Sunday, 10 November 2013

Tribute To Rachel Corrie

Ntah kenapa pagi-pagi ni teringat dengan kisah keberanian dan kebesaran jiwa seorang gadis bernama Rachel, dari Olympia Amerika. Begitu kental jiwanya dalam menegakkan misi kemanusiaan tanpa sempadan bangsa warna kulit dan agama sehingga sanggup menggadaikan nyawa mempertahankan rumah keluarga Muslim Palestin daripada diruntuhkan oleh bulldozer Israel. 

Akhirnya, beliau tewas digalas bulldozer tersebut.

Pedih hati saya hingga ke ulu hati bila memikirkan gadis yang baru berusia 23 tahun ini. Bagaimana rasanya mati sepertinya? Tentu ramai yang bersedih tapi saya merasakan, dia tidak. Dia mati dalam memperjuangkan apa yang dia percaya.

Jika berminat, anda boleh baca nukilan saya tentang Rachel Corrie di sini.

P.S - Saya teringat Rachel kerana sedih melihat nasib anak-anak kecil di Syria yang menderita akibat perang sivil sesama sendiri. Jika dia masih hidup, rasanya dia akan ke sana untuk membantu anak-anak ini. 

Kita?

Mungkin tidaklah seberani dan semulia Rachel, tapi kita boleh membantu apa yang terdaya. Mercy Malaysia ada menganjurkan kempen derma seringgit sehari untuk membantu kanak-kanak Syria dan di mana juga yang perlu dibantu. Apa kata kita ringankan hati untuk menghulurkan derma. Semoga, dengan bantuan kita itu dapat meringankan sedikit penderitaan kanak-kanak ini,

Jika berminat, saya lampirkan link nya di sini   Mercy: Seringgit sehari

Jazakallah khair!

No comments:

Post a Comment