sebelum meneruskan perjalanan ke Munich.


Motel One München - Deutsches Museum 

Jalan2 sekitar Munich dan kalau sempat pi Bayern Munich Stadium



Day 10 (30/12/18 Monday ) Munich To Frankfurt

Hotel The Frankfurt Hotel
Kembalikan kereta

Day 11 (31/12/18 Sunday ) Fly back to KL.

Bon Voyage!

Saturday, 20 October 2018

USA 2018 - Historical Gettysburg

Salam 2 All.

Previous Entry

Apa khabar anda hari ini? Harap2  semua dalam keadaan baik dan gembira hendaknya.

Malam ini aku nak cerita pasal Gettysburg, salah satu destinasi yang aku pilih untuk trip aku ke New York baru2 ini.

Mengapa Gettysburg? Tentulah kerana sejarahnya yang menarik dan ciri persekitarannya yang masih utuh seperti zaman Abraham Lincoln dahulu.

Pemanduan dari Washington DC ke Niagara Falls ambil masa lebih kurang 8 jam. Terlalu memenatkan untuk driving direct so aku memilih Gettysburg sebagai layover for the night sebelum meneruskan perjalanan ku selanjutnya.


Gembiranya dia

Jika anda peminat sejarah dunia anda pasti pernah terbaca tentang Perang Saudara Amerika (America Civil War) yang berterusan selama 4 tahun (1861 - 1865) dan mengorbankan lebih setengah juta nyawa. Perang Saudara ini adalah sisi gelap Amerika yang anda nampak begitu gemilang pada hari ini. Keinginan ku untuk ke Gettysburg juga adalah kerana untuk melihat sendiri venue perang yang dikatakan menumpahkan darah paling banyak dalam sejarah perang sivil Amerika ini yang berlangsung hanya 3 hari tapi mengorbankan lebih 40,000 nyawa.

Dikatakan kemuncak perang sivil Amerika ini berakhir di Pertempuran Gettysburg, kerana selepas itu, kekuatan pasukan Confederate di bawah pimpinan General Lee berjaya di lumpuhkan oleh tentera Union States.




SEJARAH CIVIL WAR SECARA RINGKAS

Mungkin bagi generasi baru, pengetahuan mereka tentang perang saudara yang terjadi 157 tahun lalu ini agak samar2. Sapa2 yang ada menonton filem God And Generals bolehlah connect sikit2.

Mengapa berlaku perang saudara? Kerana ada perselisihan dan ketidakpuashatian. Macam kita adik-beradik kalau ada rasa tidak puas hatipun gaduh juga cuma tidak sampai berbunuh-bunuhan (?).

Dikatakan, sekitar abad ke-19 Amerika terbahagi kepada 2 wilayah iaitu Wilayah Utara dan Wilayah Selatan dan pisahkan juga dengan kondisi ekonomi dan sosial. Relatifnya, wilayah Utara lebih maju dan infrastrukturnya berkembang lebih pesat berbanding wilayah Selatan yang lebih mundur  di mana sumber utama adalah pertanian (terutama wool). Wilayah Utara dikenali sebagai FREE STATE sementara Wilayah Selatan SLAVE STATE yang masih mengamalkan perhambaan (kulit hitam). Justeru itu hubungan kedua-dua wilayah ini sentiasa tegang terutama pada tahun 1819 bila daerah Missouri ingin menjadi bahagian AS yang baru.

Masalah timbul bila berlaku pertelingkahan Missuori harus letak mana? Bahagian Negara Bebas kah atau Negara Tidak Bebas (slavery). For info, pada masa itu kedua-dua wilayah ini mempunyai 11 negara bebas dan 11 negara perbudakan. Jika Missouri diletakkan di Free State, ini akan menjadikan mereka majority di Parlimen National. Perbalahan ini bagaimanapun dapat diselesaikan apabila Maine (sebelah Utara) menjadi Negara Bebas baru (1821) dan Missouri join Negara Perbudakan.

Memasuki era 1830 an, gerakan untuk menghapuskan perhambaan semakin meluas, sejajar dengan gerakan Abolisionisme di bahagian Utara. Tentangan terhadap aktiviti perbudakan (slavery) semakin memuncak bila terbit buku "Uncle Tom's Cabin" pada 1852 yang mengisahkan penderitaan seorang budak kulit hitam.

Respon Wilayah Selatan terhadap tentangan kepada aktiviti perbudakan ini adalah dengan mengancam akan memerdekakan diri (Keluar Amerika? 😜😜😜) jika perhambaan dihapuskan.

Jika hang (utara) nak hapuskan perhambaan, kami (Selatan) nak merdeka kan diri dan bentuk negara baru (Mungkin America 2? 😡😡😡)

Akibatnya, masalah perhambaan ini terus menjadi masalah sosial berpanjangan, lebih kompleks dan penuh dilemma.

November 1860, Abraham Lincoln yang tegar menolak perhambaan terpilih sebagai President Amerika yang baru.  Ini menjadikan negara Selatan merasa terancam. Ekoran daripada itu 7 negara bahagian Selatan iaitu - North Carolina, Missisipi, Florida, Alabama, Georgia, Louisiana dan Texas bertindak memisahkan diri dari AS dan mendirikan negara baru yang bernama Konfederasi Amerika (Confederate State Of America). Setahun kemudian pada Mei 1861, Confederate State menetapkan Richmond di Virginia sebagai ibu kotanya.

Maka titik hitam pun bermula.

RENTETAN PERANG

  1. 12 April 1861 pasukan Konfederasi berjaya tawan Fort Sumter di Charleston, North Carolina dan bergabung dengan negara  bahagian Arkansas, Tennessee, Virginia, dan Carolina Utara dalam Konfederasi menjadikannya 11 negara
  2. Lincoln rekrut relawan perang dan melakukan blockade di wilayah Selatan
  3. March 1862 pasukan Union States melancarkan Peninsular Campaign - serangan besar-besaran untuk rebut Richmond tapi gagal
  4. Ogos 1862, Pasukan Konfederasi di bawah General Lee kalahkan Union State di Ball Run
  5. Atas kemenangan itu, General Lee mahu menyerang Maryland untuk kuasai Pennsylvania melalui Sungai Potomac (1862) tapi berjaya dipatahkan pasukan Union di Sungai Antietam. One of bloodiest war. Dalam masa 7 hari 23,000 askar Konfederasi terkorban.
  6. Kemenangan di Antietam melonjakkan populariti Abraham Lincoln membolehkanya mewujudkan Proklamasi Emansipasi - pembebasan perhambaan di seluruh wilayah AS.
  7. July 1863 - Battle Of Gettysburg. Dalam 3 hari lebih 50,000 terkorban. Pasukan Union menang. Selanjutnya, cubaan General Lee untuk memerangi pasukan Union gagal.


Amazing speech by Lincoln in 1863, It will be remembered forever! This speech is recorded again with Jeff Daniels`s voice but the words in the speech is still the same as Lincoln`s speech he held in Gettysburg 1863



I'm Happy To Be Part Of The Memories Even After 157 Years Later
SO now you know why I'm so intent to visit Gettysburg!

Visiting the graves of the fallen soldiers at the Cemetery Hill
Semasa berada di sini, aku dapat rasakan sesuatu. Meskipun aku tidak merasa takut, namun seluruh bulu roma ku merinding, aku merasakan kehadiran benda2 ghaib.... mungkin masih ada roh yang gelandangan. Yang mati terkejut, yang mati dalam kesakitan. Malahan mungkin ada yang tak sedar dia dah mati dan masih merayau di site pertempuran ini. Terpenjara.


Antaranya Genie. Civilan yang terkena peluru semasa memasak di dapur. Rumah Genie ini dalam 50m dari medan pertempuran di Cemetary Hill. Kasihan dia.

Union Army Volunteer
The Last Battlefield - Cemetery Hill

ILUSTRASI PERTEMPURAN DI GETTYSBURG






Tinggal Kenangan

Perang Hanya Mengundang Musibah : SAY NO TO WAR!!!


Sempat keliling-keliling sekitar bandar kecil ini. Kalau ada kesempatan, tengok DIORAMA pertempuran Gettysburg untuk dapat gambaran lebih jelas.



Coffee House Dahulu kala

Jom kupi2 dulu bah

Aku Menginap di sini.

Gembira Bertemu Anda Mr President

Another Motel Nearby

BEAUTIFUL HOUSES