Saturday, 20 October 2018

USA 2018 ~ Philadelphia

Salam 2u all.

Entri ini adalah sebahagian daripada entri Road Trip USA aku. sengaja ku pisahkan agar entri tidak terlalu panjang yang nantinya akan bikin jemu membacanya. Siapa saja mahu baca blog orang yang panjang2. Blog sendiri saja jarang dibaca kan?

Ahkak! stop membebel please! Ok! Ok!

Perjalanan ku ke Philadelphia ini (juga sering dipanggil Philly) pada hari ke-3 aku berada di negara Uncle ku Sam. Opps sorry tersasul. Aku peruntukkan sehari untuk meninjau-ninjau kota Manhattan supaya nantinya bila aku kembali lagi ke sini aku akan lebih tahu navigasi kota ini. Tapi sayangnya tidak banyak yang dapat ku pelajari dan nikmati kerana dari aku sampai, kota NY bagai ditumpahi hujan 24 jam sehari. Cuaca memang tidak bersahabat untuk pelancong seperti aku. Kami terpaksa gelandangan di jalanan yang begitu sesak terutama di area Times Square.

Aku memilih untuk menyewa kereta dari Philadelphia saja kerana pemanduan di kota NYC ini bisa buat anda gila. Semuanya sudah direncanakan sebaik mungkin sebelum terbang ke sana. Sewa kereta dari HERTZ saja kerana mudah kembalikan di point yang berbeza tanpa extra charges. Semua boleh rujuk sini saja.

Untuk ke Philly, aku memilih menaiki train saja. Menaiki AMTRAK Train lebih mahal dari menaiki bas (coach) tapi lebih selesa dan jarang delayed. Seram baca review pengendelian bas di sana yang terkadang terpaksa tunggu berjam-jam di tepi jalan. Masa aku terhad jadi tidak dapat aku buang2 waktu begitu. Disarankan beli lah tiket lebih awal untuk dapatkan harga murah. Aku berjaya beli tiket berharga $38 sehala (harga biasa $70-$85). Boleh beli online jer dengan link di atas tu. Boleh beli dengan CC atau Debit. Selesai tranksasi, Amtrak akan email tiket dalam bentuk PDF. Print dan tunjukkan bila boarding.

Dari New York Penn Station ambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke Philadelphia 30 Street Station. Jaraknya lebih kurang 100 miles gitu. Nak jadi cerita, train yang aku nak naik tu delayed lah pula... hmmmm... delayed dalam 40 minit gitu. Tapi takpe kerana bangunan Penn Station ni besar. Boleh shopping2 or makan2.


Sepanjang perjalanan, aku tak nampak view apa2 kerana aku duduk bahagian aisle. Ada orang kata tak secantik view di Europe. Mungkin juga. Kerja ku cuma people watching dan update blog kerana ada wifi percuma dalam train..

Sampai di Philadelphia 30 Street Station

Sampai di 30 Street Station, kena tunggu 40 minit lagi untuk ambil kunci kereta. Sementara itu buang masa jenjalan window shopping. Lihat2 kedai Souvenir. Terjumpa mini market milik Indonesian. Mereka ngomong bahasa Indonesia. Aduhhh...senang sekali mendengar bahasa nusantara ini.




Ahkak Bosan

Selesai urusan dengan Hertz, check kereta. Pastikan anda  periksa semua kecacatan yang ada, gambar sebagai bukti agar anda tidak di-charge di kemudian hari. Anda boleh pilih sama ada nak sewa GPS per hari atau tidak. 

Hello Buick!



Philadelphia adalah kota terbesar di negara bagian PennsylvaniaAmerika Syarikat. Meskipun bukan merupakan ibu kota, (ibu kota Pennsylvania adalah Harrisburg), Philadelphia merupakan salah satu kota paling bersejarah di Amerika.
Menurut sensus tahun 2000, Philadelphia ditetapkan sebagai kota terbesar kelima di Amerika Syarikat. Perkiraan penduduknya pada 30 June 2005 adalah 1.470.15. Luasnya adalah 349,9 km².
Di Philadelphia ini terdapat kebun binatang pertama di Amerika Syarikat. Selain itu, Philadelphia juga merupakan tempat persangrahan Liberty Bell yang memiliki makna historis. Perjuangan kemerdekaan Amerika banyak melibatkan kota Philadelphia; ibu kota AS bahkan sempat dipindahkan ke Philadelphia.
Philadelphia diapit oleh dua sungai yakni Sungai Delaware dan Sungai Schuylkill. Pusat kotanya dinamakan center city; di sini terdapat kawasan Chinatown. Sementara bagian selatan Philadelphia biasanya disebut South Philly.

INDEPENDENT NATIONAL HISTORIC PARK

Jika anda benar2 mahu menjelajah kota ini, lokasi pertama yang harus Anda tuju  adalah Independence Visitor Center (IVC) iaitu tempat di mana Anda mendapatkan informasi tentang tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Ia dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi sampai 6PM. Disini pengunjung boleh mendapatkan berbagai informasi dan yang menarik. Ia menyediakan berbabagai fasilitas seperti cafe, tayangan video tentang kemerdekaan Amerika dan penjualan souvenir. Apa yang menarik, ia seperti museum 'hidup' dengan berbagai karakter yang berpakaian di zaman dahulu yang bercerita tentang kemerdekaan Amerika secara lisan kepada pengunjung.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PHILADELPHIA YANG SEMPAT SAYA RAKAM









9/11






LEMBARAN SEJARAH







LIBERTY BELL 









SEKITAR CITY CENTER












Lepas putar2 Independent Hall dan sekitar City Center, aku ke Franklin Park. Tak sempat nak ke Chinatown kerana nak melanjutkan perjalanan ke Baltimore. Menginap semalam di BW Baltimore sebelum melanjutkan perjalanan ke Washington DC keesokan hari.


Sekitar jam 6PM, aku meninggalkan Philly untuk destinasi selanjutnya. Jika ada masa lebih dan berminat lebih lama di sini, rujuk ini untuk  memilih Things To Do In Philadelphia.

No comments:

Post a Comment