Tuesday, 11 September 2018

USA Road Trip Day 2 - Manhattan

Day 2 10th September 2018 ( Monday) 

I wake up in NY CITY this morning. In a city that cites as a city that never sleep.. 

Badan masih terasa penat selepas lebih 20 jam dalam penerbangan. Namun kerana teruja (lama aku tak jenjalan), semua keletihan itu tidak terasa.

Semangat!

Sanctuary Hotel menyediakan free breakfast walaupun hanya basic sahaja. Kopi, orange jus bread dan scrambled eggs. Agak pelik dan sukar untuk melintasi leher ku. Telurnya langsi.

Namun begitu, kopinya lumayan bagus.

Hari ini aku harus checkout. Pindah ke Edison Hotel Times Square, beberapa block saja dari Sanctuary Hotel. Usai breakfast, naik lagi ke kamar untuk membereskan urusan perut yang selalu saja mahu ke toilet setiap kali selepas menyantap!

Masa checkout 11am. Tapi syukurlah boleh tinggalkan beg sementara menunggu check-in ke hotel seterusnya pada jam 3PM.

Hari ini, mahu round2  kota Manhattan bermula dengan The Rock. Jalan kaki  saja. Aku tanya front office katanya dari hotel turn right....jalannnnnnnn saja sehingga nampak RADIO CITY kemudian turn left.

Setelah hujan semalaman, aku mengharapkan pagi yang cerah, namun harapan tinggal harapan. 10 minit meninggalkan hotel hujan mula turun. Mulanya rintik-rintik saja namun lama-kelamaan semakin lebat. Kata orang it never rains but pour!


Semangat ahkak pepagi ni playing tourist. Kata Travel Guru, blend with the crowds. Jangan nampakkan kitani macam turis untuk elakkan "tourist trap" - tapi tak dapatlah aku menipu dengan Muka Asian Mata Sepet aku ni. The best that I can do is acted  as if "Fucking Don't Care!!".. Hmmm... I hears a lot of the F words as if the F is a must in every sentences.

"I'm gonna find me a fucking job!"
"Fucking tired"
"This fucking rains..."
...and much more.

Dalam train juga kadang2 ada juga orang2 yang minta sedekah/donation sambil nyanyi, bergendang, sambil bercakap pada diri sendiri (and to the world?)... ntah apa yang mereka cakap yang jelas .. fuck!  fuck! fuck!

Tapi mereka tak memaksa atau kacau. Semua penumpang just ignored them.






Pasti mereka juga turis yang senasib dengan aku. Harapan menggunung untuk menikmati NY yang cerah rupanya hujan di pagi hari.

MENGHARAP BEGINI



TAPI JADI BEGINI HAHAHAHA


MACAM BARU BALIK DARI PASAR
Di depan The State University of NY ini adalah the Bryant Park. Kalau tak hujan, dalam 20 minit sampai jalan kaki dari Times Square.

MUSNAH HARAPAN NAK MEN-DIVA


Dari Sanctuary Hotel (47St) ke The Rock jalan kaki dalam 20 minit. Tak jauh sebenarnya. Cuma lambat kerana look see look see dan ambil gambar.

DAH SAMPAI KE ROCKEFELLER CENTER



Masuk ke dalam untuk beli tiket nak naik ke observatory floor tapi dinasihatkan datang lain kali bila cuaca lebih baik. Rugi ja katnya. Harganya $37-39 gitu. Bagi Ringgit mahal juga tu.

Kecewa. Jom dengar  lagu selingan ni.



Tidak dapat buat apa2. Di luar juga hujan semakin lebat!



 Bukan aku tak suka hujan tapi bukan time aku jalan-jalan.


SINGGAH DI PRET








Sekitar jam 2PM balik lagi ke Sanctuary untuk ambil bag. Sementara menunggu hujan reda, duduk2 di lobby sambil kupi2 (percuma untuk guest).

Lepas itu heret bag untuk ke Hotel Edison (next to Scientology Church(?) -  Tom Cruise punya mahzab tu).






Hotel di area Manhattan memang mahal, ditambah lagi dengan taxes yang mencengkam jiwa.

After check-in, rest for awhile. Sejam dua juga terlelap. Bangun2 perut teriak-teriak lapar.  Hihihi. Dinner McD saja lah aku malam ini.

Lepas dinner, jenjalan lagi area Times Square. Dekat hotel ja. Tengok gambar ja ya... takde benda nak cerita. Kalau New Yorkers memang tak gemar datang sini. Kata mereka 't's a tourist trap. Kalau difikirkan macam betul juga. Takde benda sangat. Macam hebat lagi Night Light di Hangzhou hari tu hahaha.







Selesai cerita untuk hari ke-2.

Harap2 cuaca di NY baik nanti 3 hari terakhir aku di bumi America ini.

Esok aku naik train ke Philadelphia.

No comments:

Post a Comment