Monday, 3 September 2018

Overland Europe Trip 2018 :Rotterdam To Brussels

Overland Europe Trip 2018 :Rotterdam To Brussels

Jayne Saidin
Rotterdam - Brussels.
04.01.18

Day 4 - Cross-Country.

Post sebelumnya Rotterdam

Overland Europe Trip 2018 :Rotterdam To Brussels

Hari ini aku akan memandu sejauh 149km untuk rentas sempadan bumi Belanda dan Belgium. Kalau ikut anggaran google map perjalanan akan ambil masa 1 jam 49 minit (fastest route) bergantung keadaan trafic. Bagaimanapun masa itu pasti lebih lama kerana aku akan berhenti beberapa tempat untuk melihat2 tempat sepanjang perjalanan.


TBC.... nak cari buku catatan dulu ya.

Saturday, 1 September 2018

Overland Europe Trip 2018 :Rotterdam

Jayne Overland Europe Trip 2018

Jayne Saidin
Rotterdam Netherlands
03.01.18

Ah... inilah padahnya kalau ambil masa setahun nak update cerita. Serba lupa2 ingat.

Diringkaskan cerita, setelah putar2, bingung2 sikit dan takut salah lane; akhirnya berjaya sampai ke hotel Novotel Rotterdam dengan cemerlang hehehehe.

Sebelum tu, mari belajar sejarah jap. Rotterdam ni adalah  port yang terbesar di Eropah dan negeri kedua terbesar di Netherlands. Yang selanjutnya baca sendiri di sini jangan malas2. Aku malas menulis panjang2.

Jayne Overland Europe Trip 2018

“Focus on your strengths, not your weaknesses. Focus on your character, not your reputation. Focus on your blessings, not your misfortunes.” – Roy T. Bennett 


Hari ini aku akan explore Rotterdam Point Of Interest seperti yang digembar-gemburkan d Lonely Planet, Tripadvisor dan yang sewaktu dengannya. Kelmarin aku sudah ronda Markthal Rotterdam, yang mana rekabentuknya sangat menarik. Itu sajalah. Dia menang kerana keunikan  architecturenya. Sementara kedai-kedai di dalamnya adalah biasa, nothing so special.


Address: 
Ds. Jan Scharpstraat 298
3011GZ Rotterdam
Jayne Overland Europe Trip 2018

Jayne Overland Europe Trip 2018

Jayne Overland Europe Trip 2018

Bukti aku di sini. Gambar di atas tu aku curi kat alam maya hihihi


Jayne Overland Europe Trip 2018


Lepas tu drive ke Rotterdam Harbour pula.

Jayne Overland Europe Trip 2018
KE MANA ABANG MENGHILANG SELAMA INI?

Alamak! Jumpa boifren lama wahahahaha


Jayne Overland Europe Trip 2018

PANDANGLAH AKU...ABANG!!!! HAHAHAHA

Jayne Overland Europe Trip 2018

Jayne Overland Europe Trip 2018

Kecewa cintaku ditolak. Malu I

Jayne Overland Europe Trip 2018

Memang cantik view di harbour ni. Modern building berbanding dengan kota Amsterdam. Sememangnya pun kerana Rotterdam adalah bandar perindustrian di Netherlands ini.

Jayne Overland Europe Trip 2018

Nun jauh di sana tu Restaurant Indonesia. Ya halal restaurant dekat Rotterdam Harbour. Tapi aku tiada try makanannya. Aku kan jenjalan tengok tempat ja bukan "Foodie Traveller".


Jayne Overland Europe Trip 2018

Ternampak sikit Erasmus Bridge yang pemes tu. Tak sempat aku nak jenjalan di sana kerana hujan dah rintik-rintik. Aku tak bawa payung.

Jom bersiaran dengan aku exclusive dari Rotterdam Harbour. Abaikan segala yang tak senonoh dan low kualiti video-selfie aku ni ya. Just a glimpse of the harbour.


Tetiba perut menyanyi. Nak mamam nak mamam.... balik semula ke Markthall. Bersebelahan dengannya ada Restaurant Italy. Aku ngidam makan pasta.


Jayne Overland Europe Trip 2018


Jayne Overland Europe Trip 2018

Memang sedap air tangan si Italiano

Lepas makan terasa nak pupu hihi. Cari toilet... ke Markthal lah tapi kena bayar euro 1 per entry!

Jayne Overland Europe Trip 2018

Nasib baik ada ensemboi temankan I kat tandas tu....kakakakaka dalam ni pun sempat selfie.

Lepas tu pergi ke Kubus Building. Depan Markthall jerr.

Address: 
Overblaak 70
3011MH Rotterdam
Jayne Overland Europe Trip 2018


Jayne Overland Europe Trip 2018

Jayne Overland Europe Trip 2018
Jayne Overland Europe Trip 2018

Jayne Overland Europe Trip 2018

The Cube Houses were designed asymmetrically to resemble an abstract forest, each triangular roof representing a treetop. The residences were constructed on concrete pillars with wooden framing. Standing at three-floors tall, their ground floor is the entrance, the first floor contains an open kitchen and living room, the second floor houses a bathroom and two bedrooms, and in some cases the top floor is used as small rooftop gardens. Once you step inside, the first thing to get used to is that all the walls are slanted. And as you enter the top half of the structure, your initial inclination may well be to mind your head.

Kalau uols nak merasa tinggal dalam cube house ni boleh juga.

Jayne Overland Europe Trip 2018
KE MANA-MANA MESTI BAWA SWISDERM
Jayne Overland Europe Trip 2018

Scenery dari bangunan The Kubus

Aku ke Kinderdijk juga untuk melihat Windmills yang dikatakan tertua di Belanda. Di bina sekitar tahun 1740 untuk mengaatasi masalah banjir. Ada 19 buah windmills dan pada tahun 1997, The Windmills of Kinderdijk ini di iktiraf sebagai Unesco World Heritage.

Memang tempat ini menarik dan berbaloi dilawati jika anda berada di Rotterdam. Driving boleh sampai dalam 30 minit. Kalau nak berbasikal pun boleh (40-50km) atau naik WaterBus Rotterdam.

Jayne Overland Europe Trip 2018
Route - Google Map ja
Ladies and gentlemen...be prepare to be blown away by the wind



Jayne Overland Europe Trip 2018
Kanak-Kanak Riang
Jayne Overland Europe Trip 2018


Jayne Overland Europe Trip 2018

Kalau ada masa dan berminat melihat sejarah awal Kinderdijk Windmills ni bolehlah masuk ke rumah kecil ni. Museum tau hihi dan berbayar few euro. Aku tak masuk. Aku pigi minum kopi panas. Sejuk gila beb.



Jayne Overland Europe Trip 2018


TBC

Overland Europe Trip 2018 : Amsterdam -> Leiden -> Delft -> Rotterdam

Jayne Overland Europe Trip 2018

Jayne Saidin
Rotterdam, Netherlands
02.01.18

Day 1 kat sini.

Mungkin kerana penat, senang saja aku tidur. Boleh dikatakan instant juga. Oya... mungkin juga aku "high" terhidu grass hahahaha. Time aku balik hotel semalam, ramai guests hotel duduk2 di luar hisap weed. Biasalah kan. Inikan Amsterdam?

Throwback Day 2.

“Wherever you go, no matter what the weather, always bring your own sunshine.” – Anthony J. D’Angelo
 No Anthony. Bring Umbrella :P :P

Rata-rata cuaca di negara Eropah di bulan January adalah wet season dan masih tersangat sejuk. Selalu hujan renyai-renyai terutama di Amsterdam. So it's advisable that always carried an umbrella (something foldable so you can put inside your bag). It's not fun walking through the rains.

Hari ini aku akan ke Rotterdam. Jarak dari hotel penginpan ku dan Rotterdam dalam 73.4KM Dijangkakan jika aku direct ke sana ambil masa 54 minit sahaja (tapi ikut keadaan traffic juga).

Route aku : Amsterdam --> singgah jap kat Leiden (breakfast) --> Delft . --> Rotterdam

Jayne Overland Europe Trip 2018

Navigation amat mudah. Dengar cakap Mr. GPS ja.

Aku nak singgah Leiden kerana masa aku ke Leiden dulu (2016) waktu malam. Host couchsurfing aku bawa ke Leiden Couchsurfing Meet Up. Leiden ini pun cantik. Ada canal, bangunan typical European style. Dikenali sebagai university town.. Di sini ramai students.

So jenjalan dulu. Masa aku sampai kedai masih tutup. Terawal sangat. Nasib ada cafe yang sudah buka.

Jayne Overland Europe Trip 2018



Nak cari parking sekitar bandar Leiden amat susah. So parking kat Mall. Lupa lah pula apa nama Mall tu.. nantilah kalau aku ingat aku update ya.
Leiden is a city in the Dutch province of South Holland. It’s known for its centuries-old architecture and for Leiden University, the country’s oldest, dating from 1575. The university houses the Hortus botanicus Leiden Botanical Garden, founded in 1590, where the tulip was introduced to Western Europe. The Museum de Lakenhal displays works by the Dutch Masters including Rembrandt, who was born in Leiden.
Biasanya, kalau musim tulip, bandar Leiden ini menjadi tumpuan kerana demografinya yang hampir dengan Keukenhof Garden.

Gambar2 sekitar Leiden. Tak cantik ambil dengan monopod.

P.S nanti di update ya cari gambar2 dulu. Puluh ribu gambar dalam gallery hihihihihi.


Overland Europe Trip 2018 : KK - KL - Dubai - Amsterdam


Jayne Saidin
KL-Amsterdam
31st Dec 17 - 01.01.18

Salam kasih buat semua.
Actions speak louder than words. Much louder. Be the person that inspires and enlightens others.
Tetibe aku ter-inspire dengan kata-kata ini. Mungkin benar, kita perlukan vibes positif di sekeliling kita untuk  menggerakkan kita melakukan sesuatu yang positif juga. 

Salah satunya adalah janji. Bukan saja janji pada orang malahan janji pada diri kita sendiripun sering kita abaikan.

Selalu aku janji2 akan updates blog ini, updates cerita2 kembara ala kadar ku - namun impian itu cuma jadi kenyataan sekali dan sekala. Lepas tu seribu sesalan (Ning Baizura) kerana banyak perkara-perkara menarik yang ingin ku ceritakan terlupa. Semakin meningkat usia semakin pendek span ingatanku.

Plan dah lama dah.

Back dated to 31st Dec 2017.

Hari ini aku terbang ke KLIA dari BKI untuk mengejar flight seterusnya ke Amsterdam. Dengan menaiki pesawat Malindo Air aku landed di KLIA jam 7:35PM. Seterusnya menaiki Emirates Airlines via Dubai sebelum melanjutkan leg seterusnya ke Amsterdam.

Aku menyambut Tahun Baru 2018 di atas udara bersama ratusan penumpang pada malam itu. Worth mentioning : staff2 Emirates ini ramah2 belaka boleh gelak2 dengan kitorang.

Jayne Overland Europe Trip 2018
Menunggu Boarding memang perkara paling boring
Jayne Overland Europe Trip 2018

 Friendly Emirates Staffs


Jayne Overland Europe Trip 2018

Easy Going and Friendly Emirates Staffs

Jayne Overland Europe Trip 2018
Yay...

Jayne Overland Europe Trip 2018
My first time naik Emirates

Jayne Overland Europe Trip 2018


Cubaan untuk tidur gagal. Aku memang paling sedih malas tak suka  rimas kalau terpaksa transit. Semacam gangguan fizikal dan mental. Apakan daya, nak kejar tiket murah. Hi Hi Hi. Tau takpe.

Perjalanan ku kali ini bukan ke negara yang belum pernah ku jejaki. Amsterdam, Belgium dan Germany telah beberapa kali kaki ku menginjak tanahnya, namun yang dulu2 itu mostly macam touch n go. Sekadar transit dan di situ-situ juga. Kali ini, aku akan menjelejahi bandar-bandar di setiap negara itu, bukan sekadar di ibu kotanya sahaja.

Dan kalau dulu2 setiap kali aku kembara bila balik bag pasti beranak namun semenjak dua manjak ni perkara itu tidak berlaku. Malahan semasa kembara ku ke Norway ~ aku langsung takde masuk mall2 di sana.

Yang penting sekarang melihat tempat bukan shopping.... sob sob sob sedihkan...

Landed di Dubai. Terbang lagi ke Amsterdam. Sampai di Schipol Airport sekitar jam 12:45PM. Ada teman tolong jemput dan menghantar ke hotel tempatku menginap semalaman sebelum meneruskan perjalananku ke Rotterdam.





Setelah check-in dan mandi, aku keluar untuk ke city center menaiki tram. Mahu ke HRC. Mahu ke Damrak Square. Mahu makan dan mahu melihat kilauan lampu-lampu neon di sepanjang canal. People watching dan mahu merakamkan gambar2 menarik untuk dijadikan bahan blogging.


Jayne Overland Europe Trip 2018

Lodewijk van Deysselstraat tram stop is 160 m from XO Hotels Blue Square 


Mengimbas kembali kenangan pertama kali aku jejak kaki di Belanda pada tahun 2010


Suasana malam di kota Amsterdam

Jayne Overland Europe Trip 2018

Walaupun sebenarnya masih penat setelah lebih 19 jam hidup antara terminal, kaki ku masih gagah melangkah. Mahu cari makan.

Jayne Overland Europe Trip 2018

Sesekali bila ada spot menarik aku rela berhenti untuk berfoto

Jayne Overland Europe Trip 2018




Jayne Overland Europe Trip 2018


Jayne Overland Europe Trip 2018

Akhirnya sampai di HRC Amsterdam tapi Full House. Terpaksa tunggu 45 minit lagi

Jayne Overland Europe Trip 2018

Beli baju dulu lah....

Jayne Overland Europe Trip 2018

Finally!.. Ada nampak aku gembira???

Jayne Overland Europe Trip 2018
This . boots made for walking!



Selepas makan, terus menapak ke Damrak Square. Agak jauh juga dalam 20-30 minit jalan kaki.  Sampai di sana, terdetik dalam hati "macam tak happening lah... dulu lagi best".

Hujan lah pula. So naik tram untuk balik ke hotel penginapan ku XO Hotel Blue Squares. Review hotel ni nanti aku buat berasingan. Malas mikir.

Jom tidur.