Wednesday, 8 July 2015

Iltizam ~ Zubir Osman

Note: Jika dulu mata pena itu setajam pisau, hari ini aku mahu ia selembut sutera, yang bisa membujuk hati mu agar membaca bait demi bait puisi ini dengan iltizam yang serupa dengan kesedaran sang penulisnya ~ Jayne Saidin.



KETIKA KAU RAGU
PANDANG MATAHARI SENJA
LIHAT DIA
BERANI JATUH
BERANI TURUN 
BERANI TENGGELAM
BERANI PUDAR SURAM
BUKAN HILANG SELAMANYA
TAPI DIA BERI PELUANG
AGAR MALAM MERANGKAK
AGAR KEGELAPAN MENYERUAK
DAN TIAP HATI KITA JADI KUKUH
PENUH HARAPAN MENANTI
CAHAYA BAHARU.

JIKA KAU RAGU
BUNUH TAKUTMU
LEMPARKAN KE MENTARI MERAH
BUNGKAM DALAM PETALA KETUJUH
AGAR KAU TAHU
KEBERANIAN SEPERTI TANTANGAN
TIDAK SURUT SUSUT BERTELUT
WALAU DILETAKKAN BULAN DI TANGAN KANAN
DAN MATAHARI DI TANGAN KIRI
UNTUK MATI SECARA NISTA
ALANG-ALANG BERKALANG BANGKAI.

ILTIZAM
ADALAH MATAHARI MEMBARA
DI DADA SANG PEMULA.



Tun Dr. Mahathir Mohammad

 SAYA GENG TUN!

Selamat berpuasa hari ke-20

KKS Malaysia.

No comments:

Post a Comment