Sunday, 11 November 2012

Phuket Edisi Terjah

Seperti biasa, sebelum ke mana-mana saya pastikan akan mencari maklumat secara detail tentang sesuatu destinasi yang dituju terutama sekali jika ianya pertama kali saya ke tempat tersebut.

Rancangan untuk ke Phuket ini saya putuskan sebulan lebih awal dan dalam jangkamasa itu saya banyak melayari internet terutama sekali membaca forum dan blog kawan-kawan. Alhamdulillah, daripada panduan yang dipelajari dari alam maya ~ kehadiran pertama kali saya ke Phuket tidak mendatangkan masalah. Saya sudah tahu apa yang perlu saya buat dan apa yang perlu dielakkan.

Perkara pertama yang saya pastikan ialah passport tip-top. Hmmmm...nampaknya passport saya harus di-renew. Selepas itu kena beli tiket pula. Saya pilih Airasia kerana pada tarikh tersebut, setelah dibanding derngan MAS, ia lebih murah. Untuk 3 pax dapat RM1900 (return). Memang mahal kerana saya beli tiket terlewat. Untuk menjimatkan kos, biasanya "frequent traveller" akan rancang setahun lebih awal. Dan saya ambil Express Boarding. Hehehehehe... saya memang cerewet boarding kapal ini. Saya tak suka berebut-rebut. Apa nak kata. Itulah kelemahan saya.


Selepas beli tiket kena book hotel terlebih dahulu sekurang-kurangnya untuk malam pertama. Seperti selalu, saya book hotel melalui Agoda kerana sudah terbukti secure dan efisien.




Terakhir? beli baht laaaaa....

Patong... here we come!!!


Nantikan edisi selanjutnya. Day 1 in Phuket.

No comments:

Post a Comment