Previous Entry
Apa khabar anda hari ini? Harap2 semua dalam keadaan baik dan gembira hendaknya.
Malam ini aku nak cerita pasal Gettysburg, salah satu destinasi yang aku pilih untuk trip aku ke New York baru2 ini.
Mengapa Gettysburg? Tentulah kerana sejarahnya yang menarik dan ciri persekitarannya yang masih utuh seperti zaman Abraham Lincoln dahulu.
Pemanduan dari Washington DC ke Niagara Falls ambil masa lebih kurang 8 jam. Terlalu memenatkan untuk driving direct so aku memilih Gettysburg sebagai layover for the night sebelum meneruskan perjalanan ku selanjutnya.
Gembiranya dia |
Jika anda peminat sejarah dunia anda pasti pernah terbaca tentang Perang Saudara Amerika (America Civil War) yang berterusan selama 4 tahun (1861 - 1865) dan mengorbankan lebih setengah juta nyawa. Perang Saudara ini adalah sisi gelap Amerika yang anda nampak begitu gemilang pada hari ini. Keinginan ku untuk ke Gettysburg juga adalah kerana untuk melihat sendiri venue perang yang dikatakan menumpahkan darah paling banyak dalam sejarah perang sivil Amerika ini yang berlangsung hanya 3 hari tapi mengorbankan lebih 40,000 nyawa.
Dikatakan kemuncak perang sivil Amerika ini berakhir di Pertempuran Gettysburg, kerana selepas itu, kekuatan pasukan Confederate di bawah pimpinan General Lee berjaya di lumpuhkan oleh tentera Union States.
SEJARAH CIVIL WAR SECARA RINGKAS
Mungkin bagi generasi baru, pengetahuan mereka tentang perang saudara yang terjadi 157 tahun lalu ini agak samar2. Sapa2 yang ada menonton filem God And Generals bolehlah connect sikit2.
Mengapa berlaku perang saudara? Kerana ada perselisihan dan ketidakpuashatian. Macam kita adik-beradik kalau ada rasa tidak puas hatipun gaduh juga cuma tidak sampai berbunuh-bunuhan (?).
Dikatakan, sekitar abad ke-19 Amerika terbahagi kepada 2 wilayah iaitu Wilayah Utara dan Wilayah Selatan dan pisahkan juga dengan kondisi ekonomi dan sosial. Relatifnya, wilayah Utara lebih maju dan infrastrukturnya berkembang lebih pesat berbanding wilayah Selatan yang lebih mundur di mana sumber utama adalah pertanian (terutama wool). Wilayah Utara dikenali sebagai FREE STATE sementara Wilayah Selatan SLAVE STATE yang masih mengamalkan perhambaan (kulit hitam). Justeru itu hubungan kedua-dua wilayah ini sentiasa tegang terutama pada tahun 1819 bila daerah Missouri ingin menjadi bahagian AS yang baru.
Masalah timbul bila berlaku pertelingkahan Missuori harus letak mana? Bahagian Negara Bebas kah atau Negara Tidak Bebas (slavery). For info, pada masa itu kedua-dua wilayah ini mempunyai 11 negara bebas dan 11 negara perbudakan. Jika Missouri diletakkan di Free State, ini akan menjadikan mereka majority di Parlimen National. Perbalahan ini bagaimanapun dapat diselesaikan apabila Maine (sebelah Utara) menjadi Negara Bebas baru (1821) dan Missouri join Negara Perbudakan.
Memasuki era 1830 an, gerakan untuk menghapuskan perhambaan semakin meluas, sejajar dengan gerakan Abolisionisme di bahagian Utara. Tentangan terhadap aktiviti perbudakan (slavery) semakin memuncak bila terbit buku "Uncle Tom's Cabin" pada 1852 yang mengisahkan penderitaan seorang budak kulit hitam.
Respon Wilayah Selatan terhadap tentangan kepada aktiviti perbudakan ini adalah dengan mengancam akan memerdekakan diri (Keluar Amerika? 😜😜😜) jika perhambaan dihapuskan.
Jika hang (utara) nak hapuskan perhambaan, kami (Selatan) nak merdeka kan diri dan bentuk negara baru (Mungkin America 2? 😡😡😡)
Akibatnya, masalah perhambaan ini terus menjadi masalah sosial berpanjangan, lebih kompleks dan penuh dilemma.
November 1860, Abraham Lincoln yang tegar menolak perhambaan terpilih sebagai President Amerika yang baru. Ini menjadikan negara Selatan merasa terancam. Ekoran daripada itu 7 negara bahagian Selatan iaitu - North Carolina, Missisipi, Florida, Alabama, Georgia, Louisiana dan Texas bertindak memisahkan diri dari AS dan mendirikan negara baru yang bernama Konfederasi Amerika (Confederate State Of America). Setahun kemudian pada Mei 1861, Confederate State menetapkan Richmond di Virginia sebagai ibu kotanya.
Maka titik hitam pun bermula.
RENTETAN PERANG
- 12 April 1861 pasukan Konfederasi berjaya tawan Fort Sumter di Charleston, North Carolina dan bergabung dengan negara bahagian Arkansas, Tennessee, Virginia, dan Carolina Utara dalam Konfederasi menjadikannya 11 negara
- Lincoln rekrut relawan perang dan melakukan blockade di wilayah Selatan
- March 1862 pasukan Union States melancarkan Peninsular Campaign - serangan besar-besaran untuk rebut Richmond tapi gagal
- Ogos 1862, Pasukan Konfederasi di bawah General Lee kalahkan Union State di Ball Run
- Atas kemenangan itu, General Lee mahu menyerang Maryland untuk kuasai Pennsylvania melalui Sungai Potomac (1862) tapi berjaya dipatahkan pasukan Union di Sungai Antietam. One of bloodiest war. Dalam masa 7 hari 23,000 askar Konfederasi terkorban.
- Kemenangan di Antietam melonjakkan populariti Abraham Lincoln membolehkanya mewujudkan Proklamasi Emansipasi - pembebasan perhambaan di seluruh wilayah AS.
- July 1863 - Battle Of Gettysburg. Dalam 3 hari lebih 50,000 terkorban. Pasukan Union menang. Selanjutnya, cubaan General Lee untuk memerangi pasukan Union gagal.
Amazing speech by Lincoln in 1863, It will be remembered forever!
This speech is recorded again with Jeff Daniels`s voice but the words in the
speech is still the same as Lincoln`s speech he held in Gettysburg 1863
I'm Happy To Be Part Of The Memories Even After 157 Years Later |
SO now you know why I'm so intent to visit Gettysburg!
Visiting the graves of the fallen soldiers at the Cemetery Hill |
Semasa berada di sini, aku dapat rasakan sesuatu. Meskipun aku tidak merasa takut, namun seluruh bulu roma ku merinding, aku merasakan kehadiran benda2 ghaib.... mungkin masih ada roh yang gelandangan. Yang mati terkejut, yang mati dalam kesakitan. Malahan mungkin ada yang tak sedar dia dah mati dan masih merayau di site pertempuran ini. Terpenjara.
Antaranya Genie. Civilan yang terkena peluru semasa memasak di dapur. Rumah Genie ini dalam 50m dari medan pertempuran di Cemetary Hill. Kasihan dia.
Union Army Volunteer |
The Last Battlefield - Cemetery Hill |
ILUSTRASI PERTEMPURAN DI GETTYSBURG
Tinggal Kenangan |
Perang Hanya Mengundang Musibah : SAY NO TO WAR!!! |
Sempat keliling-keliling sekitar bandar kecil ini. Kalau ada kesempatan, tengok DIORAMA pertempuran Gettysburg untuk dapat gambaran lebih jelas.
Coffee House Dahulu kala |
Jom kupi2 dulu bah |
Aku Menginap di sini. |
Gembira Bertemu Anda Mr President |
Another Motel Nearby BEAUTIFUL HOUSES |
No comments:
Post a Comment