Sunday, 9 September 2018

USA Road Trip 2018 Day 01 From Kuala Lumpur To New York


Hi gorgeous Salam2all 😍

Hari ini 09-09-2018 hari Ahad adalah hari pertama kembara  Road  Trip East USA πŸ‡ΊπŸ‡Έ ku. Flight 10.10am via πŸ‡­πŸ‡° Hong Kong. 

Seawal 7.10am aku checkouts dari Tune KLIA2 untuk kejar KLIA TRANSIT. Sampai di KLIA sebelum jam 8am Harus ke kaunter H untuk HK. 

Selfie dulu 😝




Sedang tunggu train 🚊 

Mashaalah! Panjangnya barisan πŸ™ƒ 



Satu jam 20 minit baru sampai giliran ku.

Terus naik train ke Main Terminal C. Tepat jam 9.10 start proses boarding. 



Jom memulakan adegan yang memalukan. Selfination





Inilah tix ekonomi ku 😝😝😝

* nanti sambung ya sekarang tunggu boarding

Sambungan (05/10/2018 - Jumaat)

Salam kembali. Hari ini setelah lihat2 gambar2 dalam gallery pon terbuka hati nak sambung cerita Day 01 perjalanan ku ke USA yang baru berakhir 12 hari yang lepas. Sebelum luput terus dari ingatan seperti cerita kembara yang lalu2. Sukar mengingat kembali kerana otak semakin tua. Processornya terlalu terbeban dengan data2 sejak puluhan tahun yang lalu. Lagian.. esok aku mahu berangkat ke Germany - tujuan khusus Frankfrut yang terletak di Western part of Germany.

Ok balik topik asal. Day 01 ini 90% berkisar perjalanan antara terminal sahaja. Terminal KLIA ke Terminal Hong Kong dan berakhir di Terminal JFK. Beribu-ribu kilometer direntasi dan berada dalam pesawat lebih kurang 20 jam tidak termasuk layover. Dari kiut comel sampai busuk. Namun semua rela ditempuhi demi keinginan ku melihat negara orang.

Penerbangan ke HK on time. Semuanya berjalan lancar. Kerana aku pemegang kad priority Enrich, mendapat sedikit keistemewaan meskipun bukan business class. Penerbangan lancar. More or less 4 jam dari KUL - HK. Makanan pre-order NO BEEF. Tapi sebenarnya kalau flight dari KUL memang serve no PORK kerana codeshare dengan MAS.


Beli Seat Yang Ada Legroom. Selesa Sikit

Pre-Order Food Dapat Cepat Tapi Nanti No Ice-Cream πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Aku pilih aisle seat supaya mudah kalau nak ke toilet. 4 jam tu lama juga. Sampai di HK bergegas ke platform untuk connections flight. Semasa check-in di KLIA, gate untuk penerbangan HK-US belum diberi. Biasanya, untuk next leg bagi connecting flight, akan ada attendent/crew Cathay Pacific Airlines menunggu di luar pesawat untuk kita tanya GATE seterusnya.

Untuk flight aku, gate ke JFK ialah Gate 50. ada lebih kurang 2jam30minit layover. Tapi dinasihatkan untuk flight ke US harus datang lebih awal kerana proses untuk boarding agak cerewet. Satu persatu di-interbiu sebelum boarding.




Aisle seat juga. 14 jam lebih beb... susah nak keluar ke tandas jika ada orang di middle and aisle seat. Apatah lagi kalau jiran awak tu sedang tidur nyenyak. Dalam hati mengharap keajaiban - biarlah 3 seats ini menjadi milik ku sorang hahahaha. Nak tidur beb....


Terus berharap. Setiap yang lalu lalang mendebarkan. Dalam hati berdoa ~ "Janganlah Ada Orang Duduk Sebelah Aku".

Allah kabulkan doaku. Ameen.

Milik Ku Sepenuhnya

All By Myself

Riangnya dalam hati..jika dapat 3 seat semuanya. Bisa tidur dengan lebih selesa berbanding tidur duduk.

DALAM penerbangan long distance ni macam2 perangai orang. Kalau aku, start terbang hingga dua jam selepasberlepas tengok movie dulu sambil menunggu makanan dihidangkan. Jam ke 3-4 biasanya mata dah layu.  Aku tertidur lebih kurang 2 jam. Bangun tidur. Bangun sambung tengok movie. Tidur lagi, bangun lagi. Tengok jam 7 hours to go. Alamak bosannya.

Jiran2 Ku

Juadah kali ke-2

Jom Minum Orange Jus

Dinner On Board

2 jam sebelum mendarat, kami dihidangkan makan malam. Mee tu ntah apa2 rasanya. Cukuplah untuk alas perut.


Time ni aku ke toilet. Berus gigi dan cuci muka dan lap2 badan dengan wet tisu. Sapu2 perfume Jadore pek kecil yang aku dapat percuma dari kaunter sebagai gift pembelian produk CD. Pastu balik ke seat untuk dandan muka dengan produk anti-aging aku ~ SWISDERM.

Nasib Ada Swisderm

Cukup mudah, dengan 5 produk saja sudah cukup untuk rutin skincare ku. Imagine muka kita selepas 20 jam dalam pesawat. Tentu ada mirip2 sesuatu yang menakutkan kan? 😜😜😜

Tumpang Iklan : FB Swisderm Stokis KK

Touch Up Sikit

Ready To Face Immigration 

All set. Landing smoothly.



Selepas keluar dari imigrasi, tunggu bagasi. Proses imigrasi smooth. Tak banyak tanya. Mungkin kerana ini kali ke-dua aku memasuki negara Uncle Sam ini.


JFK Terminal 8 Arrival Hall

Dari JFK T8 ke Sanctuary Hotel  lebih kurang sejam atau kalau trafik jem dalam 75 minit. Ada pelbagai cara untuk ke sana tapi kerana aku belum tau apa2 dan bag berat maka aku naik uber ja.

Harap maklum harga tidak termasuk tol dan tips. Tol untuk memasuki NY City saja $15

Ini bed ku malam ini. Nampak comfy kan? Aku mahu rehatkan badan dengan tidur di tilam yang empuk malam ini. Jangan lokek dengan diri sendiri ok?

Sanctuary Hotel Times Square

Hotel Sanctuary ini ada roof top tapi masa aku naik around jam 10++ dah closed. So gambar sikit2lah.



New York terkenal dengan jolokan bandar yang tidak pernah tidur; terutama Times Square yang sentiasa ramai pengunjung.  Sanctuary Hotel pula hanya 3 blok away dari situ. So after taking shower, pergi menapak ke sana. Sambil2 cari makan. Nak cari makan halal kat sini tak susah. Berderet food truck halal di tepi2 jalan.


Sekitar Times Square Pada Waktu Malam dan Hujan


New York Hard Rock




Lama juga aku round2 sekitar  Times Square dan Broadway House. Tiada gambar yang cantik kerana cuaca tidak bersahabat. Bagaimanapun, Times Square tetap ramai pengunjung. Turis belaka.

Selamat malam New Yorkers! Mungkin kah malam ini kita berkongsi mimpi yang sama?

Subway tips :
1. Nak datang sini boleh turun di 42 Streets Station.
2. Sentiasa ALERT subway sign : UPTOWN or DOWNTOWN
3. Kalau lebih 2 hari berbaloi beli Metro Card $35 free ride seminggu.

Seterusnya NY Day 2

Saturday, 8 September 2018

Blogging With Phone

Jayne East USA Trip 2018

Ya. Hari ini officially percutian ku bermula. Meskipun belum terbang hingga pagi Ahad nanti tapi aku sudah memulakan perjalananku dari KK-KL.

Yang aku sibuk bagi tahu ni apa ke hal? teda siapapun bertandang ke teratak aku ni... belum ada peminat. Faham2lah, aku bukan pandai sangat bercerita. Mengarut dan syok sendiri ja.

Tengok lah. Kalau tetiba aku "ter-rajin" nak menulis dan berkongsi cerita, aku akan memblog dengan phone aku. Tadi sudah ku download aplikasi blog touch pro (RM19.90). Yang version percuma macam gampang. enuf said.

Jayne East USA Trip 2018

Bye for now. Doakan agar semua berjalan lancar. Perjalanan ku selamat pergi dan balik. Heart uols.


πŸ’–JM

Friday, 7 September 2018

Persediaan Untuk Trip USA 2018

Hi geng travellers. Pernah tak uols rasa excited cam aku ni bila date untuk flying to your next getaway semakin hampir? 10 hari terakhir adalah saat mendebarkan πŸ˜πŸ˜πŸ‘ rasa tak sabar tu membusk-buak. Hari ini hari terakhir aku get ready semuanya. Esok petang 8.9.18 (Sabtu) aku akan fly ke KL. 

Yahooooo πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Perkara penting perlu diperhatikan:

PASSPORT 

Pastikan passport anda valid at least 7 bulan ya. Aku pernah gagal terbang kerana validity passport ku kurang beberapa hari jerrr 😭😭😭 sungguh menyedihkan nasib lagi cuma ke Bali kalau ke London ka? Tak ka mampus!

Jayne East USA Trip 2018

Lagi bagus kalau organise semua benda2 penting dalam satu beg/wallet khas supaya tidak tercari-cari merata tempat. Notice passport ku 2? Yang satu tu sudah expired tapi VISA US aku ada kat situ so kena bawa bersama juga dengan passport baru ni.

Kemudian dalam 2 hari terakhir ini - lebih selesa kalau wang jajan 😝 sudah dibeli. Alahai sengsara jiwaku. Tukaran USD ke MYR amat menyedihkan $1 -  MYR4.13. Nangis seribu sesalan tapi tak dapat nak ngadu pada siapa2. Nanti kena tempelak sebiji. 

“ Siapa suruh ko pigi US? "
“Melancong di Langkawi kan lebih murah?”
“ Padan muka ko penjalan betul!”

Sob Sob Sob langsung takde rasa simpati.

Bah! Biarlah bah duitku juga. Macam mana juga kalau dalam darahku ini mengalir setitis dua darah Marco Polo, Aphra Behn (kamurang tau ka siapa dia ni 😝), James Cook, XuanZang, Richard Burton,  Ibn Batttuta, Christopher Columbus, Charles Darwin, Fridtjor Nansen, Yuri Gagarin, Micheal Palin and banyak lagi my fellow wanderlust punya darah. Nah kau banyak tu macam satu baldi sudah.

Oklah. Nak meratap pun bukan ada yang nak hulur seratus dua dollar πŸ’΅. Duit boleh dicari namun pengalaman dan kepuasan hati melihat negara luar hanya aku dan kaki travel saja yang mengerti.

Done ✅ part passport dan tukar RM ke USD.

ITINERARY 

Disarankan supaya anda buat itineraries sebagai panduan supaya lebih mudah perjalanan anda nanti. Saya buat day by day punya itinerary lengkap dengan tempat tujuan dan how to supaya navigasi tidak terganggu buang masa aku ja.

Jayne East USA Trip 2018

Itinerary  lengkap aku compiled dan buku kan. Barulah ada ciri traveller yang cemerlang dan terbilang kikiki ❤️. 

Jayne East USA Trip 2018

Hari pertama  landed di destinasi adalah sangat penting untuk diberi perhatian. Ini kerana anda belum tau navigasi untuk Airport- Hotel. Saya selalu ambil jalan selamat- guna shuttle service jer. Sudahlah sampai malam, nak heret bag lagi naik Subway tukar2 stesen; lama2 sampai ke pagi masih tercari-cari hotel. Biar bayar extra asal selamat tiba pada waktunya.

Jayne East USA Trip 2018

Catatkan semua point of interest yang uols nak redah tu. Ingat! Knowledge and know how empowered you. 

Jayne East USA Trip 2018

Jayne East USA Trip 2018

Jayne East USA Trip 2018

Check juga google map bagaimana nak ke satu tempat itu. Print supaya senang rujuk. Mana tau tetiba tiada line internet. Sesal dulu kemalasan, sesal kemudian lugai2 di tengah jalan hahahaha ( aku ubah suai peribahasa tu ).

CHECK WEATHER 

Sangat penting juga untuk check keadaan cuaca di negara yang nak dituju especially negara 4 musim. Untuk memudahkan nak bawa pakaian apa. Untuk trip aku kali ini US dah masuk musim Fall/Autumn so baju tu kira yang santai2 saja. Suhu dalam 19 - 27 darjah celcius. Panas lagi so bawa baju cam pakaian di Malaysia. 

Jayne East USA Trip 2018

Lol... sampai cari2 online “ How To Dress In Fall” kikiki. 

FOOD πŸ₯˜ 

Sesiapa yang susah sangat nak berpisah dengan makanan tempatan jangan lupa buat list food yang korang bawa. Declare jerr. Karang kalau x declare dan diperiksa nanti sia-sia kena buang. 

ATM

Lebih baik tukar mata wang secukupnya kerana di US  ni kebanyakan ATMs nya charged untuk pengeluaran ya. Klu di Malaysia charged RM1 jerr di sana aku tak tau lagi (tak mau pun).

Hmmm... apa lagi ya? 

Ikut keperluan memasing. 

Ubat2an, kamera, power bank etc.

Okbai. Aku nak ke saloon. Ada keperluan untuk “menjelitakan diri” hahahaha πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ‘Œ

❤️ JM

Monday, 3 September 2018

Overland Europe Trip 2018 : To Bruges With Love Part 2


Jayne Saidin
Bruges Belgium

6 Jan 2018

Previous Post Bruges Part 1

Overland Europe Trip 2018 : To Bruges With Love Part 2
Gambar Kenangan 2015: Kali Pertama Ke Bruges
Overland Europe Trip 2018 : To Bruges With Love Part 2
January 6, 2018
Bruges tetap sama.

Jika anda inginkan tempat yang romantis untuk berbulan madu, Bruges adalah salah satu tempat yang aku nak cadangkan. Atau sekadar untuk merehatkan minda, tenangkan hati dan fikiran? Bruge menjanjikan penawarnya. Sebuah kota kecil hanya sejam lebih driving dari Brussels namun masih mengekalkan nuansa medieval ages nya.  Anda pasti terasa seperti berada di dunia dahulu kala ~ a fairy tale town yang pastinya akan membuatkan hati anda berbunga-bunga.

Bruges ini umpama A Nostalgic Town At Heart. Meskipun ianya sebenarnya sebuah bandar tapi berada di sana terasa suasana kedesaan.

Banyak spot yang anda boleh nikmati di kota kecil ini, namun jika masa anda singkat, beberapa POI yang ada di sekitar Burg juga sudah memadai.

Tempat favorite saya adalah ROSE HAT QUAY ataupun dikenali juga Rozenhoedkaai. 

Overland Europe Trip 2018 : To Bruges With Love Part 2

The most photograph corner in the entire city. Pemandangan di sini memang cantik dan biasanya menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar/berselfie.


Overland Europe Trip 2018 : To Bruges With Love Part 2
Courtesy From : Rozenhoedenkaai | © Jan D'Hondt / courtesy of Toerisme Brugge

Jika anda seorang yang romantic, jangan lupa ke Mennewater (Lake Of Love). Legend has it that if you walk across with your partner, the two of you will know eternal love. Di sinilah kononnya terabadinya kisah cinta seorang gadis bernama Mena dan kekasihnya Stromberg. Namun percintaan mereka berakhir tragis dengan kematian Mena.Stromberg telah mengubur (buried) kekasih hatinya itu di dasar tasik tersebut. And now some people believe that if a couple kisses on the bridge, they will get everlasting love....

Oh.... anyone????? muah muah..

Overland Europe Trip 2018 : To Bruges With Love Part 2

Lover lake itu ada di belakangku

Just strolling around pun dah cukup menggembirakan. But for lover or newly weds tentulah cerita2 romantisme begini lebih mengujakan.

Lepas tu, siapa yang suka swan... banyak swan bercinta dan gelandangan di sini. Memang romantik sungguh suasananya. Cukup prop untuk menimbulkan efek itu.



Sebenarnya tak banyak yang dapat ku ceritakan di sini. Kerana keindahan itu hanya bisa di rasa dengan hati. Saat aku melihat matahari membenamkan dirinya di ufuk timur, aku tidak mahu lagi berbicara. Kata-kata tak bermakna. Lebih baik menghayati.

Itinerary ku di sini hanya jalan, jalan, jalan dan jalan semampu yang mungkin. Kemudian balik hotel dan tidur.

Namun biarlah gambar2 berbicara.


Overland Europe Trip 2018 : To Bruges With Love Part 2

Kenangan Bersama Group -Oct 2015




Enjoy The View



Bye. Ngantuk. Entry esok ke Namur Belgium.


πŸ’–JM

Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges Part 1

Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges

Jayne Saidin
From Brussels To Bruges

6-7 January 2018.

Day 6-7.

Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges

1 h 6 min (95.2 km)

via E40

Fastest route, the usual traffic


Jika jalan tak henti2, perjalanan dari Brussels Central ke Bruges mengambil masa 1 jam 6 minit (lebih kurang) dengan jarak 95.2km. Driving di negara Belgium ini tidaklah susah, signage banyak apa lagi kalau ada GPS untuk memudahkan navigasi anda.


Checkout awal dari Hotel Ibis Gare de Midi kerana sebelum meneruskan perjalanan seterusnya ke Bruges, aku nak ke European Parliament di Place de Luxembourg just to get a glimpse. Kan Brussels ni di-consider as defacto  European Capital.

Breakfast dulu. Stesen Garu de Midi ni besar ya. Kedai pun banyak. Aku makan di Food Court ngam2 ada jual Asian Food. Apa lagi... 

Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges

Walaupun tak sesedap mee goreng di tanah tumpahnya darahku, namun sangat gembira menikmati Shanghai Hot Noodles ni.

Naik Subway ke Esplanade Of EU. Turun di stesen Trone. Sampai. Sunyi jerr. Weekend semua tutup.

Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges

Kalau dah samapi sini, tengok signboard saja. Takkan sesat punya. Dalam 20 minit juga menapak tapi tak terasa juga kerana cuaca sejuk disulami dengan adegan SELFIES memanjang.

Keluar dari stesem TRONE, maju ke depan sikit dan belok kiri. Terus jalan terus hingga samapai tujuan.

Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges
Kalau nampak Station  Europe ni dah sampailah tu

Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges

Senangnya dalam hati.... jika....

“We are shaped by our thoughts; we become what we think. When the mind is pure, joy follows like a shadow that never leaves.”



Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Lepas ronda2 di sekitarnya balik ke Garu de Midi untuk ambil kereta. 

Kalau dari Brussels ke Bruges, jangan lupa singgah di Ghent. Tempat ini cantik dengan bangunan-bangunan lama.

Quick facts

Ghent is a port city in northwest Belgium, at the confluence of the Leie and Scheldt rivers. During the Middle Ages it was a prominent city-state. Today it’s a university town and cultural hub. Its pedestrianized center is known for medieval architecture such as 12th-century Gravensteen castle and the Graslei, a row of guildhalls beside the Leie river harbor.
Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Aku bernasib baik kerana kebetulan lalu di bandar Ghent pada hari Sabtu dan masih lagi dalam mood tahun baru. Ada funfair. Sempat lagi aku naik rollercoaster untuk melihat pemandangan Skyscraper kota Ghent yang cantik itu.


Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Lepas santai2 di Ghent, aku meneruskan perjalananku. Sebenarnya aku pernah ke Bruges tapi ikut travel agent. Singgah beberapa jam saja di sana sebagi side route dari Brussels ke Paris. Bruges ni Belgium Old Town rasanya tak cukup untuk dinikmati hanya beberapa jam. So dalam trip kali ini, aku masukkan ia sebagi one night stand.. opps destination ku dalam Road Trip Belgium ni.

Sampai di Bruges sekitar jam 5PM. Lepas check in terus jalan2.

Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Suka menginap di Chain hotel IBIS. Konsep minimalis tapi selesa dan bersih. Harga agak murah dibandingkan dengan hotel lain.

Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges

Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges


Overland Europe Trip 2018 :Brussels To Bruges
Even death is not to be feared by one who has lived wisely.


I'm really happy to be here again.

Entry ni sangat panjang dan banyak gambar so ada dua part.

Nanti skodeng Part 2 ya.