Jayne Saidin
Rotterdam Netherlands
03.01.18
Ah... inilah padahnya kalau ambil masa setahun nak update cerita. Serba lupa2 ingat.
Diringkaskan cerita, setelah putar2, bingung2 sikit dan takut salah lane; akhirnya berjaya sampai ke hotel Novotel Rotterdam dengan cemerlang hehehehe.
Sebelum tu, mari belajar sejarah jap. Rotterdam ni adalah port yang terbesar di Eropah dan negeri kedua terbesar di Netherlands. Yang selanjutnya baca sendiri di sini jangan malas2. Aku malas menulis panjang2.
Sebelum tu, mari belajar sejarah jap. Rotterdam ni adalah port yang terbesar di Eropah dan negeri kedua terbesar di Netherlands. Yang selanjutnya baca sendiri di sini jangan malas2. Aku malas menulis panjang2.
“Focus on your strengths, not your weaknesses. Focus on your character, not your reputation. Focus on your blessings, not your misfortunes.” – Roy T. Bennett
Hari ini aku akan explore Rotterdam Point Of Interest seperti yang digembar-gemburkan d Lonely Planet, Tripadvisor dan yang sewaktu dengannya. Kelmarin aku sudah ronda Markthal Rotterdam, yang mana rekabentuknya sangat menarik. Itu sajalah. Dia menang kerana keunikan architecturenya. Sementara kedai-kedai di dalamnya adalah biasa, nothing so special.
Address:
Ds. Jan Scharpstraat 2983011GZ Rotterdam
Bukti aku di sini. Gambar di atas tu aku curi kat alam maya hihihi
Lepas tu drive ke Rotterdam Harbour pula.
KE MANA ABANG MENGHILANG SELAMA INI? |
Alamak! Jumpa boifren lama wahahahaha
PANDANGLAH AKU...ABANG!!!! HAHAHAHA
Kecewa cintaku ditolak. Malu I
Memang cantik view di harbour ni. Modern building berbanding dengan kota Amsterdam. Sememangnya pun kerana Rotterdam adalah bandar perindustrian di Netherlands ini.
Nun jauh di sana tu Restaurant Indonesia. Ya halal restaurant dekat Rotterdam Harbour. Tapi aku tiada try makanannya. Aku kan jenjalan tengok tempat ja bukan "Foodie Traveller".
Ternampak sikit Erasmus Bridge yang pemes tu. Tak sempat aku nak jenjalan di sana kerana hujan dah rintik-rintik. Aku tak bawa payung.
Jom bersiaran dengan aku exclusive dari Rotterdam Harbour. Abaikan segala yang tak senonoh dan low kualiti video-selfie aku ni ya. Just a glimpse of the harbour.
Tetiba perut menyanyi. Nak mamam nak mamam.... balik semula ke Markthall. Bersebelahan dengannya ada Restaurant Italy. Aku ngidam makan pasta.
Memang sedap air tangan si Italiano
Lepas makan terasa nak pupu hihi. Cari toilet... ke Markthal lah tapi kena bayar euro 1 per entry!
Nasib baik ada ensemboi temankan I kat tandas tu....kakakakaka dalam ni pun sempat selfie.
The Cube Houses were designed asymmetrically to resemble an abstract forest, each triangular roof representing a treetop. The residences were constructed on concrete pillars with wooden framing. Standing at three-floors tall, their ground floor is the entrance, the first floor contains an open kitchen and living room, the second floor houses a bathroom and two bedrooms, and in some cases the top floor is used as small rooftop gardens. Once you step inside, the first thing to get used to is that all the walls are slanted. And as you enter the top half of the structure, your initial inclination may well be to mind your head.
Kalau uols nak merasa tinggal dalam cube house ni boleh juga.
KE MANA-MANA MESTI BAWA SWISDERM |
Scenery dari bangunan The Kubus
Aku ke Kinderdijk juga untuk melihat Windmills yang dikatakan tertua di Belanda. Di bina sekitar tahun 1740 untuk mengaatasi masalah banjir. Ada 19 buah windmills dan pada tahun 1997, The Windmills of Kinderdijk ini di iktiraf sebagai Unesco World Heritage.
Memang tempat ini menarik dan berbaloi dilawati jika anda berada di Rotterdam. Driving boleh sampai dalam 30 minit. Kalau nak berbasikal pun boleh (40-50km) atau naik WaterBus Rotterdam.
Route - Google Map ja |
Ladies and gentlemen...be prepare to be blown away by the wind
Kanak-Kanak Riang |
Kalau ada masa dan berminat melihat sejarah awal Kinderdijk Windmills ni bolehlah masuk ke rumah kecil ni. Museum tau hihi dan berbayar few euro. Aku tak masuk. Aku pigi minum kopi panas. Sejuk gila beb.
TBC
No comments:
Post a Comment