Kali pertama saya menjejakkan kaki ke bumi penuh fantasi ini pada 12hb April 2013. Kembara ala terjah sendiri. Saya memang kurang berminat mengambil pakej yang ditawarkan oleh agency pelancongan kerana beberapa sebab. Sebab utama adalah kongkongan masa dan itienary yang tidak fleksibal. Objektif utama perjalanan saya adalah untuk menikmatinya, bukan jadi stress dan terlalu penat. Untuk memudahkan perjalanan, saya telah melakukan beberapa "home-work" untuk mengenali negara ini lebih dekat lagi. Rujukan utama saya sudah pastilah feedback dan panduan dari rakan-rakan tak dikenali dari Forum Cari Malaysia, Turkey Travel Planner, Tripadvisor dan beberapa blog berkaitan Turkey yang saya google di internet. Pendek kata, sebelum menjejakkan kaki ke Turkey; 70% tentang negara ini telah saya pelajari. Sebelum berlepas, itineary perjalanan telah disiapkan. Dicetak elok-elok sebagai panduan.
Well.. inilah cara saya...it's only fair to say that everybody has a choice and I'm not in any way try to imposed my ways to anybody. Mungkin ada yang lebih suka travel dengan agency pelancongan kerana semuanya telah diatur dan tidak perlu peningkan kepala lagi. Siap dengan guide dan sebagainya.
Berbalik kepada kembara Turkey saya ini. Penerbangan MAS berlepas ke Istanbul pada jam 12:30am waktu Malaysia (12/4/2013) dan selamat mendarat di Istanbul Atartuk International Airport sekitar jam 6:30am waktu tempatan pada tarikh yang sama. Beza jam antara Malaysia Turkey adalah 5 jam. Selepas melepasi passport check (imigresen) dan custom (tiada pemeriksaan bagasi alhamdulillah) saya terus ke kaunter Money Exchange untuk menukarkan Euro 50 kepada TRY. TIPS : jangan tukar duit ke TRY terlalu banyak di airport. Better rate exchange beli di luar. Saya tukar di area Sultanahmet (di belakang Hagia Sophia ~ Yerebetan Road).
Masa untuk ke hotel di kawasan Sultanahmet atau dikenali sebagai Istanbul Old City. Biasanya perjalanan dari Atartuk Airport ke Sultanahmet mengambil masa lebihkurang 45 minit mengikut kadar lalu lintas pada masa itu. Ada beberapa cara untuk ke hotel anda. Teksi? Shuttle Bus? Bus? Tram? Saya ambil cara paling mudah iaitu servis airport transfer (Skyline Airport Transfer yang telah saya book dari internet lebih awal). Memanglah lebih mahal tapi jika anda rasa berbaloi, memang cara ini paling mudah dan pantas. Bayar Euro 20. Kenderaan jenis Toyota Alphard. Mewah lah juga rasanya. Info: Driver in silent mode kerana kurang faham dan fluent bahasa Inggeris.
Inilah kenderaan yang digunakan. Saya tinggal di Uyan Hotel |
Sampai di hotel sebelum jam 9am. Traffic tak sesak kerana masih awal. seperti biasa belum boleh check-in so tinggalkan beg di hotel dan terus keluar dengan misi melawat Blue Mosque, Hagia Sophia dan Grand Bazaar. Dari Hotel Uyan ke Blue Mosque tak seberapa jauh. 5-8 minit berjalan lenggang-lenggang kangkung dah sampai dah.
Pertama kali mata melihat Masjid Biru ni memang dah teruja sangat. Seni bina yang teramat mengkagumkan. Serba awesome. Ditambah dengan sejarahnya memang sangat berbaloi untuk dilawati.
Blue Mosque |
Also known as Sultanahmet Mosque. It was built by the architect Mimar Sedekar Mehmet Aga for Ahmet 1 between 1609-1616. It's six minarets are unique. Surrounded on three sides by courtyards with five portals, the portico is covered by 30 cupolas supported by 26 marble columns with stalactite capitals. ( I will write more about it in a different entry Inshaallah).
Entrance : FOC. Dress appropriately. Ladies must covered their head when entering. Shoes must be removed before entering. Those who want to contribute (sedekah) can do so at the exit point. Receipt given as proof.
Suasana di sekitar. Agak sepi. Anjing di mana-mana |
Berbaris untuk membeli tiket ke Hagia Sophia |
Kerana masa terlalu awal dan boleh dilawati bila-bila masa, saya skip dulu Blue Mosque dan cepat-cepat ke kaunter tiket untuk ke Hagia Sophia. Sampai sebelum kaunter dibuka jam 9am. Terus beratur. Tak lama kemudian deretan pelancong telah memenuhi ruangan membeli tiket. Entrance Fee TRY25 per pax.
Ke Grand Bazaar pula.
Dalam Blue Mosque |
TBC....
Bestkan Istanbul..? he..he.. i bet spring mesti lagi cantik dngn bunga berkembang mekar...:)
ReplyDeleteYa Far..cantik sangat2 tapi belum ada masa upload gambar..then I kembali lagi ke sana...hahahaha..
ReplyDelete