Tarikh berangkat pada
17/10/2013 menaiki KLM. Jam 11.20PM waktu tempatan. Bersama dengan
group Junior Engineer MRT Corporation yang dihantar ke Germany
(Nuremberg) selama 3 bulan untuk further training sebagai specialist
engineer electrical dan train tunnel. Maklumlah, MRT CORP ni kan
sekarang sedang buat tunnel kat Damansara. So, 7 orang rakan berpergian
saya sehingga Nurmberg adalah cewek2 dan cowok2 yang baru memulaikan
kerjaya dan masih bersemangat bekerja. Syabas! So here I am. With my 7
pretty and handsome kids.
Nanti
I upload gambar2 time mula2 berangkat dari KLIA dan AMS. Ada juga
gambar time punggah barang masuk tempat menginap selama 3 bulan di
Erlangen. Tapi masih dalam camera!
Ha..... hebatkan anak-anak I! hehehehe. Beruntung badan kalau camni.
Do take care gurlz...momma luv you all!
Fly
dari KLIA sekitar jam 11.20PM dan sampai di Amsterdam jam 6am keesokan
harinya (18/10/2013). Lebih kurang 10 jam dalam pesawat. Susah tidur.
Pusing kiri kanan. Memanglah kelas economy sempit. No leg rest. Tapi
makanan okay juga. No complain. Tapi best lagi Qatar Airways.
Transit
di Schipol Airport Amsterdam selama 2 jam. Kemudian meneruskan
penerbangan ke Nueremberg (lebih kurang 1 jam). Jam 9.45am, kami
mendarat di Nurmberg Airport dan disambut oleh wakil Syarikat Siemens
Industries tempat engineers ni belajar. Airport di Nurmberg ni kecil ja.
Cam LCCT di KL tu. Perjalanan dari airport ke Hotel Apartment tempat
tinggal budak2 ni ambil masa 45 minit. Di pekan Erlangen. Tempatnya
sunyi. Sesuailah untuk tempat belajar. Tapi cantik dan tenang sangat.
Ditambah dengan warna-warna daun di musim luruh...oh autumn color!
Amazing! Terutama kerana, inilah kali pertama saya bertemu musim
luruh.... dedaunan yang kekuningan... ah..bisa bikin hatipun
berbunga-bunga bahagia.
Sampai
di hotel, hanya satu bilik apartment yang ready. Satu bilik 2 room. So
punggahlah semua beg masuk ke dalam bilik tu kemudian kami jenjalan ke
pekan Erlangen. Katanya cari makan dan nak beli SimCard Germany. Seronok
juga. Ada Mango. Ada Zara (koleksinya banyak tak berjual di Zara KL dan
murah. Jaket yang kat KL harga RM399 -RM499 di sini Euro5o ja. Boleh
collect tax free lagi. Hmmmm... belum apa2 iman dah berguguran macam
daun luruh itu.
Oya...tadi
nak cerita makan kan? kalau nak makan breads banyak tapi perut lapar
nak cari something solid. Terjumpa kiosk Turkish. Makanan Turkey lah
kita bedal. Semua order Doner 3.5 euro satu tapi puas hati kerana
besar... kalau I tak habis pun makan. Mengenyangkan dan sedap! Nanti
nikmati gambar2 saya/kami di Erlangen ni ya. Untuk hari pertama ni I tak
banyak gambar kerana petangnya I terbang ke Munchen (Munich) memulakan
kembara solo pertama saya.
Begini kisahnya.
Date:
16/10/2013 Today I fly to KL. My holiday started. Well, sort of. Kali
ini saya akan concentre sekitar Central Europe. Misi melawat 5 negara.
Memang
excited gila. Dalam hati dah berazam untuk tak mahu beli apa-apa kali
ini. Purely sight-seeing. Membeli-belah itu membahayakan kesihatan dan
kualiti dompet anda. selain itu menyukarkan perjalanan.
|
17/10/13
(Khamis) ~ Sibuk temankan Iza tukar duit ke Euro. Alahai... nilai RM
sungguh tak memberangsangkan berbanding euro. Sungguh kasihan. Last
sekali naik teksi ke KLCC. Tukar duit. Lunch. Pi beli powerbank. Beli
light jaket dan warmers. Balik rumah Iza di Damansara Perdana untuk last
packing. Begitu begini, jam 4.20PM ke airport. Berbaris untuk check-in.
Ramai juga. Tiba giliran kami... alamak! rupanya kaunter tu hanya untuk
drop bag, kena check-in dulu di mesin self-checkin. Grrrrrrrrr.....
begitulah perasaan. Bukan kami ja yang berbaris tanpa self check in
dulu. Now...check-in, berbaris lagi, drop bags then cari tempat makan.
Oya, kalau kes transit macam kami, jangan lupa check-in terus juga untuk
next flight kita. Bags automatic check-through tak payah risau.
Dan, bergegaslah masuk kerana kadang-kadang barisan kat imigresen dan
passport control tu panjang. Pastu naik train untuk ke terminal 1.
Nak
jadi cerita, malam itu dalam train berlaku keributan sedikit. Saya
hampir jatuh dilanggar perempuan histeria. Polis pun ada 2-3 sambil
cakap awas! awas! Ingatkan ada terrorist kah apa kah. Ramai yang berlari
merempuh bila pintu train dibuka. Gila lah. Rupanya ada K-Pop Star!
Isk. Isk.Isk. Histerianya perempuan itu sampai langgar orang ja. Kalau I
lah kan.... ada Shah Rukh Khan ka, Raja Gopal ka, sapa kah I takkan
peduli punya. Bukan kita dapatpun.. Kannnn?
Views sekitar perjalanan kami dari Nurmberg Airport ke Erlangen
Internet connection so slow. Nampaknya takkan dapat upload gambar yang kiut2 hari ini. Nantilah I updates later k?
Ok.
As promised. Sambung upload gambar. Enjoy our simple journey through
life. Simpan kenangan dalam hidup, kerana takdir tidak terduga.
Kadang-kadang, apa yang kita lalui sepanjang titian kehidupan bakal kita
rindui. Pahit, masam, kelat, apatah lagi manis adalah rampahratus
kehidupan yang menambah perisa hidup kita. So enjoy life, isinya dengan
benda berfaedah sementara ada peluang.
And the most important is : The Bed
I love it. Simple, clean and softly comfy. The Kids will be staying here for almost 3 months. Lucky them!
I love it. Simple, clean and softly comfy. The Kids will be staying here for almost 3 months. Lucky them!
Enjoy Our Germany Gallery's.
Hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik negeri
sendiri. Pepatah lama yang mahu kita kekalkan rasa cinta kita kepada
negara. Of course. Tapi tiada salahnya kita panjangkan langkah untuk
melihat dunia di luar sempadan agar kita dapat melihat dunia ini dengan
pandangan berbeza. Yang baik buatkan teladan, yang tidak sesuai dengan
agama dan budaya kita, jadi-jadikanlah sempadan.
No comments:
Post a Comment