Saturday, 1 September 2018

Overland Europe Trip 2018 : KK - KL - Dubai - Amsterdam


Jayne Saidin
KL-Amsterdam
31st Dec 17 - 01.01.18

Salam kasih buat semua.
Actions speak louder than words. Much louder. Be the person that inspires and enlightens others.
Tetibe aku ter-inspire dengan kata-kata ini. Mungkin benar, kita perlukan vibes positif di sekeliling kita untuk  menggerakkan kita melakukan sesuatu yang positif juga. 

Salah satunya adalah janji. Bukan saja janji pada orang malahan janji pada diri kita sendiripun sering kita abaikan.

Selalu aku janji2 akan updates blog ini, updates cerita2 kembara ala kadar ku - namun impian itu cuma jadi kenyataan sekali dan sekala. Lepas tu seribu sesalan (Ning Baizura) kerana banyak perkara-perkara menarik yang ingin ku ceritakan terlupa. Semakin meningkat usia semakin pendek span ingatanku.

Plan dah lama dah.

Back dated to 31st Dec 2017.

Hari ini aku terbang ke KLIA dari BKI untuk mengejar flight seterusnya ke Amsterdam. Dengan menaiki pesawat Malindo Air aku landed di KLIA jam 7:35PM. Seterusnya menaiki Emirates Airlines via Dubai sebelum melanjutkan leg seterusnya ke Amsterdam.

Aku menyambut Tahun Baru 2018 di atas udara bersama ratusan penumpang pada malam itu. Worth mentioning : staff2 Emirates ini ramah2 belaka boleh gelak2 dengan kitorang.

Jayne Overland Europe Trip 2018
Menunggu Boarding memang perkara paling boring
Jayne Overland Europe Trip 2018

 Friendly Emirates Staffs


Jayne Overland Europe Trip 2018

Easy Going and Friendly Emirates Staffs

Jayne Overland Europe Trip 2018
Yay...

Jayne Overland Europe Trip 2018
My first time naik Emirates

Jayne Overland Europe Trip 2018


Cubaan untuk tidur gagal. Aku memang paling sedih malas tak suka  rimas kalau terpaksa transit. Semacam gangguan fizikal dan mental. Apakan daya, nak kejar tiket murah. Hi Hi Hi. Tau takpe.

Perjalanan ku kali ini bukan ke negara yang belum pernah ku jejaki. Amsterdam, Belgium dan Germany telah beberapa kali kaki ku menginjak tanahnya, namun yang dulu2 itu mostly macam touch n go. Sekadar transit dan di situ-situ juga. Kali ini, aku akan menjelejahi bandar-bandar di setiap negara itu, bukan sekadar di ibu kotanya sahaja.

Dan kalau dulu2 setiap kali aku kembara bila balik bag pasti beranak namun semenjak dua manjak ni perkara itu tidak berlaku. Malahan semasa kembara ku ke Norway ~ aku langsung takde masuk mall2 di sana.

Yang penting sekarang melihat tempat bukan shopping.... sob sob sob sedihkan...

Landed di Dubai. Terbang lagi ke Amsterdam. Sampai di Schipol Airport sekitar jam 12:45PM. Ada teman tolong jemput dan menghantar ke hotel tempatku menginap semalaman sebelum meneruskan perjalananku ke Rotterdam.





Setelah check-in dan mandi, aku keluar untuk ke city center menaiki tram. Mahu ke HRC. Mahu ke Damrak Square. Mahu makan dan mahu melihat kilauan lampu-lampu neon di sepanjang canal. People watching dan mahu merakamkan gambar2 menarik untuk dijadikan bahan blogging.


Jayne Overland Europe Trip 2018

Lodewijk van Deysselstraat tram stop is 160 m from XO Hotels Blue Square 


Mengimbas kembali kenangan pertama kali aku jejak kaki di Belanda pada tahun 2010


Suasana malam di kota Amsterdam

Jayne Overland Europe Trip 2018

Walaupun sebenarnya masih penat setelah lebih 19 jam hidup antara terminal, kaki ku masih gagah melangkah. Mahu cari makan.

Jayne Overland Europe Trip 2018

Sesekali bila ada spot menarik aku rela berhenti untuk berfoto

Jayne Overland Europe Trip 2018




Jayne Overland Europe Trip 2018


Jayne Overland Europe Trip 2018

Akhirnya sampai di HRC Amsterdam tapi Full House. Terpaksa tunggu 45 minit lagi

Jayne Overland Europe Trip 2018

Beli baju dulu lah....

Jayne Overland Europe Trip 2018

Finally!.. Ada nampak aku gembira???

Jayne Overland Europe Trip 2018
This . boots made for walking!



Selepas makan, terus menapak ke Damrak Square. Agak jauh juga dalam 20-30 minit jalan kaki.  Sampai di sana, terdetik dalam hati "macam tak happening lah... dulu lagi best".

Hujan lah pula. So naik tram untuk balik ke hotel penginapan ku XO Hotel Blue Squares. Review hotel ni nanti aku buat berasingan. Malas mikir.

Jom tidur.

No comments:

Post a Comment