Tuan Yang Dipertua,
Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk "Suatu
Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan
untuk perkhidmatan bagi tahun 2015 dan bagi memperuntukkan wang itu
untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua.
MUKADIMAH
Tuan Yang Dipertua,
1. Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil
A'iamin, Wa bihi Nastai'n. Diiring pula selawat serta salam ke atas
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Marilah bersama berdoa, dan yang
beragama Islam, menadah kedua-dua tangan setingginya, pohon Iimpah
keberkatan juga inayah-Nya, bagi saya membentang sebuah dokumen penting,
yakni Bajet 2015 agar dapat didengar dan dihadami sebaiknya oleh Sidang
Dewan dan Rakyat Malaysia seluruhnya.
2. Sebelum meneruskan pembentangan, saya bagi mewakili pihak Kerajaan
mengucapkan takziah atas kembalinya ke-Rahmatullah Allahyarham Tun
Hajah Suhaila Binti Tan Sri Mohammad Noah yang merupakan isteri kepada
Perdana Menteri ketiga. Semoga rohnya diletakkan di kalangan para
solihin dan solihat.
3. Saya turut ingin mengambil kesempatan pada petang Jumaat penuh
barakah, penghulu segala hari, mengucapkan selamat kembali ke tanahair
kepada YAB Timbalan Perdana Menteri beserta para hujjaj lain, yang telah
selesai menunaikan fardhu haji. Moga-moga beruntunglah di atas kurniaan
Haji Akbar yang Mabrur. hendaknya.
Tuan Yang Dipertua,
4. Secara sedar ataupun tidak, sepanjang hampir 60 tahun merdeka,
kita telah merencana pelbagai rancangan jangka pendek, sederhana dan
panjang dalam usaha memakmurkan negara. Hakikatnya, pelaksanaan serta
pembangunan ekonomi telah melalui segala macam strategi yang disusun
kemas lagi sistematik. Jika tidak, mana mungkin Malaysia sampai pada
tahap yang ada pada hari ini.
5. Cumanya, ramai yang tidak begitu sedar bahawa proses ini bukanlah
satu kerja yang mudah, apatah lagi terjadi dengan semena-mena. Suka atau
tidak suka, dalam tempoh yang bukan sekejap, ia menagih ikhtiar-ikhtiar
yang cukup banyak, meliputi rencana-rencana yang menyeluruh, dengan
segala jerih payah, kepahitan, terutamanya apabila wajarnya diambil
ketetapan-ketetapan dan keputusan�keputusan yang tidak popular. Namun,
semuanya itu, perlu diperbuat dan diperlakukan oleh pihak Kerajaan yang
berlanggungjawab dan berakauntabiliti, demi mendahulukan kepentingan
rakyat sejak dulu, kini dan selamanya.
Tuan Yang Diperlua,
6. Dari perspektif ekonomi, ketika mana meraih kemerdekaan 57 tahun
lalu, kita telah membina negara ini berlandaskan pertanian. Kemudiannya,
kita menuju negara perindustrian moden. Selanjutnya, kita melalui fasa
negara berpendapatan sederhana tinggi. Sekarang ini pula, kita sedang
melangkah ke arah ekonomi berasaskan perkhidmatan dan pengetahuan.
7. Bila disimpulkan, objektif, prinsip dan teras kepada 3 Rangka
Rancangan Jangka Panjang, kesepuluh-sepuluh Rancangan Malaysia, Dasar
Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Negara dan sejak
2010 Dasar Transformasi Nasional, kesemuanya berkisar tentang
pembasmian kemiskinan, peningkatan pendapatan, penyusunan semula
masyarakat, sehingga tercapai matlamat sosio-ekonomi, mempelbagaikan
ekonomi berteraskan komoditi, pembangunan modal insan, meningkatkan daya
saing sektor awam dan swasta, rantaian nilai lebih tinggi, pembangunan
secara inklusif dan transformasi Kerajaan, ekonomi, sosial serla
politik.
8. Ternyata, bapa-bapa pimpinan terdahulu dengan bijaksana, telah
menjalankan kewajiban masing-masing membentuk Malaysia menurut acuan
tersendiri. Dimulai perjuangan oleh Tunku Abdul Rahman, diikuti oleh Tun
Abdul Razak yang telah melaksanakan pembangunan dan menyusun semula
struktur sosial masyarakat, Tun Hussein mengekalkan keamanan dan
perpaduan, Tun Mahathir memodenkan negara, manakala Tun Abdullah pula
menekankan aspek pembangunan modal insan.
Tuan Yang Dipertua,
9. Seterusnya, Kerajaan yang ada hari ini, terus komited memacu
pertumbuhan negara dengan tasawwur yang lebih luas bagi meletakkan
Malaysia di jajaran kukuh dari masa ke semasa.
10. Jelasnya, jika dicongak, pembentangan Bajet, petang ini, adalah
yang keen am sejak saya mengambil alih pentadbiran, dan juga adalah
bajet negara kali yang ke-56. Sesungguhnya jua, Bajet 2015 ini, menjadi
bingkisan pelengkap kepada 10 Rancangan Malaysia.
Strategi Pembangunan Nasional Malaysia atau Malaysian National Development Strategy
11. Selanjutnya, pada Mei 2015 nanti, bermulalah jendela Rancangan
Malaysia kesebelas. Serentak itu, satu pendekatan baharu sedang
digariskan yang dikenali sebagai Strategi Pembangunan Nasional Malaysia
atau Malaysian National Development Strategy atau MyNDS.
12. MyNDS akan menjadi antara formula kepada perancangan dan
penyediaan program serta projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. la
akan menggunakan sumber yang terhad secara optimum, yakni menumpukan
kepada projek dan program berimpak tinggi, kos yang rendah serta
pelaksanaan secara cekap dan pantas. Ertinya, Bajet 2016 kelak, akan
menjadi pemula kepada pelonjak akhir memacu separuh dekad Malaysia dalam
menuju status, dengan izin -High Income Advanced Economy menjelang
2020.
13. Merujuk kepada perjalanan negara-negara yang lain seperti Korea,
Jerman, Jepun, Taiwan mahupun China, di mana kebanyakannya bermula
dengan asas pertanian sebagai ekonomi mereka dan kini beralih kepada
asas ekonomi yang mengutamakan pengetahuan, kemahiran, inovasi dan
kepakaran yang tinggi.
14. Jika dapat diterangkan dengan bahasa yang mudah, perancangan dan
instrumen ekonomi kepada sesebuah negara perlu disesuaikan mengikut
musim dan peredaran masa serta tuntutan domestik dan global. Justeru,
untuk terus kekal relevan Malaysia sewajibnya bergerak dengan ekonomi
berasaskan pengetahuan, kemahiran tinggi, kepakaran, kreativiti dan
inovasi.
Tuan Yang Dipertua,
15. Sememangnya, dari sudut ekonomi, sesebuah negara yang pesat
membangun, tidak boleh lari daripada menjana kekayaan menerusi aktiviti
capital economy. Namun demikian, dari sudut kesejahteraan rakyat, kita
mendengar keluh kesah, sungutan dan rungutan orang ramai. Mereka
bertanya melalui komen-komen blog, surat-surat yang diterima, mesyuarat,
temubual, sesi dialog dan wacana semasa akan persoalan bahawa angka
berjuta-juta, peruntukan berbilion-bilion dan pelbagai projek mega,
apakah manfaatnya kepada rakyat terbanyak?
16. Bak kata orang kampong saya di Pekan, maaf bercakap, rasanya,
perkara�perkara dokumen bajet begini, serta apa yang disebut seperti
jauuuuuuh... dan tidak ada kena mengena dengan pakcik, makcik,
kawan-kawan bukan sahaja di luar bandar malahan juga di bandar.
Tuan Yang Dipertua,
17. Sesungguhnya, inilah cabaran terbesar dalam mentadbir Negara
seistimewa Malaysia dengan kerencaman masyarakat. Saya selaku Perdana
Menteri sehingga petang semalam ketika bertemu para wartawan diajukan
soalan apakah hal yang paling suikar untuk diputuskan? Saya menjawab...
yakni bagaimana kita hendak mengimbangi antara polisi yang populist in
nature as compared to those policies based on economic and financial
imperatives.
18. Sejelasnya, Kerajaan yang ada hari ini berpegang teguh kepada
pnnslp bahawa usaha memantap tadbir urus fiskal seperti mengurangkan
defisit fiskal adalah satu tanggungjawab moral generasi kita untuk
generasi pewaris masa hadapan. Pokoknya, kita tidak mahu mewariskan
Malaysia dengan kewangan Persekutuan yang terbeban dengan masalah
hutang.
Tuan Yang Dipertua,
Capital Economy dan People Economy
19. Lantaran demikian, mengambil kira dan memahami denyut nadi rakyat
serta realiti kehidupan, sebagai Ketua Kerajaan, saya mahukan falsafah
tunjang kepada pembikinan bajet tahun ini mestilah menitikberatkan
keseimbangan antara capital economy dan people economy.
20. Bila kita membicarakan istilah Capital Economy, ia merujuk kepada
pengurusan dan dasar-dasar ekonomi yang berbentuk makro. Ini memudahkan
sesebuah negara mengunjurkan sasaran-sasaran utamanya berbanding
negara�negara lain. Antaranya, ia merujuk kepada pengurusan ekonomi yang
berasaskan modal, pertumbuhan KDNK, pendapatan per kapita, pelaburan
swasta, pasaran modal, keuntungan syarikat, penarafan ekonomi dan
kredit, indeks Bursa dan nilai saham. Tuan Yang Dipertua, sesudah ini
saya akan menyebutnya sebagai Capital Economy.
21. Manakala apabila kita mengupas dan menakrif istilah People
Economy, ia merupakan ekonomi yang berorientasikan rakyat meliputi
keutamaan-keutamaan dan kepentingan-kepentingan rakyat seperti kos sara
hidup, pendapatan isi rumah, peluang pendidikan, pekerjaan dan
perniagaan, kualiti hidup, perumahan, latihan, kemahiran, keusahawanan
dan keselamatan, yakni aman dari jenayah. Ringkasnya, ia merupakan
ekonomi yang berlandaskan pengalaman seharian rakyat. Sesudah ini saya
akan menyebutnya sebagai Ekonomi Keperluan Rakyat atau EKR.
Tuan Yang Dipertua,
Ekonomi Keperluan Rakyat
22. Memang benar, dari sudut teori dan ilmiahnya, capital economy dan
people economy tidak dapat dipisahkan dan wujud secara simbiosis antara
satu dengan yang lain. Walau apapun, ingin saya tegaskan dalam bajet
ini, Ekonomi Keperluan Rakyat menjadi paksi dan pegangan dalam
mendahulukan kepentingan rakyat. Barulah nanti apabila kita mencapai status negara maju, nikmat
kekayaan dan kemakmuran sebenar negara akan melimpah ke kaki-kaki
halaman serta mengetuk pintu-pintu rumah setiap rakyat di negara ini,
InsyaAliah.
Tuan Yang Dipertua,
PRESTASI DAN PROSPEK EKONOMI
23. Bermula 3 April 2009, setelah lebih 5 tahun, saya memegang pucuk
pimpinan sebagai Perdana Menteri, diperkenalkan gagasan 1Malaysia,
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, berlandaskan Dasar
Transformasi Nasional atau DTN. la merangkumkan Program Transformasi
Kerajaan atau GTP, Program Transformasi Ekonomi atau ETP, Program
Transformasi Politik atau PTP, Program Transformasi Komuniti atau CTP,
Program Transformasi Sosial atau STP dan Program Transformasi Fiskal
atau FTP dalam usaha kita mencapai matlamat negara ekonomi maju
berpendapatan tinggi. ETP telah mensasarkan peningkatan Pendapatan
Negara Kasar Per Kapita Malaysia kepada 15,000 dolar Amerika dan
memperoleh 444 bilion dollar Amerika dalam pelaburan menjelang 2020.
24. Sejak 2009 juga, secara kumulatifnya, sebanyak 196 projek
daripada 12 NKEA dan 6 SRI telah dilaksanakan. Jumlah pelaburan pula
mencecah 219 bilion ringgit dan lebih 437,000 peluang pekerjaan bernilai
tinggi telah diwujudkan.
25. Mutakhir ini, ekonomi negara telah tumbuh dengan positif dalam
semua sektor dan mencatatkan KDNK sebanyak 6.3 peratus. Alhamdulillah,
kita merafak syukur kepada Yang Maha Kuasa, kerana pencapaian ini,
menempatkan kita sebagai yang paling tinggi di kalangan negara ASEAN
dalam tempoh separuh pertama 2014.
Tuan Yang Dipertua,
26. Antara tahun-tahun 2009 hingga 2014, kita mampu berasa lega dan
berbangga dengan prestasi-prestasi berikut. Indeks FBM KLCI telah
meningkat sebanyak 114 peratus iaitu daripada 884.45 mata pada Januari
2009 kepada 1,892.65 mata pada Julai 2014. Pertumbuhan modal pasaran juga
meningkat sebanyak 162 peratus daripada 667.87 bilion ringgit kepada
1,749.49 bilion ringgit dicatatkan pada 7 Oktober 2014.
27. Pendapatan Negara Kasar Per Kapita pula menunjukkan peningkatan
sebanyak 50 peratus iaitu daripada 6,700 dolar Amerika kepada 10,060
dolar Amerika dalam tempoh 5 tahun ini. InsyaAllah, saya yakin pada
tahun ini kita akan mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh pada
kadar 5.5 peratus hingga 6 peratus. Kadar defisit fiskal Negara juga
semakin bertambah baik. Kita telah dapat menurunkan kadar defisit
daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.9 peratus pada 2013 dan dijangka
terus menurun kepada 3.5 peratus pada tahun ini.
28. Bagi 2015 pula, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada
kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan
kepada 3 peratus. Tuan Yang Dipertua,
29. Berhubung itu, sukalah saya memaklumkan di sini, kita juga telah memecah beberapa rekod pencapaian antaranya:
Pertama: Indeks Bursa Malaysia telah mencatat paras 1,892.65 mata
pada Julai 2014, menjadikannnya paras tertinggi dalam sejarah negara;
dan
Kedua: Kemasukan pelabur asing sebanyak 38.7 bilion ringgit pada
tahun 2013, juga merupakan catatan tertinggi actual realized investments
yang pernah dicapai dalam sejarah Negara.
PERUNTUKAN BAJET 2015
Tuan Yang Dipertua,
30. Bajet 2015 memperuntukkan sejumlah 273.9 bilion ringgit iaitu
peningkatan sebanyak 9.8 bilion ringgit berbanding peruntukan asal 2014.
Daripadanya, 223.4 bilion ringgit bagi perbelanjaan mengurus dan 50.5
bilion ringgit sebagai perbelanjaan pembangunan.
31. Di bawah peruntukan mengurus, 65.6 bil"lon ringgit adalah untuk
Emolumen, dan 38.1 .bilion ringgit untuk Perkhidmatan dan Bekalan.
Agihan terbesar sebanyak 116.4 bilion ringgit adalah untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
Pembel"lan Aset pula diperuntukkan sebanyak 1.5 bil"lon ringgit dan 1.8
bil"lon ringgit untuk perbelanjaan lain.
32. Oi bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan
tertinggi sebanyak 29.3 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 12.6
bilion ringgit merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan
serta kesejahteraan masyarakat. Sektor keselamatan pula diperuntukkan
sebanyak 4.9 bilion ringgit. Selebihnya, diagihkan kepada sektor
pentadbiran am iaitu sebanyak 1.7 bilion ringgit dan simpanan luar
jangka sebanyak 2 bil"lon ringgit.
33. Pada tahun 2015, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak 235.2 bilion ringgit, yakni peningkatan sebanyak 10.2 bilion ringgit berbanding 2014.
Tuan Yang Oipertua,
34. Khususnya pada tahun 2015, dengan perlaksanaan GST, hasil kutipan
dianggarkan berjumlah sebanyak 23.2 bilion ringgit. Walau bagaimanapun,
sebagai Kerajaan yang prihatin, kita telah mengecualikan sebilangan
barangan yang keseluruhannya dianggarkan 3.8 bilion ringgit.
35. Harus diketahui, bahawa dengan perlaksanaan GST ini, maka Cukai
Jualan dan Perkhidmatan atau SST, dimansuhkan yang menyebabkan
kehilangan hasil Kerajaan sebanyak 13.8 bilion ringgit. Ertinya, bila
ditolak 13.8 bilion ringgit dan 3.8 bilion ringgit daripada kutipan 23.2
bilion ringgit itu, baki yang ada, berjumlah 5.6 bilion ringgit.
36. Oaripada jumlah tersebut, sebanyak 4.9 bil"lon ringgit disalurkan
kembali untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya
tambahan BR1 M. Akhirnya, hasil bersih kutipan GST hanyalah berbaki 690
juta ringgit.
,
Tuan Yang Dipertua,
BAJET 2015: EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT
37. Bajet 2015 ini digubal berfokus kepada Ekonomi Keperluan Rakyat dengan menggariskan tujuh strategi utama, iaitu:
Strategi Pertama: Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi; Strategi Kedua:
Memantap Tadbir Urus Fiskal; Strategi Ketiga: Mengupaya Modallnsan dan
Keusahawanan; Strategi Keempat: Memperkasa Agenda Bumiputera; Strategi
Kelima: Memartabat Peranan Wanita; Strategi Keenam: Membangun Program
Transformasi Belia Negara; dan Strategi Ketujuh: Mensejahtera Rakyat
Tuan Yang Dipertua,
STRATEGI PERTAMA: MEMPERKUKUH PERTUMBUHAN EKONOMI
38. Dalam hal ini, Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang
kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.
Tindakan Pertama: Merancakkan Sektor Perkhidmatan
39. Untuk makluman, pada 2013, sektor perkhidmatan menyumbang 55.2
peratus kepada KDNK. Bagi meneapai sasaran 60 peratus menjelang tahun
2020, Kerajaan akan meraneakkan sektor perkhidmatan dengan melaksanakan
perkara-perkara berikut:
Pertama: Melaksana Blueprint Sektor Perkhidmatan;
Kedua: Menyediakan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5
bilion ringgit kepada semua Perusahaan Keeil dan Sederhana yang terlibat
dalam sektor perkhidmatan dengan had maksimum pembiayaan sebanyak 5 juta ringgit bersekali 70 peratus jaminan Kerajaan. la dijangka memberi manfaat kepada 4,000 syarikat PKS;
Ketiga: Mewujudkan Research Incentive Scheme for Entreprise dengan
peruntukan 10 juta ringgit untuk menggalakkan syarikat-syarikat
menubuhkan pusat penyelidikan dalam bidang berteknologi tinggi, leT dan
industri berasaskan pengetahuan;
Keempat: Memperkenalkan semula Dana Perkhidmatan Eksport berjumlah
300 juta ringgit untuk menggalakkan PKS menjalankan kajian kemungkinan
pasaran dan promosi eksport bagi menembusi pasaran baru; dan
Kelima: Mengukuhkan Skim Pembangunan Francais di bawah KPDNKK bersama
Persatuan Francais Malaysia. Sebanyak 20 juta ringgit diperuntukkan
untuk skim ini.
Tindakan ke-2: Memperkukuhkan Pasaran Kewangan Islam
40. Industri kewangan Islam Malaysia kini, mencakupi 25 peratus
daripada industri perbankan dari segi aset. Di peringkat antarabangsa
pula, Malaysia kekal sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia, merangkumi
60 peratus daripada pasaran sukuk global.
41. Selanjutnya, Kerajaan akan memperkenalkan akaun pelaburan patuh
syariah pada 2015, dikenali sebagai Investment Account Platform, atau
iAP. la akan memberi peluang kepada pelabur dalam pembiayaan aktiviti
keusahawanan dan pembangunan PKS yang berdaya maju. Pada masa yang sama,
lAP akan menarik pelabur institusi dan individu termasuk High Net Worth
Individuals dalam pasaran kewangan Islam. Dalam hal ini, dana permulaan
sebanyak 150 juta ringgit akan disediakan.
42. Bagi menggalakkan pelaburan dalam lAP, Kerajaan mencadangkan
pelabur individu diberi pengecualian cukai pendapatan ke atas keuntungan
dari pelaburan yang layak selama 3 tahun berturut-turut.
43. Untuk merancakkan terbitan dan urusniaga pasaran sukuk dan bon
tempatan pula, Kerajaan telah memperkenalkan produk Bon dan Sukuk
Dagangan Bursa atau ETBS pada Januari 2013. Makanya, Kerajaan
mencadangkan supaya Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Terbitan Pelaburan
Kerajaan turut disenaraikan dan diurus niaga dalam ETBS.
44. Selain itu, perbelanjaan menerbitkan sukuk telah diberi potongan
cukai mulai tahun taksiran 2003 hingga tahun taksiran 2015. Selaras
dengan ini, dicadangkan potongan cukai bagi perbelanjaan menerbitkan
sukuk berasaskan prinsip Ijarah dan Wakalah dilanjutkan selama 3 tahun
lagi sehingga tahun taksiran 2018.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan ke-3: Menggalakkan Industri Perkapalan Tempatan
45. Akta Perkapalan Saudagar 2011 memperuntukkan keperluan mandatori
insurans atau sekuriti kewangan untuk perlindungan liabiliti pihak
ketiga bagi kapal yang beroperasi di Malaysia. Buat masa ini, kebanyakan
pemilik kapal muatan besar di Malaysia mempunyai perlindungan liabiliti
pihak ketiga melalui Protection & Indemnity, di luar negara.
46. Justeru, bagi membantu pemilik kapal muatan kasar 300 tan ke
bawah, Kerajaan akan menubuhkan Kelab P&I Malaysia, di bawah Exim
Bank, pada kadar premium yang berpatutan.
Tindakan ke-4: Mempastikan pertumbuhan wilayah yang seimbang dan
inklusif, dengan terus menggalakkan pelaburan di kawasan-kawasan yang
kurang membangun
47. Dalam konteks ini, Kerajaan akan menambahbaik pakej insentif khas
yang disediakan di bawah Koridor-koridor Ekonomi merangkumi lebih
banyak kawasan yang kurang maju.
Tindakan ke-5: Insentif Untuk Pengurusan Kawasan Perindustrian
48. Kawasan-kawasan perindustrian yang mempunyai kemudahan awam atau
infrastruktur yang diselenggara secara sistematik merupakan antara
faktor utama yang menyokong pembangunan industri. Dalam hal ini,
insentif dengan 100 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh
lima tahun akan disediakan untuk menggalakkan pihak swasta menyelenggara
dan menambah baik kawasan perindustrian di kawasan kurang membangun.
Manakala insentif dengan 70 peratus pengecualian cukai pendapalan bagi
tempoh lima tahun akan disediakan kepada pihak swasta yang mengurus
kawasan perindustrian di kawasan yang lain.
Tindakan ke-6: Elaun Modal Bagi Peningkatan Proses Automasi oleh Industri Berintensif Buruh
49. Kerajaan akan menyediakan insentif elaun modal perbelanjaan
automasi untuk menggalakkan proses automasi sektor perkilangan mengikut
kategori berikut:
� Kategori Pertama, iaitu untuk industri yang mempunyai
kebergantungan buruh yang tinggi seperti industri produk getah, plastik,
kayu, perabot dan teksti!. Insentif yang ditawarkan adalah elaun modal
perbelanjaan automasi sebanyak 200 peratus ke atas 4� juta ringgit
perbelanjaan pertama. Insentif ini adalah bagi tempoh 2015 hingga 2017;
dan
� Kategori Kedua iaitu untuk industri-industri yang lain. Insentif
yang ditawarkan adalah elaun modal perbelanjaan automasi sebanyak 200
peratus ke atas 2 juta ringgit perbelanjaan modal pertama. Insentif ini
adalah bagi tempoh 2015 hingga 2020.
Tindakan ke-7: Pelaburan Berkualiti Tinggi
50. Dalam menggalakkan pelaburan berkualiti tinggi dan lebih
tertumpu, pakej galakan lebih istimewa akan ditawarkan untuk
projek-projek pelaburan yang berasaskan teknologi, inovasi dan pengetahuan, melibatkan pekerja
berkelayakan tinggi dan berpengetahuan, dengan gaji yang tinggi.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan ke-8: Merancak Pelaburan Awam dan Swasta
51. Bagi tahun 2015, beberapa projek infrastrutur akan dilaksanakan:
Pertama: Membina Lebuh Raya Sungai Besi -Ulu Klang sepanjang 59 kilometer dengan kos pembinaan berjumlah 5.3 bilion ringgit;
Kedua: Membina Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting
sepanjang 276 kilometer dengan kos pembinaan berjumlah 5 bilion ringgit;
Ketiga: Membina Lebuh Raya Damansara -Shah Alam sepanjang 47 kilometer dengan kos pembinaan 4.2 bilion ringgit;
Keempat: Membina Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur -Hubungan
Timur sepanjang 36 kilometer dengan kos pembinaan 1.6 bilion ringgit;
Kelima: Menaik taraf landasan keretapi sektor Pantai Timur melibatkan
jajaran Gemas-Mentakab, Jerantut-Sungai Yu dan Gua Musang-Tumpat dengan
peruntukan 150 juta ringgit;
Keenam: Pembinaan MRT Jajaran Kedua sepanjang 56 kilometer dari
Selayang ke Putrajaya, melibatkan anggaran 23 bilion ringgit; dan
Ketujuh: Manakala, Projek LRT3, yang bakal menghubungkan Bandar Utama
sehingga Shah Alam dan Klang, dianggarkan 9 bilion ringgit akan
dilaksanakan.
52. Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nitai
pelaburan 69 bilion ringgit pula yang dijangka dapat mewujudkan lebih
10,000 peluang pekerjaan.
53. Di samping itu, bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan
elektrik, dana pinjaman Sustainable Mobility Fund berjumlah 70 juta
ringgit disediakan bawah SME Bank. Sebagai permulaan, 50 bas elektrik
akan diperkenalkan.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan ke-9: Menggalakkan Penubuhan Hab Prinsipal
54. Untuk ini, Kerajaan akan terus berusaha memperbanyakkan lagi
pusat operasi global syarikat multinasional di Malaysia. Sejajar dengan
itu, satu insentif Hab Prinsipal yang berbentuk customised incentives
akan diperkenalkan mulai awal tahun depan.
Tindakan ke-10: Merancakkan Industri Kreatif
55. Untuk memajukan industri kreatif seperti animasi, perfileman,
seni reka, dan warisan budaya, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak
200 juta ringgit kepada MyCreative Ventures pada tahun 2012. Lanjutan
daripada ini, usaha ini diteruskan melalui Dana Industri Kandungan
Digital di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebanyak
100 juta ringgit.
Tindakan ke-11: Meningkatkan Keupayaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi
56. High Speed Broad Band, di kawasan ekonomi berimpak tinggi, akan
diteruskan meliputi ibu negeri dan bandar-bandar terpilih di seluruh
negara. Sebanyak 2.7 bilion ringgit akan dibelanjakan dalam tempoh tiga
tahun melibatkan pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baru
dan pembinaan kabel dasar laut.
Tindakan ke-12: Merancak Industri Pelancongan
57. Sempena sambutan 'Malaysia -Year of Festivals 2015', Kerajaan
mensasarkan kedatangan pelancong asing seramai 29.4 juta orang dengan
jangkaan pendapatan sebanyak 89 bilion ringgit. Untuk tujuan ini,
sebanyak 316 juta ringgit diperuntukkan bagi pelbaga'l program di bawah
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan ke-13: Membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana
58. Kini, sumbangan PKS kepada KDNK adalah sebanyak 33 peratus dan
kita mensasarkan peningkatan kepada 41 peratus menjelang 2020.
59. Maka, bagi merancakkan penglibatan PKS dalam aktiviti ekonomi,
Kerajaan mencadangkan pelaksanaan SME Investment Partner, di mana PKS
akan diberi bantuan pembiayaan dalam bentuk pinjaman, ekuiti atau
kedua-duanya, terutamanya di peringkat stan-up. Dana permulaan berjumlah
375 juta ringgit akan disediakan untuk tempoh lima tahun, di mana 250
juta ringgit adalah daripada SME Bank dan 125 juta ringgit lagi daripada
pelabur swasta. Di bawah SME Corp pula, 10 juta ringgit akan
diperuntukkan untuk Business Accelerator Programme.
60. Sebagai meningkatkan penggunaan teknologi baru, automasi dan
inovasi dalam pembangunan PKS pula, sebanyak 80 juta ringgit
diperuntukkan untuk Skim Pinjaman Mudah Automasi dan Pemodenan PKS di
bawah Malaysian Industrial Development Finance Berhad.
Tuan Yang Dipertua,
61. Di sudut lain, TEKUN juga telah menyalurkan pinjaman berjumlah
3.1 bilion ringgit kepada hampir 300 ribu orang peminjam dengan had
pembiayaan di antara 1,000 hingga 100 ribu ringgit. Pada tahun 2015,
TEKUN akan menyediakan tambahan dana pembiayaan sebanyak 500 juta
ringgit, d'lagihkan seperti berikut:
Pertama: 350 juta ringgit diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera yakni hampir 33 ribu orang peminjam baru;
Kedua: 50 juta ringgit dikhususkan kepada Skim Pembiayaan Usahawan India, dijangka memanfaatkan 5,000 peminjam kaum India;
Ketiga: 50 juta ringgit diperuntukkan kepada Program Pembangunan
Usahawan Wanita Muda Profesional yakni pembiayaan kepada 5,000 peminjam
wanita profesional; dan
Keempat: 50 juta ringgit diperuntukkan kepada Program Pembangunan
Usahawan' Bekas Tentera, yang menawarkan pembiayaan kepada 5,000 orang
bekas tentera.
62, Seiring itu, bagi mer'nbantu PKS kaum Cina, Kerajaan akan
menyediakan pirijaman mudah sebanyak 50 juta ringgit, manakala bagi
penjaja dan peniaga keeil sebanyak 30 juta ringgit
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan ke-14: Pembangunan Inovasi dan Pengkomersilan
63, Ketika ini, nisbah R&D kepada KDNK adalah rendah jika
dibanding dengan negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan, Justeru,
Kerajaan memperuntukkan 1,3 bilion ringgit kepada Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi bagi melaksanakan program berkaitan, antaranya:
Pertama: Mensasarkan 360 produk inovasi berimpak tinggi dikomersilkan dalam tempoh 5 tahun akan datang;
Kedua: Menyediakan dana penyelidikan sebanyak 290 juta ringgit bagi
menjalankan pelbagai aktiviti R&D&C yang berimpak tinggi;
Ketiga: Memperkenalkan inisiatif baru iaitu Public Private Research
Network yang diterajui Kementerian Pendidikan dengan kerjasama MTDC
dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit; dan
Kelima: Memperkukuhkan Program Technology Commercialization Platform
oleh Agensi Inovasi Malaysia dengan tambahan 50 juta ringgit.
Tuan Yang Diperlua,
STRATEGI KEDUA: MEMANTAP TADBIR URUS FISKAL
64. Hakikatnya, Kerajaan sentiasa berusaha bagi mengukuhkan
kemampanan kedudukan kewangan Negara, untuk menjamin kesejahteraan
rakyat secara menyeluruh dan mengurangkan defisit fiskal, bagi mencapai
bajet berimbang.
Tindakan Pertama: Melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan
65. Semasa pengumuman GST sewaktu pembentangan Bajet 2014 lalu,
Kerajaan telah mencadangkan senarai barang makanan dan perkhidmatan asas
tidak dikenakan GST. Maka berdasarkan kepada maklumbalas pelbagai
lapisan masyarakat, Kerajaan telah bersetuju untuk meluaskan skop barang
yang tidak dikenakan GST. Antara penambahannya adalah:
(i) Semua jenis buah-buahan tempatan dan diimporl;
(ii) Roti putih dan roti wholemeal;
(iii) Serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk koko;
(iv) Mi kuning, kue tiau, laksa dan bihun;
(v) Ubat-ubatan Penting Nasional yang meliputi hampir 2,900 jenama
ubat. Ubat-ubatan ini adalah bagi kegunaan rawatan untuk 30 jenis
penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan
rawatan kesuburan;
(vi) Bahan bacaan seperti buku mewarna kanak-kanak, buku latihan dan rujukan, buku teks, kamus dan kitab agama; dan
(vii) Surat khabar.
66. Selain itu, Kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar penggunaan
elektrik yang tidak dikenakan GST daripada 200 unit kepada 300 unit
pertama. Ini bermakna, sebanyak 70 peratus isi rumah akan mendapat
manfaat langsung.
67. Di samping itu, bagi mempastikan pelaksanaan GST tidak
membebankan rakyat, Kerajaan bersetuju supaya penjualan runcit minyak
petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST. Melalui langkah
ini, pengguna dan kumpulan sasaran yang berkenaan tidak perlu membayar
GST bagi pembelian petrol RON95, diesel dan LPG.
Tuan Yang Dipertua,
68. Molek saya nyatakan di sini bahawa, daripada 944 barang dan
perkhidmatan yang terdapat di dalam basket of goods, Indeks Harga
Pengguna, 532 barang atau 56 peratus dijangka mengalami penurunan harga
sehingga 4.1 peratus. Antara produk tersebut adalah ubat-ubatan,
barangan elektrik seperti peti sejuk dan mesin basuh, produk tekstil,
barangan plastik seperti baldi dan pinggan mangkuk, kasut dan selipar,
perabot rumah, lampin bayi, sabuil, daging, telur ayam, minyak masak,
makanan laut, beras dan sayur-sayuran.
69. Manakala sekitar 354 jenis barang dan perkhidmatan yang akan
mengalami kenaikan harga tidak melebihi 5.8 peratus. Apa yang penting,
Kerajaan berharap para peniaga bersifat bertanggungjawab dengan tidak
meningkatkan harga sehingga membebankan rakyat. Untuk memudahkan rakyat,
Kerajaan akan mengeluarkan shoppers' guide bagi membolehkan mereka
membuat perbandingan harga sebelum dan selepas GST.
Tuan Yang Dipertua,
70. Perlu difahami baik-baik juga, sebenarnya, kesan langsung
daripada perlaksanaan 88T, membolehkan Kerajaan mengurangkan beban cukai
kepada rakyat seperti berikut:
Pertama: Kepada individu dan isi rumah bagi tahun taksiran 2015
(i) Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga
mata peratusan. Melalui langkah ini, seramai 300 ribu orang yang kini
membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar.
(ii) Manakala, golongan berkeluarga yang berpendapatan empat ribu ringgit sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
(iii) Cukai pendapatan individu juga akan distruktur semula di mana
pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100
ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit. Kadar cukai maksimum yang
kini 26 peratus pula, dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan
25 peratus. Justeru, pembayar cukai akan menikmati penjimatan bayaran
cukai sekurang�kurangnya sebanyak 5.3 peratus.
Kedua: Bagi tahun taksiran 2015, kadar cukai pendapatan koperasi juga
dikurangkan satu hingga dua mata peratusan. 8elain itu, yuran
kesetiausahaan dan pemfailan cukai juga dibenarkan potongan cukai;
Ketiga: Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat
dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus;
dan
Keempat: Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat
kecil dan sederhana dikurangkan satu mata peratusan daripada 20 peratus
kepada 19 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
71. Pada satu perspektif, pengalaman antarabangsa membuktikan, tahap
kesediaan peniaga adalah salah satu faktor kejayaan pelaksanaan GST.
Bagi membantu para peniaga, insentif dan bantuan berikut akan
dilaksanakan:
Pertama: Pemberian Geran latihan sebanyak 100 juta ringgit kepada
peniaga untuk menghantar kakitangan menjalani latihan tentang GST;
Kedua: Bantuan kewangan berjumlah 150 juta ringgit kepada PKS bagi pembelian perisian perakaunan;
Ketiga: Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi Elaun� Modal Dipercepatkan; dan
Keempat: Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST diberi potongan cukai tambahan.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan ke-2: Merasionalisasi Subsidi
72. Kerajaan telah memperuntukkan 588 juta ringgit bagi pelbagai
subsidi pada tahun 1994. Jumlah ini telah meningkat kepada 40.5 bilion
ringgit pada tahun 2014.
73. Bagi menambah baik kedudukan kewangan awam, Kerajaan komited
untuk melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi, terutamanya subsidi
petroleum. Langkah ini bertujuan mempastikan pemberian subsidi lebih
bersasar serta rnengurangkan ketirisan dan penyeludupan. Kerajaan akan
mempastikan langkah rasionalisasi subsidi dilaksanakan secara
berperingkat bagi mempastikan ianya tidak membebankan rakyat.
74. Kini, lebih 21 bilion ringgit setahun diperuntukkan untuk
membiayai subsidi petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG. Kesannya,
peruntukan subsidi telah meningkat lebih 14 kali ganda daripada 1.65 bilion ringgit tahun 2002
kepada 23.5 bilion ringgit tahun 2013, semata-mata untuk mengekalkan
harga runcit petrol yang rendah. Ini disebabkan peningkatan jumlah
kenderaan daripada 13.6 juta unit pada 2008 kepada 23.7 juta unit pada
2013
75. Oleh yang demikian, bagi mempastikan pemberian subsidi yang lebih
bersasar dan mengambil kira kesedaran dan kesediaan rakyat terhadap
langkah rasionalisasi subsidi, Kerajaan akan membangunkan satu
mekanisme baru pemberian subsidi petroleum yang akan saya umumkan dalam
masa terdekat.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan ke-3: Menyebar Luas Strategi Lautan Biru Kebangsaan
76. National Blue Ocean Strategy, telah menunjukkan keberkesanan
pelaksanaan projek dan program Kerajaan. Untuk itu sebanyak 356 juta
ringgit akan disediakan bagi tahun 2015, iaitu:
Pertama: Membuka 4 buah lagl UTe di Terengganu, Kelantan, Negeri SembiIan dan Perlis serta 1 mini UTe di Kedah; dan
Kedua: Mempergiatkan latihan peningkatan kemahiran atau upskilling
kepada 5,000 pelatih melalui program 1Malaysia Skills and Employability
Scheme bagi sektor awam dan 1Malaysia Training Centre bagi sektor
swasta.
Tuan Yang Dipertua,
STRATEGI KETIGA: MENGUPAYA MODAL INSAN DAN KEUSAHAWANAN
77. Kontemporari ini, antara faktor yang menentukan kejayaan bagi
sesebuah negara banyak bergantung kepada sumber manusianya. Kekayaan
kini tidak lagi berasaskan kepada sumber 'bahan mentah' seperti
petroleum, kelapa sawit atau sumber galian, semata-mata, tetapi juga
merangkumi idea, kreativiti dan inovasi serta kemahiran insaniah,
termasuklah ciptaan-ciptaan produk terkini, yang berupaya menjana
ekonomi dan melahirkan usahawan-usahawan baharu.
78. Bagi maksud strategi ini dan falsafah modal insan, selaras dengan
Ekonomi Keperluan Rakyat, adalah menjadi hasrat Kerajaan agar komponen
gaji dalam KDNK ditingkatkan daripada takuk 34 peratus pada masa ini
kepada 40 peratus daripada KDNK menjelang 2020.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Pertama: Memantapkan Profesionalisme Perguruan dan Prestasi Sekolah
79. Sektor pendidikan negara akan terus diperkukuh selaras dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Bagi tujuan ini, 56
bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk membiayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran. Ini
termasuk penekanan akan diberikan kepada pemantapan sekolah-sekolah yang
memerlukan bimbingan serta bantuan khusus. Justeru, peruntukan sebanyak
250 juta ringgit disediakan untuk menjayakan program Pembimbing Pakar
Peningkatan Sekolah dan program Rakan Peningkatan Sekolah.
Tindakan Ke-2: Mengupaya Program Sekolah Amanah dan Pembinaan Sekolah Baru
80. Kerajaan juga akan memperluaskan program Sekolah Amanah yang
telah dimulakan pada tahun 2011. Setakat ini, 30 buah Sekolah Amanah
telah diwujudkan yang memanfaatkan lebih 20 ribu pelajar dan 1,500 guru.
Oi bawah program ini, Pengetua diberi kuasa autonomi dan akauntabiliti
yang tinggi dalam menguruskan pentadbiran serta proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Justeru, pada tahun hadapan, Kerajaan bercadang
untuk memperluaskan program ini ke 20 buah sekolah lagi di negeri
Johor, Sarawak, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dengan peruntukan 10 juta ringgit.
81. Di samping itu, Kerajaan juga akan membina 12 buah sekolah baru,
iaitu 7 buah Sekolah Rendah, 3 buah Sekolah Menengah dan 2 buah Sekolah
Berasrama Penuh di seluruh negara.
Tindakan Ke-3: Mengarus Perdana Pendidikan Teknikal dan Vokasional
82. Menjelang tahun 2020, sekurang-kurangnya 46 peratus pekerjaan
memerlukan kelayakan teknikal dan vokasional. Untuk itu, Kerajaan akan
meningkatkan pengambilan pelajar di kolej vokasional dan kolej komuniti
melalui program Transformasi Vokasional dan Teknik serta menaik taraf
kolej. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan memperuntukkan 1.2 bilion ringgit.
83. Bersabit hal ini juga, buat masa ini bagi permohonan untuk
mengambil jurusan di bawah Program Latihan Teknikal dan Vokasional atau
TEVT, yang diterima oleh Kementerian Pendidikan jauh melebihi kemampuan
tempat yang boleh disediakan, yakni lebih kurang 20 ribu. Jadinya,
sebagai langkah untuk membuka lebih peluang bagi bidang ini, Kerajaan
bersetuju meluluskan 100 juta ringgit dengan serta merta kepada
Kementerian Pendidikan untuk menempatkan 10 ribu pelajar di kolej-kolej
teknikal dan vokasional swasta. Oi samping itu, 50 juta ringgit juga
turut diperuntukkan kepada MARA bagi perlaksanaan Program TEVT.
Tuan Yang Dipertua,
84. Sebagai dorongan kepada syarikat swasta pula, Kerajaan mencadangkan galakan cukai sedia ada ditambahbaik seperti berikut:
Pertama: Potongan dua kali bagi maksud pengiraan cukai pendapatan
diperluaskan kepada biasiswa untuk pelajar di peringkat pengajian
pensijilan vokasional dan teknik;
Kedua: Potongan dua kali bagi maksud pengiraan cukai pendapatan ke
atas perbelanjaan syarikat dalam melaksanakan program internship
berstruktur di peringkat diploma dan vokasional; dan
Ketiga: Potongan tambahan bagi maksud pengiraan cukai pendapatan
diberi ke atas perbelanjaan latihan yang ditanggung oleh majikan bagi
pekerja untuk mendapatkan sijil dan kelayakan profesional yang
diiktiraf.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Ke-4: Membangunkan dan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan
85. Dalam aspek keselamatan dan persekitaran pembelajaran pula,
Kerajaan akan menyediakan 800 juta ringgit untuk tujuan ini dengan
pecahan seperti berikut:
� Sekolah Kebangsaan 450 juta ringgit;
� Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 50 juta ringgit;
� Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 50 juta ringgit;
� Sekolah Mubaligh 50 juta ringgit;
� Sekolah Berasrama Penuh 50 juta ringgit;
� Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 50 juta ringgit;
� MRSM 50 juta ringgit;
� Sekolah Pondok yang berdaftar 25 juta ringgit; dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Cina atau conforming school yang mengguna pakai kurikulum
Kebangsaan diperuntukkan sebanyak 25 juta ringgit
86, Kerajaan juga sukacita mengumumkan supaya pembayaran kos bil
elektrik dan air kepada semua Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan di bawah
Kementerian Pendidikan, dapat dibayar sepenuhnya dengan siling sebanyak
5,000 ringgit sebulan, Ini berbeza dengan kuota 2,000 ringgit setiap
sekolah sebelum in!.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Ke-5: Menaja Pelajaran
87, Untuk Tahun 2015, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 3 bilion
ringgit, di mana 1,9 bilion ringgit melalui tajaan JPA, sebanyak 759
juta ringgit kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan 258 juta ringgit
kepada Kementenan Kesihatan,
Tindakan Ke-6: Memperluas Program MyBrain15
88, Kerajaan telah memperkenalkan program MyBrain15 untuk
menghasilkan 60 ribu pemegang PhD menjelang tahun 2023, Setakat ini,
Seramai 34,525 pelajar sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana
dan Doktor Falsafah melibatkan perbelanjaan lebih 386 juta ringgit Untuk
tahun 2015, sebanyak 112 juta ringgit lagi akan diperuntukkan,
MyBrain15 yang kini terbuka kepada sektor swasta, dicadangkan diperluas
kepada penjawat awam dan kakitangan badan berkanun yang ingin
melanjutkan pengajian secara separuh masa di institusi pengajian tinggi
tempatan,
Tindakan Ke-7: Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
89, Sejak penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau
PTPTN pada 1997 sehingga kini, seramai 2,1 juta rakyat Malaysia telah
mengambil pinjaman berjumlah 47.8 bilion ringgit. Namun demikian, setakat 31
Ogos 2014, hanya 5.36 bilion ringgit atau 46 peratus daripada 11.76
bilion ringgit telah dikutip.
90. Lebih menyedihkan, terdapat seramai 174 ribu peminjam, yang
langsung tidak pernah membayar balik setakat 2010. Oleh itu, Kerajaan
akan mengambil langkah baru yang setimpal dan sewajarnya kepada para
peminjam ini.
Tuan Yang Dipertua,
91. Hatla dalam Islam pun, melalui mafhum beberapa hadis sahih
antaranya riwayat Muslim menyatakan bahawa, roh seorang mukmin itu
tergantung-gantung dengan sebab berhutang, waima dosa orang mati syahid
pun diampuni, melainkan hutangnya.
92. Berkaitini, harap ramai dapat mengambil iktibar. Jadinya, dalam
usaha menggalakkan peminjam membuat bayaran balik, Kerajaan mencadangkan
supaya 10 peratus rebat diberikan sekiranya peminjam membuat bayaran
balik pinjaman secara berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember
2015. Sebagai tam bahan, tawaran diskaun 20 peratus diberikan kepada
peminjam yang membuat penyelesaian secara sekaligus atau lump sum mulai
hari ini sehingga 31 Mac 2015.
93. Sejak tahun 2005, golongan berpendapatan tidak melebihi 2,000
ringgit sebulan, yang menyimpan di dalam SSPN-i, telah menikmati
pemberian geran sepadan. Justeru, bagi menggalakkan lebih ramai ibu bapa
menjadi pendeposit untuk menikmati geran sepadan ini, Kerajaan
mencadangkan supaya had pendapatan isi rumah pencarum dinaikkan kepada
tidak melebihi 4,000 ringgit sebulan.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Ke-8: Meningkat Kebolehpasaran Graduan
94. Sehingga kini, dianggarkan seramai 53 ribu graduan masih belum
lagi mendapatkan pekerjaan setelah 6 bulan tamat pengajian. Untuk
meningkatkan kebolehpasaran graduan, Kerajaan mencadangkan supaya kurikulum dan
program latihan kemahiran di institusi latihan kemahiran awam serta
institusi pengajian tinggi dikaji semula. Untuk tujuan ini, Talent Corp
akan menyediakan 30 juta ringgit bagi program Industry Academia
Collaboration di mana, universiti, entiti Kerajaan dan industri
bekerjasama membangunkan kurikulum program internship serta latihan
industri.
95. Selain itu, keyakinan diri dan kemahiran graduan berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris akan dipertingkatkan. Pada masa ini, syarat
kemasukan am ke IPTA mengkehendaki pelajar mencapai tahap minimum di
Band 1 dalam Malaysian University English Test atau MUET. Mulai tahun
hadapan:
(I) bagi kemasukan ke IPTA tahap minimum Band MUET ditingkatkan
mengikut bidang pengajian seperti contoh berikut: a) Pengajian
Sastera dan Sains Sosial -Band 2 b) Pengajian Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik atau
STEM -Band 3 c) Pengajian Undang-undang & Perubatan -Band 4
(i1) sebagai syarat bergraduan pula, pelajar wajib mencapai: a)
pengajian Sastera dan Sains Sosial -Band 3 b) Pengajian STEM -Band 4 c)
Pengajian Undang-undang & Perubatan -Band 5
Saya juga ingin menyarankan IPTS melaksanakan langkah yang sama.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Ke-9: Mensejahterakan Golongan Pekerja
96. Pada suku kedua 2014, jumlah pekerjaan adalah sebanyak 13.5 juta
iaitu peningkatan lebih 1.6 juta pekerjaan berbanding tahun 2010. Bagi
mempastikan kebajikan pekerja terus terbela:
(i) Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan akan dikaji
semula yang termasuk terma dan syarat pekerjaan, pelantikan dan
pemberhentian, waktu bekerja yang fleksibel serta faedah penamatan
kerja;
(H) Portal JobsMalaysia akan ditambahbaik bagi memenuh keperluan pasaran tenaga kerja yang semakin dinamik;
(iii) Kerajaan akan memperkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan
bertujuan membantu golongan pekerja yang diberhentikan melalui pemberian
bantuan saraan sementara serta peluang latihan semula atau reskilling
and upskilling; dan
(iv) Menyediakan latihan teknikal dan bantuan pendidikan kepada
golongan bella India terutama dari keluarga kurang berkemampuan dengan
peruntukan 30 juta ringgit.
97. Pada tahun 2011, Skim Latihan 1Malaysia atau SL1M telah berjaya
mendapatkan pekerjaan kepada lebih 45 ribu graduan dari kalangan isi
rumah berpendapatan rendah dan luar bandar. Kerajaan telah menyokong
usaha CSR oleh majikan dalam perlaksanaannya melalui galakan potongan
dua kali kepada syarikat bagi maksud pengiraan cukai pendapatan sehingga
31 Disember 2016. Saya mencadangkan galakan cukai ini dilanjutkan
sehingga 31 Disember 2020.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Ke-10 : Globally Recognised Industry and Professional Certification atau 1MalaysiaGRIP
98. Bagi memperhebatkan program upskilling dan reskilling, Kerajaan
akan memperkenalkan satu program baru, iaitu Globally Recognised
Industry and Professional Certification atau 1MaiaysiaGRIP dengan
peruntukan sebanyak 300 juta ringgit secara matching grant antara
Kerajaan dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad bagi melatih seramai 30
ribu pekerja.
Tindakan Ke-11 : Program Latihan Kemahiran
99. Kerajaan akan meningkatkan program latihan .kemahiran di
institusi latihan kemahiran Jabatan Tenaga Kerja atau JTK. Program
latihan ini akan melibatkan pelajar lepasan Sijil Kemahiran Malaysia,
graduan universiti atau kolej serta pekerja industri terutama pekerja
separuh mahir. Bagi mengoptimumkan 32 institusi latihan JTK, Kerajaan
akan mengoptimumkan kapasiti latihan double shift bagi program sepenuh
masa melibatkan 176 kursus yang mempunyai permintaan tinggi dalam
pasaran pekerjaan. Pengambilan pelajar sebanyak 2 kali setahun
dianggarkan melibatkan 48 ribu dalam tempoh 5 tahun pelaksanaannya
dengan peruntukan 570 juta ringgit.
Tindakan Ke-12: Syarikat Permulaan atau Start-up
100. Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi
tumpuan bagi Syarikat Permulaan atau Start-up di rantau ini. Salah satu
usaha adalah penubuhan MaGIC bagi mewujudkan ekosistem yang lebih
kondusif untuk memudahcara syarikat Start-up memulakan pemiagaan.
Justeru, bagi menarik lebih ramai usahawan ekspatriat syarikat Start-up
beroperasi di Malaysia, dicadangkan kriteria khas Modal Berbayar
syarikat Start-up ditetapkan sebanyak 75 ribu ringgit. Usahawan
ekspatriat Start-up yang layak akan diberi Startup Work Pass untuk
tempoh satu tahun.
Tuan Yang Dipertua,
STRATEGI KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA
101. Sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan
Bumiputera oleh pihak Kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan
komposisi masyarakat majmuk tersebut. Secara prinsipnya, perkara dan
amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian
lama oleh seluruh rakyat Malaysia, dilindungi, dan dimaktubkan dalam
Perlembagaan Persekutuan.
102. Makanya, Melayu dan Bumiputera sebagai teras kepada agenda
nasional tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang
prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambilkira atau mengabaikan
agenda Melayu serta Bumiputera sama ada Islam mahupun bukan Islam,
adalah tidak adil dan tidak saksama.
103. Halla, sejarah telah membuktikan sejak puluhan tahun
dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan Bumiputera, bahkan semua
rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama, hasil daripada
pembangunan ekonomi negara. Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah
dengan mengambil, atau menidakkan hak sesiapa, tetapi sebenarnya melalui
penciptaari kekayaan baru dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang
mampan. Apatah lagi menjelang 2020, jumlah Melayu dan Bumiputera, Islam
dan Bukan Islam, akan mencapai lebih 70 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Pertama: Meningkatkan Pemilikan Ekuiti Bumiputera
104. Dalam konteks pemilikan ekuiti syarikat korporat, masyarakat
Bumiputera masih belum mencapai sasaran 30 peratus. Sementara itu,
effective control ke atas syarikat korporat terkini, hanyalah pada
sekitar 10 peratus. Lantaran itu, Kerajaan menerusi EKUINAS akan
diperuntukkan 600 juta ringgit bagi meningkatkan pemilikan ekuiti
Bumiputera dalam syarikat-syarikat swasta mahupun GLC. Sehingga kini,
EKUINAS telah melaksanakan pelaburan kumulatif bernilai 2.3 bilion
ringgit dalam pelbagai sektor.
Tindakan Ke-2: Memantapkan Keusahawanan Bumiputera
105. Bagi melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera, beberapa inisiatif telah dirancang:
Pertama: Memperkukuh peranan Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN sebagai Pusat Kecemerlangan Keusahawanan Bumiputera;
Kedua: Merancakkan lagi program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera
atau SUPERB dengan peruntukan tambahan sebanyak 30 juta ringgit. Program
ini juga akan diperluaskan penyertaannya kepada usahawan di Sabah dan
Sarawak;
Ketiga: Memperkenalkan program pre-eksport untuk syarikat Bumiputera
Berprestasi Tinggi atau TERAS bagi meningkatkan penjenamaan, pensijilan
antarabangsa, dan market survey keluaran Bumiputera. Program ini
mensasarkan 60 syarikat TERAS yang dapat meningkatkan kapasiti dan
menembusi pasaran antarabangsa; dan
Keempat: Memperluaskan program carve-out and compete secara
meritokrasi meliputi projek Kerajaan dan penswastaan, termasuk projek
MRT jajaran kedua dan Lebuhraya Pan Borneo.
Tindakan Ke-3: PKS Bumiputera
106. Bagi PLS Bumiputera pula, antara inisiatif-inisiatif khusus yang
akan dilaksanakan melalui Bajet 2015 adalah seperti berikut:
Pertama Lembaga Tabung Haji akan memperuntukkan 200 juta ringgit bagi
penubuhan Akaun Pelaburan Terhad patuh syariah di Bank Islam.
. Tujuan akaun ini adalah bagi menyedia kemudahan pembiayaan dan
kredit yang bernilai antara 50 ribu hingga 1 juta ringgit mulai Januari
2015; dan
Kedua: Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM akan menggunakan sumber
dalaman berjumlah 1.8 bilion ringgit untuk menyediakan pembiayaan yang
dapat memanfaatkan 346 ribu sahabat AIM.
Tindakan Ke-4: Membangunkan Modal lnsan Bumiputera
107. Sebagai sebuah institusi unggul Bumiputera, MARA perlu terus
diperteguhkan. Pastinya, antara aspek yang terpenting ialah Pembangunan
Modal
Insan. la merupakan salah satu pelengkap bagi Memperkasa Agenda
Bumiputera. Dalam hal ini Kerajaan telah menyediakan inisiatif-inisiatif
berikut:
Pertama: 2 bilion ringgit diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran;
Kedua: 72 juta ringgit akan digunakan oleh Yayasan Peneraju
Pendidikan Bumiputera dalam pelaksanaan 3 program dalam bentuk biasiswa,
latihan dan bantuan kewangan yang keseluruhannya melibatkan 5 ribu
orang; dan
Ketiga: Menubuhkan Pusat Perakaunan Profesional di Universiti Teknologi Mara dengan kerjasama Institut Akauntan Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
108. Sememangnya, Kerajaan sentiasa mengambil berat dan amat prihatin
dalam membangun dan membela nasib rakyat di Sabah dan Sarawak dalam
agenda pembangunan negara.
109. Sehubungan itu, sebagaimana Projek Lebuhraya Utara-Selatan telah
mentransformasikan pembangunan dari Perlis ke Johor, Kerajaan akan mula
membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer melibatkan
jajaran Sarawak sepanjang 936 kilometer dan jajaran Sabah sepanjang 727
kilometer dengan kos pembinaan sebanyak 27 bilion ringgit.
110. Menerusi NBOS pula, satu lagi mini UTC dan RTC masing-masing di
Sabah dan Sarawak akan dibuka bagi memudahkan urusan masyarakat di
pedalaman dan bandar.
111. Membina Klinik Kesihatan di Tenom, Sabah dan di Lubok Antu,
Sarawak, serta menaik taraf kemudahan di Hospital Tawau. Kerajaan akan
turut menyediakan perkhidmatan perubatan nuklear dan radioterapi bagi
merawat pesakit kanser di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas
Sabah.
Tuan Yang Dipertua,
112. Negeri Sabah merupakan negeri yang mempunyai pesisiran pantai
yang panjang dan luas. Justeru, bagi memperkukuhkan keselamatan di
kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZONE, Kawasan
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah atau ESSCOM diperuntukkan 660 juta
ringgit.
113. Dua batalion melibatkan satu batalion PGA PDRM dan satu batalion
Tentera Darat dengan jumlah anggota baru seramai 1,280 anggota telah
diluluskan. Dua buah kem juga akan dibina di ESSZONE iaitu Kem Batalion
20 PGA di Beluran dan Kem ATM di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah.
114. Di samping itu, kelengkapan operasi pertahanan dan keselamatan
akan ditambah baik. Antaranya perolehan sistem radar pengawasan yang
berkeupayaan tinggi. Kerajaan juga akan menggunakan satu pelantar minyak
yang diubahsuai dan sebuah kapal auxiliary sebagai Sea Basing di
perairan ESSZONE dengan peruntukan sebanyak 230 juta ringgit melalui
program CSR Petronas.
115. Sebagai tambahan, untuk membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi
mendarat, Kerajaan akan memanjangkan landasan lapangan terbang di Lahad
Datu dan perpindahan Skuadron Hawk dari Butterworth ke Labuan, dengan
peruntukan sebanyak 50 juta ringgit.
116. Kerajaan juga akan menempatkan semuia perkampungan-perkampungan
air seperti di Semporna dan Sandakan secara berperingkat. Kerajaan
berharap dengan inisiatif ini, keselamatan rakyat Malaysia di Sabah akan
terus terjamin dan aktiviti ekonomi akan terus rancak.
Tuan Yang Dipertua,
117. Sebagai Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan di Sabah dan
Sarawak, julung-julung kalinya subsidi padi bukit diperkenalkan dengan
peruntukan sebanyak 70 juta ringgit. Bantuan ini akan memberi manfaat
kepada kawasan penanaman seluas 76,000 hektar.
118. Hakikatnya, Kerajaan amat mementingkan kesejahteraan rakyat,
terutama yang melibatkan aspek kos sara hidup seharian mereka. Justeru,
Kerajaan akan berusaha untuk terus menyeimbangkan harga barang keperluan
antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui langkah-Iangkah berikut:
Pertama: 262 juta ringgit bagi membiayai kos pengangkutan dan
penguatkuasaan kawalan harga barangan keperluan harian terutamanya di
Sabah dan Sarawak; dan
Kedua: Tambahan 2 buah KR1M di Sabah menjadikan jumlah 16 buah dan 3 buah lagi di Sarawak menjadikan 19 buah.
Sesungguhnya, agenda pembelaan nasib rakyat di Sabah dan Sarawak, Agi Idup Agi Ngelaban, akan tatap kita perjuangkan.
Tuan Yang Dipertua,
STRATEGI KELIMA: MEMARTABAT PERANAN WANITA
119. Sesungguhnya wanita sangat istimewa. Keunikan mereka bukan
sekadar penyeri kepada sesebuah keluarga, malahan menjadi penyuluh dalam
mengatasi banyak permasalahan kehidupan. Bahkan wanita itulah tulang
belakang pembangunan negara. Sesuai dengan itu, Kerajaan sentiasa
mengambil berat dalam mempastikan mereka terus berperanan dalam mewarnai
negara dan generasi mendatang.
120. Pada masa ini, pekerja wanita hanya mewakili 38 peratus daripada
keseluruhan tenaga kerja di negara ini. Bagi meningkatkan sumbangan
wanita dalam pembangunan negara, Kerajaan akan menumpukan kepada usaha
mempergiatkan penglibatan wanita dalam pasaran kerja dan aktiviti
keusahawanan, Atas tujuan ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat, diperuntukkan sejumlah 2,26 bilion ringgit bagi
pembangunan dan operasi. Antaranya program-programnya termasuklah:
Pertama: Memperkukuh Program Pengarah Wanita bagi mencapai 30 peratus
penglibatan wanita dalam kumpulan pembuat keputusan, Kerajaan merancang
untuk melatih 125 orang bakal pengarah wanita untuk mengisi jawatan
sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan Kerajaan dan swasta,
Saya menyeru syarikat milik Kerajaan dan swasta memberi peluang kepada
lebih ramai wanita profesional menjadi ahli lembaga pengarah;
Kedua: Menambah baik peluang wanita untuk kembali ke pasaran kerja
melalui program 1Malaysia Support for Housewife yang menitikberatkan
latihan kemahiran dan galakan suri rumah; dan
Ketiga: Talent Corp akan mewujudkan Program Women Career Comeback
untuk wanita profesional kembali ke pasaran pekerjaan berdasarkan
kelayakan professional.
121. Kerajaan juga sentiasa peka terhadap kesejahteraan golongan
wanita terutamanya dari aspek keselamatan, Sehubungan itu, Kerajaan akan
membeli premis Rumah Perlindungan Khas Wanita mengikut zon wilayah
timur, utara dan tengah, Selain itu, bagi memberi peluang kepada ibu
tunggal yang berminat dalam keusahawanan, Kerajaan akan meneruskan
Program Kemahiran Inkubator Ibu Tunggal atau I-KIT, Program Inkubator
Keusahawanan Wanita dan Program Teras Pembangunan Wanita,
122. Seterusnya, susulan daripada pembiayaan keseluruhan yang
disediakan di bawah AIM, usahawan wanita India akan diberi peruntukan
khusus sebanyak 30 juta ringgit.
123. Selain itu, bagi Penjawat Awam, Kerajaan bersetuju menambah baik
kemudahan Cuti Menjaga Anak dengan meminda syarat pemberian supaya
tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin berkuat kuasa 1 Januari 2015.
Kemudahan ini terhad untuk tempoh satu tahun dan diperluaskan kepada
pegawai wanita yang mempunyai anak tiri tanggungan, anak angkat yang
diambil mengikut undang-undang, anak pelihara dan anak kurang upaya.
124. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan penubuhan
lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak di premis pejabat swasta, garis
panduan sedia ada akan dipinda. Mulai Januari 2015, Kerajaan akan
membenarkan majikan mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak melebihi
tingkat dua, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa. Tuntasnya, apa yang dilakukan oleh Kerajaan ini, sudah tentu
mampu mengangkat martabat wanita, dalam berperanan aktif di persada
negara.
Tuan Yang Dipertua,
STRATEGI KEENAM: MEMBANGUN PROGRAM TRANSFORMASI BEllA NEGARA
125. Bagi saya belia bukan sekadar harapan bangsa, tidak hanya
setakat aset atau rakan kongsi kepada pembangunan negara, malah nilaian
belia adalah lebih daripada kesemuanya itu. Bertolak daripada itu,
Kerajaan prihatin kepada kehidupan generasi muda yang bakal mewarisi
kepimpinan dan memikul amanah demi kemajuan dan kemakmuran masa depan
Malaysia yang kita cintai ini.
Pelan Transformasi Selia Negara
126. Bagi mencapai hasrat ini, Kerajaan akan melancarkan Pelan
Transformasi Belia Negara. Bagi menjayakan pelbagai program belia,
sebanyak 320 juta ringgit diperuntukan untuk tujuan berikut:
Kedua: Menambahbaik program Rakan Muda dan memperkenalkan program Kem Uniti;
Ketiga: Mengukuhkan aspek kepimpinan belia melalui pengenalan program
Akademi Kepimpinan Belia untuk mengasah bakat kepimpinan di kalangan
Selia Malaysia;
Keempat: Mempergiatkan program kesukarelawan belia melalui 1M4U dan
memperkenalkan program MyCorp. Program MyCorp melibatkan belia
menjalankan aktiviti sukarela kebajikan dan sosio ekonomi di peringkat
antarabangsa dengan peruntukan 10 juta ringgit;
Kelima: Menggilap bakat keusahawanan di kalangan belia melalui
Program MaGIC, SME Bank dan Agro Bank serta memperkenalkan Online
Resource Centre dan menganjur persidangan keusahawanan sosial
antarabangsa;
Keenam: Melaksanakan Program Agropreneur Muda oleh FAMA yang
melibatkan 1,200 orang belia dengan sasaran pendapatan melebihi 5,000
ringgit sebulan; dan
Ketujuh: Meningkatkan keupayaan dan kemahiran belia melalui Program
Transformasi IKBN dan Program Coding Bootcamp serta program Projek
Angkat Dan Upaya atau PADU.
124. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan penubuhan
lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak di premis pejabat swasta, garis
panduan sedia ada akan dipinda. Mulai Januari 2015, Kerajaan akan
membenarkan majikan mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak melebihi
tingkat dua, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa. Tuntasnya, apa yang dilakukan oleh Kerajaan ini, sudah tentu
mampu mengangkat martabat wanita, dalam berperanan aktif di persada
negara.
Tuan Yang Dipertua,
STRATEGI KEENAM: MEMBANGUN PROGRAM TRANSFORMASI BEllA NEGARA
125. Bagi saya belia bukan sekadar harapan bangsa, tidak hanya
setakat aset atau rakan kongsi kepada pembangunan negara, malah nilaian
belia adalah lebih daripada kesemuanya itu. Bertolak daripada itu,
Kerajaan prihatin kepada kehidupan generasi muda yang bakal mewarisi
kepimpinan dan memikul amanah demi kemajuan dan kemakmuran masa depan
Malaysia yang kita cintai in\.
Pelan Transformasi Selia Negara
126. Bagi mencapai hasrat ini, Kerajaan akan melancarkan Pelan
Transformasi Belia Negara. Bagi menjayakan pelbagai program belia,
sebanyak 320 juta ringgit diperuntukan untuk tujuan berikut:
Kedua: Menambahbaik program Rakan Muda dan memperkenalkan program Kem Uniti;
Ketiga: Mengukuhkan aspek kepimpinan belia melalui pengenalan program
Akademi Kepimpinan Belia untuk mengasah bakat kepimpinan di kalangan
Selia Malaysia;
Keempat: Mempergiatkan program kesukarelawan belia melalui 1M4U dan
memperkenalkan program MyCorp. Program MyCorp melibatkan belia
menjalankan aktiviti sukarela kebajikan dan sosio ekonomi di peringkat
antarabangsa dengan peruntukan 10 juta ringgit;
Kelima: Menggilap bakat keusahawanan di kalangan belia melalui
Program MaGIC, SME Bank dan Agro Bank serta memperkenalkan Online
Resource Centre dan menganjur persidangan keusahawanan sosial
antarabangsa;
Keenam: Melaksanakan Program Agropreneur Muda oleh FAMA yang
melibatkan 1,200 orang belia dengan sasaran pendapatan melebihi 5,000
ringgit sebulan; dan
Ketujuh: Meningkatkan keupayaan dan kemahiran belia melalui Program
Transformasi IKBN dan Program Coding Bootcamp serta program Projek
Angkat Dan Upaya atau PADU.
Tuan Yang Dipertua
1Malaysia Youth City
127. Kerajaan juga berhasrat supaya satu ekosistem komprehensif yang
disertai belia dapat disediakan untuk meningkatkan keupayaan dan
memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan serta dapat menikmati
kemudahan perumahan dan rekreasi. Untuk ini, Kerajaan akan mewujudkan
1Malaysia Youth City dengan peruntukan 100 juta ringgit bagi membiayai
tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Skim Perumahan Belia atau Youth Housing Scheme
128. Bila mengupas ehwal belia juga, pemilikan rumah merupakan satu
isu besar khususnya soal harga rumah dan keboleh biayaan. Menyedari
permasalahan ini, sukacita saya mengumumkan Skim Perumahan Belia atau
Youth Housing Scheme secara perkongsian pintar di antara Kerajaan, Bank
Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas.
129. Skim ini menawarkan pemilikan rumah pertama yang bernilai tidak
melebihi 500� ribu ringgit, kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40
tahun serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi 10 ribu
ringgit. Tempoh pembiayaan maksimum adalah 35 tahun.
130. Oi bawah skim ini, sebanyak 200 ringgit sebulan diberikan oleh
Kerajaan untuk tempoh 2 tahun pertama bagi mengurangkan beban ansuran
bulanan pinjaman perumahan. Pengecualian sebanyak 50 peratus duti setem
ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman juga diberi.
131. Lebih menarik, Kerajaan turut menyediakan jaminan pinjaman
sebanyak 10 peratus, bagi membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan
penuh termasuk kos insuran. Peminjam juga boleh mengeluarkan wang
daripada Akaun 2 KWSP mereka untuk menampung pembayaran ansuran bulanan
dan kos lain yang berkaitan.
132. Oleh itu, saya menyeru golongan belia supaya merebut peluang ini
yang ditawarkan secara "first come first served basis" untuk 20,000
unit rumah sahaja.
Tuan Yang Dipertua,
Blueprint Negara Bersukan atau Sporting Nation
133. Pada aspek lain, Kerajaan akan mengambil langkah bersepadu ke
arah mentranslormasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan. Untuk
ini, Kerajaan akan merealisasikan Blueprint Negara Bersukan atau
Sporting Nation. Bagi mencapai hasrat ini, Kerajaan memperuntukkan 103
juta ringgit bagi melaksanakan langkah-Iangkah berikut;
Pertama: Mempastikan kelestarian dan kesinambungan bakat sukan
bermula daripada peringkat sekolah rendah melalui Program Malaysian
Talent Identification. Program ini melibatkan pengujian, saringan dan
pengkhususan bakat di kalangan pelajar sekolah;
Kedua: Meningkatkan mutu sukan berprestasi tinggi untuk enam bidang
sukan terpilih dalam lasa pertama iaitu Bola Sepak, Berbasikal,
Badminton, Sepak Takraw, Renang dan Olahraga;
Ketiga: Menyemarakkan Program FitMalaysia yang menumpukan kepada kecergasan fizikal; dan
Keempat: Menyambut Hari Sukan Negara pada hari Sabtu pertama dalam
bulan November pada setiap tahun dengan penglibatan sektor awam, swasta
dan rakyat secara serentak dl seluruh negara.
Tuan Yang Dipertua,
STRATEGI KETUJUH: MENSEJAHTERA RAKYAT
134. Sebenarnya, kemakmuran sesebuah negara bergantung juga kepada
kemampuannya untuk menyediakan tahap kualiti hidup dan kesejahteraan
rakyat secara menyeluruh.
Bantuan Persekolahan
135. Sebagai langkah meringankan beban perbelanjaan awal persekalahan
yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga pelajar, khususnya golongan
berpendapatan rendah, Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan.
Bantuan sebanyak 100 ringgit seorang, akan disalurkan mulai Januari
tahun depan kepada seramai 5.4 juta pelajar, sekalah rendah dan menengah
dengan peruntukan sebanyak 540 juta ringgit.
Program Baucar Buku 1Malaysia
136. Selanjutnya, bagi tujuan pembelian buku-buku rujukan dan
peralatan pengajian, Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Program Baucar
Buku 1Malaysia dengan kadar bantuan 250 ringgit searang. Program ini
diperuntukkan sejumlah 325 juta ringgit dan dijangka memberi manfaat
kepada kira-kira 1.3 juta pelajar.
Tuan Yang Dipertua,
Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan
137. Bagi Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan, di samping membantu
petani, penternak dan nelayan menambah pendapatan, Kerajaan
memperuntukkan sejumlah 6 bilian ringgit kepada Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani. Antaranya inisiatif yang akan dilaksanakan
ialah:
Pertama: Mulai tahun 2015 sehingga 2017, Kerajaan akan membuka 65
buah Pasar Tani Kekal dan 50 buah Pasar lkan yang beroperasi setiap hari
di beberapa lokasi terpilih. Setakat ini terdapat 526 pasar tani dan 50
pasar ikan di seluruh negara;
Kedua: Memperkenalkan program lelongan sayur-sayuran berkualiti
dengan harga berpatutan, setiap minggu di 85 lokasi Pusat Operasi
Urusniaga FAMA dan pasar tani terpilih di seluruh negara;
Ketiga: Merancakkan penanaman dan tanaman semula pokok buah-buahan
seperti durian, manggis, langsat, rambutan serta memperhebatkan Program
Jom Bertani supaya rakyat mengusahakan tanaman kontan dan sayur-sayuran
untuk kegunaan sendiri; dan
Keempat: Menyediakan geran pemadanan sebanyak 100 juta ringgit kepada
Lembaga Pertubuhan Peladang untuk membolehkan ahli-ahlinya membuat
pinjaman bagi meningkatkan produktiviti ladang dan rangkaian pemasaran.
138. Selain itu, Kerajaan akan mempergiatkan empat Kawasan
Pembangunan Pertanian Bersepadu di Rompin, Batang Lupar, Kota Belud dan
Pekan yang. melibatkan kawasan tanaman padi seluas 25,905 hektar. Bagi
tujuan ini, sebagai permulaan, Kerajaan memperuntukkan 100 juta ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
Pembangunan dan Kebajikan Nelayan
139. Semua lapisan rakyat, tidak kira di mana, adalah penting.
Kerajaan amat prihatin tentang pembangunan dan kebajikan nelayan yang
sentiasa menghadapi pelbagai cabaran hidup. Dalam menangani masalah
pendapatan nelayan yang tidak menentu terutamanya ketika musim
tengkujuh, serta persekitaran perkampungan nelayan yang tidak selesa,
Kerajaan akan:
Pertama: Menaikkan elaun sara hidup nelayan Zan A kepada 300 ringgit
daripada 200 ringgit sebulan. Bagi nelayan Zan B dan C, elaun sara hidup
dinaikkan kepada 250 ringgit sebulan;
Kedua: Bagi nelayan darat sepenuh masa, buat pertama kalinya akan
diberi elaun 200 ringgit sebulan. Pemberian elaun ini melibatkan lebih
44 ribu nelayan;
Ketiga: Mempergiatkan lagi aktiviti akuakultur seperti ternakan ikan,
udang, kupang dan tiram dalam sangkar bagi mempelbagaikan sumber
pendapatan nelayan yang terjejas terutama di musim tengkujuh. Untuk ini,
sebanyak 60 juta ringgit diperuntukkan; dan
Keempat: Memasang Automatic Identification System ke atas bot-bot
nelayan untuk meningkatkan hasil tangkapan ikan, mempastikan kedudukan
bot nelayan berdasarkan zon tangkapan dan mengurangkan kos operasi.
Untuk tujuan ini, 27 juta ringgit diperuntukkan.
140. Dalam Bajet 2012, saya telah mengumumkan peruntukan sebanyak 300
juta ringgit untuk Projek Khas Perumahan Nelayan bagi membaik pulih dan
membina rumah nelayan. Sebagai meneruskan usaha murni ini, sukacita
saya mengumumkan tambahan 250 juta ringgit untuk projek perumahan
nelayan dan bagi menyempurnakan lagi perkampungan nelayan.
Tuan Yang Dipertua,
Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia
141. Kerajaan amat komited melaksanakan beberapa inisiatif
termasuklah program penyeragaman harga, pemberian subsidi pengangkutan
dan pembukaan lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia. Untuk itu, antara
langkah yang akan dilaksanakan oleh KPDNKK adalah:
Pertama: Menambah 20 buah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia atau KR1M di Semenanjung;
Kedua: Mewujudkan dan memberi peruntukan kepada kumpulan pemantau
harga atau price watch team dari kalangan persatuan pengguna; dan
Ketiga: Memperkukuhkan Unit Penguatkuasaan GST dengan 2,270 anggota,
Unit Pemantauan Harga seramai 1,300 anggota dan Skuad Pengguna seramai
202,800 sukarelawan serta penglibatan 579 penghulu dan penggawa.
Tuan Yang Dipertua,
Mempertingkatkan Sistem Pengangkutan Awam
142. Bagi mempertingkatkan sistem pengangkutan awam pula, Kerajaan akan memperkenalkan beberapa program berikut:
Pertama: Menyediakan perkhidmatan bas antara bandar kepada penduduk
yang menetap di luar tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Kemudahan ini
menawarkan tambang bulanan pada kadar diskaun 30 peratus. Sebagai
permulaan, 3 laluan bas akan beroperasi iaitu Rawang-KL; Klang-KL dan
Seremban-KL;
Kedua: Menyediakan perkhidmatan Electric Train Service atau ETS Ipoh-Butterworth bermula pada April 2015; dan
Ketiga: Menambahbaik Perkhidmatan Bas Berhenti-henti di beberapa ibu
negeri melalui sistem kontrak dengan syarikat bas sedia ada. Pelaksanaan
program ini adalah secara berperingkat dan akan melibatkan Bandaraya
Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar.
Tuan Yang Dipertua,
Bantuan Khas Kepada Pekebun Keeil Getah dan Kelapa Sawit
143. Baru-baru ini Kerajaan telah memberi bantuan khas sebanyak 500
ringgit seeara one-off kepada pekebun keeil getah yang terjejas akibat
kejatuhan harga getah. Lembaga Getah Malaysia atau LGM akan
memperuntukkan 100 juta ringgit bagi melaksanakan mekanisme kawal selia
harga di peringkat ladang untuk melindungi pekebun keeil daripada
mengalami kerugian terutamanya sewaktu harga pasaran dunia lebih rendah
daripada harga minimum yang ditetapkan. LGM akan turut menyediaka'n
pinjaman mudah berjumlah 6.4 juta ringgit sebagai modal pusingan kepada
64 buah koperasi pekebun keeil bagi membeli getah terus daripada
kira-kira 442,000 pekebun keeil getah di seluruh negara.
144. Bagi pekebun keeil kelapa sawit pula, Kerajaan akan meneruskan
insentif untuk penanaman baru dan penanaman semula dengan peruntukan
sebanyak 41 juta ringgit. Di samping itu, pengecualian duti eksport
minyak sawit mentah atau CPO akan dilanjutkan sehingga bulan Disember
2014.
Tuan Yang Dipertua,
Perkhidmatan dan Kemudahan Kesihatan
145. Bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat, Kerajaan akan
memperuntukkan 23.3 bilion ringgit untuk pelaksanaan inisiatif berikut:
Pertama: Membina dua buah hospital iaitu Hospital Dungun di
Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak. Membina 20 Klinik
Kesihatan dan 4 Klinik Pergigian antaranya di Klinik Kesihatan di Kuala
Lipis, Pahang, dan Klinik Pergigian di Kluang, Johor;
Kedua: Menambah 30 Klinik 1Malaysia yang menjadikan jumlah
keseluruhan sebanyak 290 buah di seluruh negara dan membina sebuah
Klinik Kesihatan di Cyberjaya. Kerajaan juga akan menempatkan 30 orang
doktor perubatan di 30 Klinik 1Malaysia;
Ketiga: Mengganti 635 unit mesin hemodalisis di hospital dan klinik
Kerajaan dengan peruntukan sebanyak 30 juta ringgit. Bagi menggalakkan
penglibatan sektor swasta, Kerajaan akan menyediakan ruang di hospital
dan klinik kesihatan Kerajaan untuk menempatkan 244 buah mesin
hemodalisis lagi yang akan disumbangkan oleh sektor swasta dalam
memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka; dan
Keempat: Menyediakan ubat-ubatan bagi pesakit yang menjalani rawatan
hemodialisis kronik dan akut dengan peruntukan sebanyak 45.4 juta
ringgit.
146. Pada masa ini, perbelanjaan perubatan penyakit serius seperti
kanser, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung telah diberi
pelepasan cukai sehingga 5,000 ringgit. Bagi meringankan tanggungan kos
rawatan dan perubatan penyakit serius ini, Kerajaan mencadangkan
pelepasan cukai ini ditingkatkan kepada 6,000 ringgit. Pelepasan cukai
ini bukan sahaja untuk pembayar cukai itu sendiri tetapi juga meliputi
pasangan dan anak.
147. Mutakhir ini, penularan wabak demam denggi semakin serius. Bagi
mengekang penularan wabak berkenaan, program pencegahan denggi akan
dipertingkatkan, melalui kesedaran komuniti dan perolehan peralatan
pencegahan denggi seperti re-agen, Ultra Low Volume dan Mist Blower. Di
samping itu, Kerajaan akan mengagihkan sebanyak 55 ribu test kit denggi
kepada semua klinik swasta untuk mempercepatkan proses pengesanan awal
denggi secara percuma. Untuk itu, sebanyak 30 juta ringgit
diperuntukkan.
Tuan Yang Dipertua,
Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
148. Kerajaan amat prihatin terutama kepada golongan yang memerlukan.
Selaras dengan ini, Kerajaan memperuntukkan sebanyak 2.2 bilion ringgit
kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk
melaksanakan program berikut:
Pertama: Menyediakan 1.2 bilion ringgit bantuan kewangan kepada
keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya atau
OKU. Untuk menunjukan keprihatinan kepada golongan ini, Kerajaan
bersetuju kadar bantuan bagi OKU bekerja dinaikan daripada 300 ringgit
kepada 350 ringgit manakala bagi OKU tidak bekerja dinaikkan daripada
150 ringgit kepada 200 ringgit. Ini memberi manfaat kepada 110 ribu OKU,
dengan peruntukan 66 juta ringgit;
Kedua: Menaikkan pelepasan cukai bagi setiap anak yang OKU daripada 5,000 ringgit kepada 6,000 ringgit;
Ketiga: Menaikkan pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sokongan
asas bagi diri sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa yang OKU daripada
5,000 ringgit kepada 6,000 ringgit;
Keempat: Menaikkan kadar makanan harian 8,700 penghuni di 63
institusi . Jabatan Kemajuan Masyarakat daripada 8 ringgit kepada 16
ringgit;
Kelima: Meningkatkan geran tahunan Majlis Kebangsaan bagi OKU, daripada 500 ribu ringgit kepada 1 juta ringgit; dan
Keenam: Menambah 5 buah Pusat Aktiviti Warga Emas menjadikan 50 buah
di . seluruh negara serta Unit Penyayang Warga Emas yang menyediakan
pengangkutan percuma kepada warga emas ke hospital.
149. Di samping itu, bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak,
Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 711 juta ringgit kepada
Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan.
Tuan Yang Dipertua,
Pemilikan Rumah
150. Untuk menangani ISU pemilikan rumah dengan harga yang
berpatutan, pelbagai projek dan program akan terus dilaksanakan,
antaranya:
Pertama: Membina 80 ribu unit rumah PR1MA dengan peruntukan sebanyak
1.3 bilion ringgit. Had kelayakan pendapatan isi rumah juga dinaikkan
daripada 8 ribu ringgit kepada 10 ribu ringgit. Selain itu, Skim
Pembiayaan Sewa-beli atau rent-to-own akan diperkenalkan kepada individu
yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank;
Kedua: Membina 26 ribu unit rumah Program Perumahan Rakyat oleh
Jabatan Perumahan Negara dengan peruntukan sebanyak 644 juta ringgit;
dan
Ketiga: Membina 12 ribu unit Rumah Mesra Rakyat dan 5 ribu unit Rumah
Idaman Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. Oi samping itu,
SPNB juga akan membina 20 ribu unit Rumah
Aspirasi Rakyat di atas tanah
persendirian.
151: Bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah pertama dan
mengurangkan kos membeli rumah, Kerajaan bersetuju melanjutkan
pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik dan
perjanjian pinjaman serta menaikkan had harga rumah daripada 400 ribu
ringgit kepada 500 ribu ringgit. Pengecualian ini diberikan sehingga 31
Disember 2016.
152. Kerajaan juga bersetuju menambah baik program Skim Rumah
Pertamaku kendalian Cagamas, dengan menaikkan had nilai harga rumah
kepada 500 ribu ringgit, selaras dengan pengecualian duti setem
tersebut. Di samping itu, had kelayakan umur peminjam bagi skim ini akan
dinaikkan daripada 35 kepada 40 tahun.
153. Bagi memberi keselesaan kepada rakyat yang mendiami perumahan
kos rendah awam, peruntukan penyelenggaraan sebanyak 40 juta ringgit
disediakan di bawah Program Penyelenggaraan Perumahan Awam. Manakala
bagi penyelenggaraan perumahan kos rendah swasta pula, 100 juta ringgit
disediakan di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
154. Pada masa ini, cukai keuntungan ke atas pelupusan sesuatu harta
tanah di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 ditaksir secara
formal. Kerajaan telah melaksanakan sistem taksiran sendiri bagi cukai
pendapatan individu dan syarikat sejak tahun 2001 dan 2004. Selaras
dengan hasrat Kerajaan untuk terus memodenkan sistem percukaian negara
dan memandangkan pembayar cukai pada masa ini lebih bertanggungjawab,
adalah dicadangkan mulai tahun 2016, cukai keuntungan ke atas pelupusan
harta tanah ditaksir secara sendiri bagi tujuan pengiraan cukai
keuntungan harta tanah.
Kemudahan dan Infrastruktur Luar Bandar
155. Kerajaan juga terus komited menyedia dan menaiktaraf kemudahan
dan' infrastruktur luar bandar. Sejumlah 4.5 bilion ringgit akan
diperuntukkan terutamanya di Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan program
berikut, antaranya:
Pertama: projek jalan luar bandar sepanjang 635 kilometer termasuk
bekas jalan-jalan balak di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak
943 juta ringgit;
Kedua: Melaksanakan program penyambungan bekalan elektrik kepada
lebih 15 ribu buah rumah dengan peruntukan sebanyak 1.1 bilion ringgit;
Ketiga: program bekalan air bersih luar bandar kepada 7,500 buah rumah dengan peruntukan sebanyak 394 juta ringgit;
Keempat: Program membina dan membaik pulih ruang usang melibatkan
9,500 buah rumah dengan peruntukan sebanyak RM200 juta ringgit.
Kelima: Meningkatkan mutu perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan
Sarawak melalui penyelenggaraan dan sewaan pesawat baru dengan
peruntukan sebanyak 160 juta ringgit,
Keenam: Melaksanakan program pembangunan ekonomi, kemudahan
infrastruktur dan penambahbaikan taraf hidup masyarakat Orang Asli
dengan peruntukan sebanyak 352 juta ringgit; dan
Ketujuh: Menambah sepuluh batang tiang lampu menjadikannya 20 batang
tiang lampu di setiap kampung di seluruh negara yang melibatkan lebih 22
ribu kampung dengan peruntukan sebanyak 26 juta ringgit. Ini menjadikan
jumlah keseluruhan 56 juta ringgit bagi menyediakan lampu jalan
kampung.
Tuan Yang Dipertua,
National Water Blueprint
156. Bekalan air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian
setiap insan dan industri. Sehubungan itu, Kerajaan akan menyediakan
National Water Blueprint bagi mempastikan kelangsungan bekalan air di
seluruh negara untuk jangka panjang. Ini termasuk pengurusan sungai
secara holistik, pembinaan dan penambahbaikan loji-Ioji rawatan air.
157. Sumber bekalan air juga dipelbagaikan melalui penerokaan air
bawah tanah, penggunaan semula air terawat untuk industri dan pertanian
serta meluaskan penggunaan storm water retainer system. Bagi mengatasi
kekurangan bekalan air di Lembah Klang, pembinaan Loji Rawatan Air
Langat 2 akan digiatkan. Ini melibatkan kos sebanyak 3 bilion ringgit
yang mampu menambah bekalan air terawat sebanyak 1,130 juta liter
sehari.
158. Di samping itu, untuk mengatasi masalah kehilangan air tidak
berhasil atau Non Revenue Water, sebanyak 112 juta ringgit diperuntukkan
bagi kerja-kerja mewujudkan zon kawalan kebocoran, menjalankan kerja
pengesanan dan pembaikan paip-paip bocor.
Tuan Yang Oipertua,
Keselamatan dan Ketenteraman Awam
159. Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta
pertahanan negara, peruntukan sebanyak 17.7 bilion ringgit disediakan
untuk Angkatan Tentera Malaysia, sementara sebanyak 9.1 bilion ringgit
diperuntukkan untuk Polis DiRaja Malaysia. Sejumlah 804 juta ringgit
juga, diperuntukkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi
memperkukuhkan penguatkuasaan maritim.
160. Kerajaan komited untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini,
yang menjadi salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara.
Untuk ini, Kerajaan telah meluluskan tambahan sebanyak 11,757 perjawatan
anggota polis, selain membina sebanyak 14 Ibu Pejabat Polis dan Balai
Polis, termasuk bangunan baharu IPK Perlis serta terus memperkukuhkan
dengan penambahan 1,000 lagi unit rondaan bermotosikal PDRM. Selain itu,
Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 121 juta ringgit kepada PDRM
untuk melaksanakan pelbagai program NKRA.
161. Bagi meningkatkan kesiapsiagaan aset dan anggota tentera,
sebanyak 7 bilion ringgit diperuntukkan untuk memperoleh dan
menyelenggara aset-aset pertahanan. Selain itu, kebajikan anggota
tentera akan dipertingkatkan termasuk perkhidmatan kesihatan dan
penyediaan kediaman.
162. Manakala, bagi meningkatkan keselamatan maritim, APMM disediakan
peruntukan sebanyak 393 juta ringgit. Ini adalah untuk meningkatkan
kecekapan operasi dan pembelian 7 buah kapal peronda baharu.
Tuan Yang Dipertua,
163. Selain itu, Jabatan Sukarelawan Malaysia di bawah Kementerian
Dalam Negeri atau RELA, akim terus memainkan peranan sebagai sebuah
agensi sukarelawan untuk membantu pasukan keselamatan dalam mengekalkan
keselamatan dan keamanan negara. Sebanyak 117 juta ringgit akan
disediakan terutamanya untuk latihan dan bina upaya bagi mengukuh
peranan RELA.
Tuan Yang Dipertua,
Pemerkasaan NGO
164. Sejak dahulu, Kerajaan sememangnya mengiktiraf peranan penting
NGO. Justeru, saya mengisytiharkan tahun hadapan sebagai pemerkasaan NGO
dan kesukarelawan atau MyNGO 2015. Untuk itu, geran secara one-off
dengan. peruntukan 50 juta ringgit disediakan kepada NGO berwibawa
termasuk yang beruniform, melibatkan program berasaskan pembangunan
komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat, kepenggunaan, kesihatan dan
keselamatan.
Tuan Yang Dipertua,
165. Ahli-Ahli Dewan yang mulia, serta rakyat Malaysia dikasihi
sekalian yang sedang menyaksikan bajet 2015 ini, di kaca-kaca televisyen
dan mendengar di corong-corong radio luar sana.
166. Bersyukurlah..bersyukurlah.. kita semua berpijak di atas bumi
yang aman, sentosa lagi permai. Menjunjung pula langit luas terbentang.
Secara geografinya, tanah air bertuah ini, terpisah oleh Laut China
Selatan, menggabungkan Tanah Semenanjung, dengan Sabah dan Sarawak
sebagai sebuah kesatuan yang berkeramat, bermula dari Arau, Perlis,
membawa hingga ke Semporna, Sabah sampai ke penghujung Ulu Lachau,
Sarawak meliputi kawasan seluas hampir 330,290 kilometer persegi.
Tuan Yang Dipertua,
167. Sudah menjadi lumrah kehidupan ada pasang surutnya. Bak kata
pujangga...,musim panas..., kehujanan..., musim hujan..., kepanasan.
Sesungguhnya, tahun 2014 menjadi takwim yang penuh dugaan. Pada suku
tahun pertama, belum pun lagi reda dengan misteri kehilangan MH370,
rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan peristiwa tragik pesawat MH17
milik Malaysia Airlines System dilembak jatuh di Timur Ukraine.
168. Meski apapun, berbekal pengertian surah ke-94 AI-Insyirah, pada
setiap kesukaran itu pastinya ada hikmah-hikmah dan kesenangan yang
menanti. Tampaknya, rakyat Malaysia menerima dengan tenang dan tabah
akan apa yang telah berlaku. Kita telah bersatu dalam suasana kesedihan,
membentuk solidariti yang tidak terpecah bentengnya.
169. Menghadapi krisis ini, Kerajaan telah berusaha tanpa lelah,
sehingga tidak pernah terjadi dalam sejarah, perundingan penuh dramatik
dan berdiplomasi dengan puak pemisah yang tidak beridenliti negara, demi
mencari penyelesaian mendapatkan kotak hitam, memasuki kawasan
kejadian, sehingga berjaya membawa pulang, hampir kesemua jenazah yang
terkorban kembali ke bumi Malaysia di mana mereka berasal.
170. Walau apapun, life goes on, hidup perlu diteruskan.
Tuan Yang Dipertua,
171. Di atas segalanya, memetik madah Rabindranath Tagore, seorang
pujangga terkenal bahawa, "...Janganlah kita menangis kerana matahari
telah menghilang sebentar daripada kehidupan, kerana airmata itu bisa
menghalang kita melihat bintang-bintang yang masih bergemerlapan. .."
Tuan Yang Dipertua,
Pusat Percetakan AI-Quran
172. Saya yakin, dalam kemajmukan dan kepelbagaian agama,
masing-masing telah pun berbuat sehabis baik dan berdoa mengikut
kepercayaan semua demi kebaikan Malaysia. Bagi pihak Kerajaan pula,
antara lain, kita menzahirkan rasa syukur atas banyak kurniaan lIahi dan
bersetuju membina Pusat Percetakan Al Quran di Putrajaya , yakni kedua
terbesar di dunia selepas Arab Saudi. Pusat ini atas inisiatif Kerajaan,
bersama Yayasan Restu, dijangka dapat mencetak sehingga sejuta naskhah
Al Quran setahun untuk diedarkan ke seluruh dunia. Selain itu, Pusat ini
juga akan menjadi tempat tumpuan penggiat dan penggemar seni khat.
Untuk itu, Kerajaan akan memperuntukkan 30 juta ringgit bagi tempoh tiga
tahun.
Tuan Yang Dipertua,
173. Seperti saban tahun, saya sebutkan bahawa, Malaysia yang terbina
seutuh ini, tidak lain dan tidak bukan, hasil mahsul kerja keras
Kerajaan Barisan Nasional, selama berdekad-dekad yang disokong oleh
rakyat. Tidak seperti pihak pembangkang yang siiiiiibukkkkkkkk merebut
kuasa sesama sendiri, berkemelut dalam parti, sehingga pihak istana pun
menjadi murka.
Tuan Yang Dipertua,
174. Alhamdulillah...,Alhamdulillah..., di celah-celah pelbagai
dugaan ini, Malaysia melangkah gagah dengan banyak catatan pencapaian di
peringkat global, antaranya:
Pertama: Memperbaiki kedudukan dalam Laporan World Competitiveness
Index 2014, menduduki tangga ke-12 daripada tangga ke-15 pada tahun
sebelumnya. Kedudukan tersebut menunjukkan kita lebih kompetitif
berbanding United Kingdom, Australia dan Finland;
Kedua: Menduduki tangga ke-3 terbaik daripada 22 buah negara bagi
penilaian Best Emerging Markets yang dikeluarkan oleh Bloomberg; dan
Ketiga: Menduduki tangga ke-6 daripada 189 buah negara, dalam Laporan
Ease of Doing Business oleh Bank Dunia, di mana kita menduduki tangga
pertama dalam aspek mendapatkan kemudahan pembiayaan.
175. Berhubung ini, menurut hadis, bersyukur kepada TUhan, bererti juga, berterima kasih sesama manusia.
Penambahbaikan Perkhidmatan Awam
176. Maka demikian, jika pada bajet yang lalu, saya telah mengumumkan
penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam. Dalam bajet kali ini,
Kerajaan akan menambahbaik lagi 252 skim perkhidmatan sedia ada, untuk
meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
177. Di samping itu, bagi menghargai khidmat pegawai dan kakitangan
kontrak KEMAS, JASA, JPNIN, JAKIM dan Seranta FELDA yang telah
berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat perkhidmatan kontrak
mengikut umur persaraan wajib, Kerajaan bersetuju memberikan bantuan
bulanan sebanyak 300 ringgit seorang. Inisiatif ini akan memanfaatkan
1,655 individu.
Tuan Yang Dipertua,
Perumahan kepada Penjawat Awam
178. Sebetulnya, Kerajaan prihatin terhadap kesukaran penjawat awam
untuk mendapat pembiayaan memiliki rumah. Oieh itu, saya mengumumkan had
kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada kadar 80 ribu
ringgit, kepada 120 ribu ringgit dan bagi had kelayakan maksimum,
dinaikkan daripada 450 ribu ringgit kepada 600 ribu ringgit. Serentak
itu, wang pemprosesan permohonan pinjaman perumahan sebanyak 100 ringgit
kita mansuhkan. Kedua-dua cadangan ini, berkuatkuasa pada 1Januari
2015.
179. Bertolak dari sini, Kerajaan juga komited. untuk terus
meningkatkan pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M.
Pada masa ini, sebanyak 10,639 unit rumah telah diluluskan untuk
pembinaan. Pada tahun 2015, bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam
memiliki rumah, Kerajaan bersetuju untuk membina 5,380 unit rumah lagi,
iaitu di Putrajaya 1,600 unit; di Bukit Jalil 1,530 unit; di Papar,
Sabah 1,290 unit dan di Bukit Pinang, Kedah 960 unit. Di samping itu,
Kerajaan juga menambah baik PPA1M seperti berikut:
Pertama: Menurunkan harga minimum rumah PPA1M yang kini berharga 150
ribu kepada 90 ribu ringgit seunit dengan keluasan lantai minimum 850
kaki persegi;
Kedua: Menaikkan syarat kelayakan pendapatan isi rumah daripada 8;'000 ringgit kepada 10,000 ringgit; dan
Ketiga: Menyediakan dana mudahcara sehingga 25 peratus daripada kos projek kepada pemaju yang menyertai skim PPA1M.
180. Laginya, keadaan rumah yang baik dan selesa didiami akan
meningkatkan produktiviti penjawat awam. Untuk itu, Kerajaan menyediakan
500 juta ringgit untuk membaik pulih dan menyelenggara secara
berperingkat kuarters tentera, polis, guru dan kakitangan kesihatan di
seluruh negara. Sebanyak 105 juta ringgit diperuntukkan kepada
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk
penyelenggaraan kuarters Kerajaan, di bawah Program MyBeautiful Malaysia
yang melibatkan 126 lokasi.
Tuan Yang Dipertua,
Bantuan Rakyat 1Malaysia
181. Dengan mengambil kira peningkatan hasil GST dan kemampuan fiskal
Kerajaan, kita tingkatkan pemberian Santuan Rakyat 1Malaysia atau SR1 M
daripada 650 ringgit kepada 950 ringgit. Ini, untuk isi rumah
berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit ke bawah. Santuan ini akan
dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu 300 ringgit akan dibayar pada
Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 ringgit akan dibayar
mulai September 2015.
182. Seterusnya, bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara tiga
ribu hingga empat ribu ringgit, Kerajaan akan meningkatkan nilai SRi M
daripada 450 ringgit kepada 750 ringgit. Santuan ini akan dibayar
sebanyak tiga kali setahun juga, iaitu 200 ringgit akan dibayar pada
Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 ringgit akan dibayar
mulai September 2015.
183. Sagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan
berpendapatan . tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, Kerajaan akan
meningkatkan nilai SRi M daripada 300 ringgit kepada 350 ringgit.
Bayaran bantuan ini akan dibuat sekaligus mulai awal tahun hadapan.
Tuan Yang Dipertua,
184. Kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok
atau i-SRi M yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat
Kematian. Skim ini akan memberi manfaat kepada waris penerima SRi M
dengan bantuan 1,000 ringgit yang akan berkuat kuasa selama setahun.
Tuan Yang Dipertua,
Menghargai Sumbangan Ahli Parlimen
185. Kita sedar bahawa, tanggungjawab seorang Ahli Parlimen begitu
besar dan bermakna pada kamuniti dan masyarakat setempat. Ahli-ahrl
Parlimen adalah ketua yang perlu memimpin masyarakat setempat dari semua
aspek termasuk kebajikan, keagamaan, sasial dan pendidikan.
186. Dengan kata lain, khidmat Ahli Parlimen sebagai wakil atau
pemimpin di kawasan parlimen masing-masing adalah mendesak tidak kira
waktu. Bagi mencerminkan tahap tanggungjawab dan kepimpinan ini,
sukacita saya mencadangkan agar elaun Ahli-Ahli Parlimen dinaikkan
seperti berikut:
• Ahli Dewan Rakyat elaunnya dinaikkan daripada bersamaan gred 54
kepada bersamaan gred Jusa C bersesuaian dengan peranan kepimpinannya;
dan
• Ahli Dewan Negara elaunnya dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C,
187. Cadangan ini juga akan melibatkan kenaikan gaji dan elaun Yang
Di Pertua Dewan Rakyat dan Yang Di Pertua Dewan Negara serta Timbalan
Yang Di Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negara
sewajarnya, berkuatkuasa 1 Januari 2015.
Tuan Yang Dipertua,
188. Walau bagaimanapun...., walau bagaimanapun..., mohon
bertenang...., mohon bertenang ... , Kerajaan telah mengambil keputusan
supaya, semakan kenaikan gaji bagi anggata pentadbiran dikaji serta
ditangguhkan keputusannya sehingga satu masa yang bersesuaian. Ini
termasuklah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri
Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri.
Tuan Yang Dipertua,
Menghargai Sumbangan Penjawat Awam
189. Sebagai penutup, seperti biasalah..., seperti biasalah..., buah
yang ranum, sudah pun mahu gugur. Makanya, sukacita saya mengumumkan,
pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan
bayaran minimum 500 ringgit. Pemberian bonus ini akan dibayar pada
bulan Januari 2015. Kepada pesara Kerajaan pula, bayaran bantuan khas
diberi sebanyak 250 ringgit.
190. Saya berharap, pemberian ini sedikit sebanyak dapat meringankan
beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan para penjawat awam,
terutamanya kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan
nanti.
Penutup
Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat serta Seluruh Rakyat Yang Sedang Menonton dan Mendengar Bajet ini,
191. Semoga Allah membentang seluas-Iuas rezeki dan mempermudahkan
selurus-Iurus jalan bagi pelaksanaan bajet Ekonomi Keperluan Rakyat yang
digubah ini.
192. Marilah berdoa dan berharap, apabila kejayaan mula menyentuh,
mudah�mudahan bahagia mendatangi. KepadaMu Tuhan, Ya lIahi Ya Rabbi,
kami meminta selamatkan tanah air ini daripada mara bahaya. Rahmatilah
roh serta jasad pertiwi terkasih ini, buat selamanya-Iamanya.
Tuan Yang Dipertua,
Saya mohon mencadangkan.
No comments:
Post a Comment